Tajuk: “Kenapa Sentimen perkauman masih kuat di Malaysia dan Cara menangani konflik antara kaum menurut Islam”
Walaupun Malaysia telah
menggapai 56 tahun kemerdekaan, tetapi sentimen perkauman masih lagi membara
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Jika isu ini tidak ditangani dengan bijak
oleh semua pihak, hal ini akan menjadi barah yang boleh merosakkkan perpaduan
dan keharmonian di Malaysia. Isu ini merupakan salah satu cabaran dalam
menangani masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana konflik antara etnik
berlaku sekiranya sesebuah Negara mempunyai lebih dari satu etnik. Konflik ini
wujud sekiranya berlaku pertentangan fahaman mengenai budaya yang boleh
mengakibatkan pertentengan kuasa.
Banyak punca yang
menyebabkan berlakunya konflik antara kaum. Antara sebab utama adalah
ketidakseimbangan pembangunan ekonomi dan pengagihan kuasa. Jika kita lihat
keadaan di Malaysia, ekonomi kebanyakan dipegang oleh orang cina manakala
politik banyak didominasikan oleh orang melayu. Hal ini disebabkan pada zaman
penjajahan British di Tanah Melayu, masyarakat dipisahkan dari sudut ekonomi
dan penempatan mengikut kaum-kaum masing. Sebagai contoh, orang cina bekerja
sebagai peniaga dan tinggal di Bandar, manakala orang melayu tinggal di kawasan perkampungan dan
melakukan aktiviti pertanian dan orang India pula ditempatkan di kawasan ladang
bagi menguruskan kelapa sawit dan getah. Selepas kemerdekaan, disebabkan orang
cina mempunyai modal yang banyak serta berpengalaman dalam perniagaan, mereka
terus memonopolikan ekonomi di Malaysia sehingga sekarang. Pengasingan ini
wujud di antara etnik disebabkan kesan negatif dasar-dasar yang terbentuk
semenjak zaman penjajahan.
Selain itu, perkauman
antara etnik ini boleh dilihat secara tidak langsung melalui politik mengikut
etnik contohnya, UMNO, MCA dan MIC, akhbar dan rancangan televisyen berlainan
bahasa mengikut etnik masing-masing. Politik mengikut kaum ini lebih menjurus untuk
mempertahankan dan memperjuangkan hak untuk kaum masing-masing. Walaupun
terdapat juga politik bukan berasaskan perkauman, tetapi jika dilihat kepada
masyarakat berbilang kaum, mereka lebih cenderung untuk mengekalkan identiti
masing-masing serta mempertahankan nilai, budaya dan idea yang berbeza di
antara kelompok masyarakat. Hal ini kerana, masing-masing cuba memaparkan nilai
mereka sendiri kepada masyarakat lain
yang berlainan agama, budaya, bahasa dan etnik. Sebagai contoh, orang cina
sukar memilih wakil dari kalangan orang melayu dan orang melayu sukar memilih
wakil dari kalangan kaum India dan cina kerana kaum cina sehingga kini masih
sukar menyelami budaya melayu yang sebenar begitu juga orang melayu yang masih ragu-ragu
dengan kejujuran kaum cina. Hal ini disebabkan mereka masih kabur tentang latar
belakang budaya dan sejarah antara mereka.Sebagai contoh,terdapat perbezaan
dalam nilai-nilai orang Melayu dan Cina, kerana latar belakang mereka yang
berbeza agama dan budaya. Tambahan pula, terdapat jarak sosial di antara mereka
, ramai orang Melayu tidak tahu nilai-nilai Cina dengan baik dan kaum Cina agak
jahil tentang nilai-nilai Melayu walaupun mereka telah hidup bersama telah
lama. Sistem pendidikan dan komunikasi massa telah tidak digunakan oleh pihak
berkuasa dengan sebaiknya untuk menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam
tentang nilai dan budaya masing-masing. Terdapat juga golongan elit
memperalatkan isu perkauman untuk mencapai tujuan politik.
Selain itu, sistem
pendidikan yang berasingan turut menjadi punca kepada konflik antara kaum.
