Tuesday, September 21, 2010

pengenalan tentang guasa



Pengenalan guasa

Guasa merupakan salah satu rawatan alternatif di asia tenggara yang terkenal dalam kalangan penduduk Asia, imigran dari Asia, pengamal akupuntur dan pengamal perubatan tradisional di Asia Timur di seluruh dunia secara amnya dan dalam kalangan masyarakat cina khususnya. Pada masa kini, kaedah terapi urut guasa tradisional ini boleh dikatakan sebagai salah satu terapi tradisional alternatif yang terbaik sekali, kerana ianya tanpa sebarang kesan sampingan yang buruk. Hal ini kerana rawatan moden membawa lebih banyak implikasi buruk dan keracunan kepada kesihatan tubuh badan yang tidak dapat dinafikan lagi oleh pakar perubatan.

Mengikut penyelidikan dan perangkaan , kebanyakan penyakit kadangkala tidak dapat disembuhi oleh ubat-ubatan moden, sebaliknya ubat-ubatan ini boleh meracuni tubuh badan pesakit secara senyap dan tanpa diketahui. Hal ini kerana penyakit ini seolah-olah telah sembuh tetapi hakikatnya kesan sampingan yang terdapat pada ubat-ubatan ini tidak dapat disingkirkan dari tubuh badan pesakit.

Mengikut satu statistik yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia telah meyatakan 63% adalah penyakit yang boleh dirawatidan disembuhi tanpa sebarang ubat-ubatan. 26% pula perlu bergantung kepada rawatan secara perubatan sahaja dan 11% sahaja yang tidak dapat dirawati atau disembuhi langsung. Oleh itu, pesakit yang mengalami penyakit ringan tidak perlu terburu-buru untuk mendapat rawatan moden atau mengambil ubat-ubatan moden yang mempunyai kesan sampingan.

Kaedah terapi urut guasa ini sangat fleksible kerana boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat. Ianya amat mudah, selamat, ringkas dan sangat berkesan. Samada menanggalkan sedikit pakaian atau tanpa menanggalkan pakaian untuk melakukan terapi urut guasa bagi tujuan penjagaan kesihatan sebagai cara pencegahan.

Pada keseluruhannya, keberkesanan kaedah ini adalah berdasarkan dengan kemahiran menggunakan titik refleksi terapi akupuntur dan mengikut terapi kaedah rawatan ini. Jika rawatan guasa ini mengikuti teori dan praktikal kaedah terapi akupuntur yang betul, ini akan menambahkan keberkesanan untuk mencegahi dan menyembuhi sesuatu penyakit yang tidak diingini.



Kesimpulannya,pada ketika konsep penjagaan kesihatan melalui Terapi
Pembentukan Molekul atau Terapi Khasiat dan Terapi Pencegahan yang semakin dititikberatkan,kaedah Urut Guasa Tradisional semula jadi turut memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan manusia pada masa akan datang.

keistimewaan unta



unta merupakan haiwan yang sangat istimewa yang dianugerahkan dengan pelbagai keistimewaan yang dapat kita lihat sebagai salah satu kebesaran allah. pernahkah kita mendengar seekor unta tersesat dalam perjalanan di padang pasir?
jarangkan kita dengar unta tersesat, tapi itu lah kelebihan unta yang dapat bergerak bebas di padang pasir seolah-olah mempunyai peta dimindanya.selain itu keadaan tubuh badan unta yang mampu bertahan di cuaca panas. mari kita mentadabur unta ini.
kita selalu menyangka bonggol yang terdapat pada unta itu merupakan tempat simpanan air, tetapi kita silap kerana bonggol itu adalah tempat simpanan lemak.lemak ini sanagt berguna kepada unta untuk meminimakan haba terperangkap dari luar badan. oleh itu, unta ini berkeupayaan untuk hidup dalam cuaca yang panas.selain itu unta juga mempunyai struktur badan yang mampu bertahan tanpa meminum air pada suatu jangka masa yang panjang.hal ini kerana,unta mempunyai bentuk darah yang berbentuk bujur yang mana tidak seperti kebanyakan haiwan mamalia lain yang berbentuk bulat.ini akan membantu ia mengalir pada waktu kehilangan air.sel ini juga stabilapabila unta meminum air dengan kuantiti yang banyak. darah berbentuk bujur ibi tidak terdapat pada haiwan mamalia tetapi hanya haiwan seperti burung, reptilia dan ikan.

