Thursday, January 19, 2012

sejarah blog

Assalamualaikum... dan selamat tahun baru, rasenya belum terlambat untuk mengucapkannya... dan dah lama juga saya tinggalkan dunia penulisan blog, hal ini disebabkan kesibukan menyiapkan assignment dan juga peperiksaan. namun akhirnya saya juga setelah semuanya selesai... itulah tugas sebagai pelajar.

penulisan kali ini saya nak mengajak kita berfikir sejenak, tahukah bagaimana blog berkembang pesat hingga sekarang? Blog ini dahulu digunakan sebagai catatan harian oleh wartawan didalam peperangan di Iraq setelah banyak berita diputar belit oleh media. oleh itu, para wartawan menggunakan blog sebagai salah satu cara untuk menyalurkan maklumat sebenar dari tempat peperangan dalam masa yang singkat kepada masyarakat di seluruh dunia. sehingga kini, blog masih popular digunakan dalam pelbagai bidang seperti blog untuk politik, perniagaan serta untuk tujuan pembelajaran.

seperti kita tahu setiap perkara ada baik dan buruk, termasuk juga blog terdapat baik dan buruknya. sekiranya kita gunakan untuk tujuan kebaikan maka baiklah jadinya tetapi jika kita menggunakan untuk tujuan kejahatan maka jahatlah jadinya. maka kita telah diberi pilihan samada kita mahu menggunakan blog ini kearah kebaikan atau keburukan.

oleh itu saya ingin mengajak, mari kita menggunakan teknologi ke arah kebaikan supaya dapat melahurkan masyarakat yang berilmu pengetahuan.

No comments:

Post a Comment