Monday, February 27, 2012

kisah motivasi tentang seekor kuda

assalamualaikum.... pada coretan kali ini saya ingin coretkan tentang sebuah cerita motivasi yang saya dapat dari motivasi pagi radio IKIM tentang seekor kuda walaupun kuda bukanlah watak utama dalam cerita ni.

pada zaman dahulu, ada seorang pak cik tua yang miskin, bersama seorang anak dan seekor kuda betina. Pada suatu hari, kuda pak cik ini telah hilang. maka datanglah penduduk kampung untuk mengucapkan takziah atas kehilangan kuda pak cik itu.tetapi pak cik itu hanya membalas, "Yang xbaik xsemesti xbaik dan yang baik xsemestinya baik". penduduk kampung hanya menganggap pak cik ini hanya berfalsafah.

tidak lama kemudian kuda pak cik ini pulang bersama 5ekor kuda jantan. dan sekarang pak cik itu mempunyai 6ekor kuda. kemudian datanglah penduduk kampung mengucapkan tahniah. kemudian pak cik ini berkata :"Yang xbaik xsemesti xbaik dan yang baik xsemestinya baik". penduduk hanya menganggap pak cik ni hanya berfalsafah.

pada suatu hari, anak pak cik ini cuba menjinakkan kuda ini, malangnya salah seekor kuda itu telah menendangnya hingga cacat. kemudian datanglah penduduk kampung mengucapkan takziah. tetapi pak cik hanya mengulang ayat yang sama,"Yang xbaik xsemesti xbaik dan yang baik xsemestinya baik".

selepas itu, kerajaan mengarahkan semua pemuda di negeri tersebut untuk menyertai peperangan. anak pak cik itu bernasib baik kerana tidak terpilih disebabkan cacat. dan ditakdirkan semua pemuda yang menyertai peperangan itu kesemua mati dalam peperangan. maka, gadis-gadis yang ada di kampung itu terpaksa memilih anak pak cik itu untuk berkahwin. maka anak pak cik itu mendapat gadis dari keluarga yang kaya. kemudian datanglah penduduk kampung mengucapkan tahniah. kemudian pak cik itu berkata, bukankah aku sudah katakan kepada kamu, "Yang xbaik xsemesti xbaik dan yang baik xsemestinya baik".

kesimpulan, setiap perkara baik yang kita kehendaki itu baik bagi kita dan bukan setiap perkara buruk itu buruk bagi kita. mungkin apa yang kita terima itu adalah yang terbaik buat kita...

1 comment:

  1. Kisah ni bgs, tp sy tak yakin sume org boleh fhm jika baca sepintas lalu..Dan bg sy juga, pakcik tersebut memiliki tahap tawakal dan kefahaman yg tgi terhadap Islam dan Allah..Sy sedar bkn mudah utk mendapat seperti mana pakcik tersebut miliki..Bgaimanapun sy yakin jugak ianya tidak mustahil..kerana Allah maha penyayang dan pengasih tambahan pula pada hambaNya yg taat..

    Teruskan admin menulis, moga kisah2 seperti ini dpt dijadikan panduan dan penghayatan pada mereka yg memerlukan pada masa mereka memerlukan..Syabas dan terima kasih pada admin :))

    ReplyDelete