unta juga memakan tumbuhan yang dapat menambah bendalir dalam tubuh badannya tanpa meminum air.unta juga mempunyai bulu yang dapat memantulkan cahaya matahari dan melindunginya dari haba padang pasir. kakinya yang panjang juga membantu unta untuk menjauhi badan mereka dengan padang pasir yang panas.
unta juga mempunyai mulut yang kuat untuk mengunyah pokok yang berduri yang terdapat dipadang pasir.bulu mata yang lebat dan juga bulu yang terdapat pada telinga juga membantu untuk mengelak dari debu dan pasir masuk ke mata dan telinga. kaki yang lebar juga membantu untaagar tidak tenggelam di dalam pasir.

inilah kebesaran tuhan yang perlu kita berfikir. mungkin sebelum ini kita hanya menganggap unta merupakan salah satu pengangkutan di padang pasir atau lebih sinonim lagi sebagai bahtera padang pasir, mari kita ubah paradigma kita untuk lebih teliti lagi dan lebih kritis lagi berfikir mengapa unta yang dijadikan di padang pasir?
mari sama kita mengasah minda untuk mencari keredhaan Allah dan menjadi ahli ulul albab. ini sahaja coretan buat masa ini.

Friday, January 1, 2010

Solat Cara Duduk1234Solat Cara BerbaringCara Bersuci (Wuduk) Pesakit
l Duduk Ikut Kemampuan
l Jika tidak selesa, boleh duduk sambil jalur kaki
l Kedudukan tangan sama seperti solat berdiri
l Mengadap kiblat
l Rukuk dengan cara menundukkan badan
l Tangan di atas kepala lutut
l Sujud seperti biasa jika mampu
l Sebaliknya jika tidak mampu, bengkokkanlah badan lebih sedikit daripada rukuk tadi dengan niat melakukan sujud
l Di akhiri dengan salam seperti solat biasa
l Rukuk dengan cara menundukkan kepala atau menutup kelopak mata jika kepala tidak boleh digerakkan.
l Iktidal dengan cara mengangkat semula kepala atau buka kembali kelopak mata dengan niat melakukan iktidal.
l Sujud dengan menunduk kepala atau kelopak mata dengan niat melakukan sujud.
l Duduk antara dua sujud dengan mengangkat kembali kepala atau buka kelopak mata
l Salam dengan gerakkan kepala atau mata kekanan dan kiri
(Memandangkan tidak boleh mengubah kedudukan seperti solat diatas katil dalam wad maka mengadaplah kearah mana saja)1. Air Semburan (Spray)
1.Bagi Pesakit boleh melakukan sendiri, semburkan air di tapak tangan (jika tidak mampu melakukan sendiri boleh mendapatkan pertolongan).
2. Kemudian basuh bahagian anggota wuduk yang tidak berbalut
3. Ulang semula langkah pertama
4. Seterusnya sapukan air keatas anggota wuduk yang berbalut sekiranya dibenarkan
5. Ulang langkah tersebut keatas anggota wuduk lain yang diwajibkan (Tangan, Kepala dan Kaki)
l Meletakkan kedua belah tapak tangan ke atas meja ataupun bekas debu tanah ataupun permukaan dinding , dimana tempat yang di yakini debu. ( Setiap permukaan mempunyai debu yang halus menurut pakar kesihatan )2. Tayammum (Cara Wuduk Pesakit)
Tayammun ialah menyapu ke muka dan kedua tangan sampai ke siku, menggunakan debu. Tayammun adalah sebagai ganti dari wuduk atau mandi
l Tepukkan kedua belah tangan di atas meja.
l Jika boleh berdiri tepukkan kedua belah tangan ke permukaan dinding yang berdebu ( ataupun permukaan cermin )
l Menyapukan muka dengan debu. Sewaktu mengangkat kedua tangan hendaklah berniat didalam hati “ Sahaja aku bertayammun bagi mengharuskan sembahyang kerana Allah Taala”
l Menyapu debu kedua-dua tangan hingga ke siku.
UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM, SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN
TEL: 04-446 0333Anggota Wuduk (Memudaratkan)
Jika anggota wuduk tidak boleh terkena air kerana memudaratkan pesakit, hendaklah bertayammun dan wuduk dengan membasuh anggota yang baik serta menyapu air ke atas anggota yang berbalut
(AfieyDesign 012-469 7875)

persoalan tentang tayamum

Orang yang mengalami luka pada badannya atau patah tulang anggotanya dan terpaksa dibalut, diplaster atau disimen di mana ia tidak dapat ditanggalkan (termasuk semasa ingin mengambil wudhu’), bagaimana caranya ia hendak mengambil wudhu’ atau mandi?

