Tuesday, January 24, 2012

master chef satu fenomena?



salam... tajuk kali ni saya nak bawakan isu tentang salah satu rancangan realiti tv di Astro iatu masterchef yang menjadi popular dikalangan masyarakat. seperti yang kita tahu, pemenang pertama rancangan ini ialah Ezani yg mrupakan seorg dr gigi, ini membuktikan semua orang dari setiap bidang boleh menjadi masterchef.

fenomena rancangan ini telah melanda semua lapisan masyarakat di negara ini dan tidak terkecuali para pelajar yang ingin memilih jurusan mereka. kebanyakan mereka memilih untuk mengambil kursus vokasional seperti bakering dan catering setelah menonton rancangan ini. ini telah menarik minat mereka untuk mengambil jurusan ini.

rancangan ini mempunyai impak yang positif kepada masyarakat kerana banyak mengajar masyarakat tentang teknik-teknik memasak yang sering digunakan oleh chef dan resepi yang baru.selain itu, rancangan ini menambah minat masyarakat kepada dunia masakan dan menyebabkan masyarakat menceburi bidang selain daripada hanya berkerja didalam pejabat.

rancangan ini boleh dianggap positif sekiranya dilihat dari sudut positif...

kegunaan enzyme papain dalam melembutkan daging


salam.. kali ini saya tertarik untuk bercerita tentang enzyme papain. saya dapat tahu tentang enzyme ini setelah menonton dalam rancangan clever edisi malaysia. mesti semua tertanya bagaimana enzyme papain boleh digunakan dalam melembutkan daging.

enzyme papain boleh didapati daripada keseluruhan bahagian pokok betik yang terdiri dari daun, batang, buah, bunga serta akarnya. enzyme papain ini mengandungi proteineolitik yang mana enzyme ini digunakan untuk menguraikan rantai-rantai protein yang terdapat didalam daging. enzyme ini tidak dapat dihasilkan daripada badan kita sendiri.

oleh itu, untuk melembutkan daging, kita bolehlah memerap daging dengan betik selama 60 c -70 c selama setengah jam. teknik ini telah digunakan oleh masyarakat kita pada suatu masa dahulu. tetapi ini adalah penjelasan secara saintifik.

saya harap anda dapat mencuba teknik ini dalam masakan anda, selamat mencuba!

Thursday, January 19, 2012

sejarah blog

Assalamualaikum... dan selamat tahun baru, rasenya belum terlambat untuk mengucapkannya... dan dah lama juga saya tinggalkan dunia penulisan blog, hal ini disebabkan kesibukan menyiapkan assignment dan juga peperiksaan. namun akhirnya saya juga setelah semuanya selesai... itulah tugas sebagai pelajar.

penulisan kali ini saya nak mengajak kita berfikir sejenak, tahukah bagaimana blog berkembang pesat hingga sekarang? Blog ini dahulu digunakan sebagai catatan harian oleh wartawan didalam peperangan di Iraq setelah banyak berita diputar belit oleh media. oleh itu, para wartawan menggunakan blog sebagai salah satu cara untuk menyalurkan maklumat sebenar dari tempat peperangan dalam masa yang singkat kepada masyarakat di seluruh dunia. sehingga kini, blog masih popular digunakan dalam pelbagai bidang seperti blog untuk politik, perniagaan serta untuk tujuan pembelajaran.

seperti kita tahu setiap perkara ada baik dan buruk, termasuk juga blog terdapat baik dan buruknya. sekiranya kita gunakan untuk tujuan kebaikan maka baiklah jadinya tetapi jika kita menggunakan untuk tujuan kejahatan maka jahatlah jadinya. maka kita telah diberi pilihan samada kita mahu menggunakan blog ini kearah kebaikan atau keburukan.

oleh itu saya ingin mengajak, mari kita menggunakan teknologi ke arah kebaikan supaya dapat melahurkan masyarakat yang berilmu pengetahuan.