Sebagai contoh, sekolah aliran cina diwujudkan semasa penjajahan british yang
dibiayai oleh orang perseorangan dan persatuan mereka sendiri. Mereka diajar
dalam ibunda masing-masing. Hal ini menyebabkan polarisasi di kalangan pelajar
yang boleh di lihat di institusi pengajian tinggi awam atau swasta (IPTA atau
IPTS), orang cina hanya bergaul dengan orang cina dan orang melayu bergaul
dengan orang melayu yang menyebabkan tiada hubungan antara kaum dan boleh meningkatkan
prejudis antara kaum. Sebagai contoh, terdapat orang Melayu yang menganggap
orang Cina sebagai kotor , penipu dan sentiasa taksub dengan membuat wang.
Dengan cara yang sama terdapat Cina yang menggambarkan orang Melayu sebagai
malas, boros dan suka kepada hiburan. Mungkin sifat-sifat ini adalah benar
sesetengah Melayu dan sesetengah orang Cina, tetapi tidaksemestinya benar untuk
mereka semua . Ini boleh menyebabkan prejudis antara kaum makin berkembang.
Apabila setiap etnik prejudis terhadap yang lain , ketegangan boleh berlaku,
dan menyebabkan konflik antara etnik.
Oleh itu pengurusan konflik
ini penting kerana kewujudan konflik tidak dapat dielakkan. Sekiranya konflik
ini diuruskan secara proaktif, ini akan memberikan kelebihan kepada Negara dan
sekiranya gagal diuruskan dengan baik, banyak risiko dan kesan terpaksa
dihadapi oleh Negara. Pengurusan konflik ini haruslah dilakukan berdasarkan
bukan kepada hanya pengamatan satu pihak etnik atau kaum sahaja tetapi
melibatkan semua etnik yang terdapat di Malaysia. Selain itu undang-undang,
akta mahupun polisi diperlukan sebagai kawalan yang dapat mengendurkan konflik
ini dari terus menular. Selain itu, setiap warganegara hendalah memahami
sejarah Negara, bangsa lain serta perlembagaan persekutuan di Malaysia.
Reformasi system pendidikan perlu dilakukan supaya wujud keselarasan untuk
setiap sekolah yang ada di Malaysia. Dasar kerajaan haruslah diterangkan secara
jelas melalui media cetak atau media massa supaya rakyat dapat memahami dasar
yang akan dilakuakn oleh kerajaan. Golongan elit juga hendaklah tidak
menggunakan isu perkauman sebagai agenda politik perkauman yang boleh
menyebabkan Negara kucar-kacir.
Menurut Islam terdapat
empat peringkat dalam menangani konflik antara kaum iaitu : pertama, al-Ta’aruf
iaitu berkenal-kenalan atau kita hendak mengetahui dan mempelajari tentang sejarah
dan latar belakang serta budaya dan adat resam setiap kaum yang terdapat di
Malaysia. Kemudian kedua, al-Tafahum iaitu memahami. Setelah kita mengetahui
sejarah dan latar belakang, maka timbul rasa memahami antara kaum dan boleh
membuang persaan prasangka antara kaum. Ketiga adalah al-Tadhamum iaitu
menjamin antara satu sama lain atau berkerjasama. Selepas kita memahami antara
kaum, maka kita boleh berkerjasama antara satu sama lain dalam semua perkara.
Dan keempat adalah al-takaful iaitu, saling bantu- membantu, kemudian timbul
sikap bantu antara satu sama lain tanpa mengira kaum. sekiranya diamalkan,
konflik antara kaum dapat dielakkan.
Sebagai kesimpulan,
kita perlu mengetahui punca masih berlakunya sentimen perkauman yang kuat di
Malaysia supaya kita dapat mengambil langkah yang bijak dan drastik supaya
sentimen perkauman ini tidak terus merosakkan keharmonian di Malaysia. Semua
pihak sepatutnya berperanan dalam menangani masalah ini dengan belajar memahami
antara satu sama lain dan tidak bersikap berprasangka buruk antara kaum. Kestabilan
Negara akan terus terjamin sekiranya konflik antara kaum berjaya di atasi
dengan bijak. Pengurusan konflik ini berjaya sekiranya pihak pentadbiran
menyelidiki dahulu punca utama konflik itu terjadi.
No comments:
Post a Comment