Pertama; Hendaklah ia membasuh dan meratakan air sebagaimana biasa ke kawasan-kawasan yang sihat (tidak sakit) dari anggota wudhuknya.

Kedua; Bagi kawasan yang berbalut pula, wajib ia menyapu air ke atasnya.
Menurut Imam Abu Hanifah; memadai dengan menyapu sebahagian besar balutan.
Namun jumhur ulamak (iaitu Imam Malik, Syafi’ie dan Ahmad) berkata; “Wajib disapu air meliputi seluruh balutan”.



Adakah wajib disertai dengan tayammum?
Mengenai soalan ini, para ulama’ berbeza pandangan; 1. Menurut mazhab Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad; tidak wajib lagi bertayammum. Memadai membasuh kawasan yang sihat dan menyapu air di atas balutan bagi kawasan yang sakit. Tidak perlu bertayammum.
2. Menurut mazhab Imam Syafi’ie; wajib disertai dengan tayammum. Berdasarkan mazhab Syafi’ie, orang yang memakai balutan ia hendaklah melakukan tiga perkara semasa mengambil wudhu’ atau mandi wajib;
a) Membasuh kawasan yang sihat (tidak sakit atau cedera) b) Menyapu air ke atas balutan dengan meratakannya c) Bertayammum; bagi mandi wajib, cukup dengan sekali tayammum sahaja sama ada sebelum mandi atau selepasnya. Adapun bagi wudhu’, ada dua pandangan;
(Pandangan pertama); wajib bertayammum mengikut bilangan anggota wudhu’ yang berbalut untuk menjaga tertib yang disyaratkan dalam wudhu’.

(Pandangan kedua); cukup sekali tayammum sahaja iaitu sebelum wudhu’ atau selepasnya. Pandangan yang rajih dalam mazhab ialah yang pertama.

3. Mengikut mazhab Imam Ahmad; wajib tayammum hanya jika balutan melebihi kawasan yang perlu, yakni kawasan yang sakit atau cedera. Jika balutan hanya membalut kawasan sakit tanpa menyentuh kawasan yang sihat, tidak perlu bertayammum, cukup dengan menyapu air ke atas balutan sahaja.
Mereka yang dikehendaki mengulangi atau mengqadha itu adalah di dalam tiga keadaan berikut:
1. Balutan atau plaster yang membalut anggota yang sakit itu terletak pada anggota tayammum iaitu muka dan dua tangan, sama ada diletakkan pembalut ataupun plaster itu ketika dia dalam keadaan suci daripada hadas ataupun tidak dan sama ada pembalut itu menutupi bahagian anggota yang tidak sakit ataupun tidak.
2. Balutan atau plaster yang membalut anggota yang sakit itu tidak terletak pada anggota tayammum seperti di kaki, tetapi balutan atau plaster itu dipakai ketika dalam keadaan berhadas dan pembalut atau plaster itu menutupi bahagian yang tidak sakit sekalipun bagi keperluan untuk mengikat pembalut itu. 3. Balutan atau plaster yang membalut anggota yang sakit itu tidak terletak pada anggota tayammum seperti di kaki dan diletakkan atau dipakai ketika dalam keadaan suci daripada hadas, akan tetapi pembalut itu menutupi bahagian anggota yang tidak sakit melebihi had yang diperlukan untuk mengikat pembalut.
Manakala orang yang tidak dikehendaki mengulang atau mengqadha sembahyang fardhu atau tawaf fardhu yang dilakukannya itu adalah di dalam dua keadaan berikut:
1. Balutan atau palster yang membalut anggota yang sakit itu tidak terletak pada anggota tayammum seperti di kaki dan balutan atau palster itu pula tidak menutupi anggota yang tidak sakit sekalipun bagi keperluan untuk mengikat pembalut atau plaster, sama ada diletakkan balutan atau plaster itu ketika suci daripada hadas ataupun ketika berhadas.
2. Balutan atau palster yang membalut anggota yang sakit itu tidak terletak pada anggota tayammum seperti di kaki dan balutan atau palster itu menutupi bahagian yang tidak sakit hanya sekadar bagi keperluan untuk mengikat pembalut atau plaster serta diletakkan atau dipakai balutan atau plaster itu ketika dalam suci (tidak berhadas).



tahukah anda tentang tayammum?

Konsep Tayammum
  • Tayammum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat yang tertentu beserta dengan niat.
  • Tayammum ialah ganti wuduk atau mandi disebabkan keuzuran.
  • Tayammum merupakan rukhsah untuk beribadat.

Hukum Tayammum :

wajib Bagi orang yang tidak boleh menggunakan air atau ketika ketiadaan air untuk menunaikan solat dan tawaf.

Dalil tayammum :


Maksudnya :
Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudu' dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanahdebu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu.


عن جابر بن عبدالله أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : اعطيت خمسا لم يعطهن احد
قبلي : نصرت بالرعب مسيرة شهر , وجعلت لي الارض مسجدا وطهورا, فايما رجل من امتي ادركته الصلاة فليصل , واحلت لي الغنائم ولم تحل لاحد قلبي, واعطيت الشفاعة , وكان النبي يبعث الى قومه خاصة وبعثت الى الناس عامة

(رواه البخارى ومسلم)


Dari Jabir bin Abdullah,bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
“Aku dikurnia lima perkara yang belum pernah berikan kepada seseorang pun sebelum aku:
1) aku ditolong dengan kegentaran (musuh menghadapi aku) jarak sejauh sebulan perjalanan;
2) dan dijadikan bumi ini bagiku sebagai masjid dan bahan pencuci lalu di mana sahaja seseorang dari umatku mendapatkan waktu solat,ia boleh melakukan solat di situ;
3) dan dihalalkan bagiku rampasan perang,padahal tidak dihalalkan bagi seseorang sebelum aku;
4) juga aku diizinkan member syafaat(pada hari kiamat);
5) dan adapun nabi-nabi(terdahulu) diutus hanya untuk kaumnya semata-mata,sedang aku diutus untuk manusia seluruhnya.”
(H.R Bukhari dan Muslim)

Sebab-sebab diharuskan tayammum:

  • Ketiadaan air atau ada air tetapi hanya untuk keperluan makan
    dan minum sahaja
  • Tidak boleh menggunakan air disebabkan sakit
  • Khuatir kehabisan waktu solat
  • Cuaca terlalu sejuk

Syarat-syarat tayammum :


•1. Masuk waktu solat
•2. Debu tanah suci daripada najis
•3. Debu mestilah kering dan tidak bercampur lumpur atau kapur
•4. Menghilangkan najis sebelum bertayammum

Rukun tayammum :


•Berniat ketika menyapu debu ke muka
•Menyapukan debu tanah sekali ke muka
•Menyapu debu ke tangan sehingga ke siku
•Tertib iaitu menyapu muka dahulu kemudian menyapu kedua-dua belah tangan sehingga ke siku

Sunat-sunat tayammum :


•Membaca ‘ Bismillahirrahmanirrahim ‘
•Mengadap qiblat
•Menipiskan debu di tapak tangan sebelum menyapu muka atau tangan
•Mendahulukan menyapu muka tangan kanan daripada tangan kiri
•Berturut-turut antara menyapu muka dan tangan
•Merenggangkan jari semasa menekap debu

Perkara-perkara yang membatalkan tayammum :

  • Semua perkara yang membatalkan wuduk
  • Ada air sebelum solat jika Bertayammum kerana tiada air

Cara-cara tayammum :


1.Membersihkan anggota tayammum dan badan daripada najis dan kekotoran.
2.Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu kemudian sapukan debu ke muka dari bahagian atas ke bawah.
3.Bersihkan debu yang telah digunakan untuk menyapu muka.
4.Tekapkan tapak tangan ke debu, kemudian sapukan debu di tangan kiri ke tangan kanan bermula dari belakang tapak tangan sehinnga ke siku
5.Kemudian sapukan debu tanah di tangan kanan kepada tangan kiri bermula dari belakang tapak tangan sehingga ke siku

Tahukah anda?


Sekali tayammum hanya untuk satu solat fardhu dan beberapa solat sunat sahaja.

Lafaz niat tayammum :


” نََوَيْتُ التَّيَمُمَ لاسْتِبَاحَةِ الصَّلاةِ للهِ تَعالى ”


Maksudnya:
Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah.


CARA BERTAYAMMUM


1) SELEPAS BERNIAT, KITA HENDAKLAH MENEPUK KEDUA-DUA BELAH TANGAN PADA DEBU TANAH


2) TEPUKKAN PERTAMA UNTUK DISAPU KE MUKA


3)TEPUKKAN KEDUA UNTUK DISAPU DIKEDUA-DUA BELAH TANGAN HINGGA KE SIKU. DEBU PADA TANGAN KIRI UNTUK TANGAN KANAN MANAKALA DEBU PADA TANGAN KANAN UNTUK DISAPU KE TANGAN KIRI

Hikmah tayammum


•1. kemuliaan syariat rasulullah
•2. merasai jiwa sebagai hamba