Thursday, July 21, 2011

persiapan untuk Ramadhan

salam.... bagaimana persiapan sahabat dalam menghadapi ramadhan yg bakal menjelma dalam beberapa hari lagi? adakah kita berasa gembira untuk menyambut ramadhan al-mubarak yg penuh dgn keberkatan? bagaimana pengisian yang bakal diisi sepanjang bulan ramadhan?

di sini saya nak berkongsi sedikit persiapan yang boleh kita buat sebelum menghadapi bulan Ramadhan:

1. persiapkan diri dengan ilmu
setiap amal ibadat kita memerlukan ilmu bukan sekadar ikut-ikutan sahaja. mari kita muhasabah diri balik, masih ingatkah kita atau kita tahu apa rukun puasa, syarat wajib dan sah puasa? sepatutnya persoalan ini boleh dijawab dengan baik kerana setiap kali bulan Ramadhan kita akan berpuasa selama sebulan. kalau persoalan ini masih belum terjawab dgn baik, adakah cukup ilmu kita untuk menghadapi Ramadhan ini?

2. penyucian diri
sebelum kita memasuki bulan Ramadhan, hendaklah kita memastikan diri kita ini bersih dari dosa dan perkara yang boleh mendapat kemurkaan Allah, barulah amalan kita diterima oleh tuhan. penyucian ini boleh dilakukan dengan banyakkan bertaubat kepada Allah. menurut imam al-ghazali, pembersihan dan penyucian diri ada 4 peringkat: peringkat yang paling bawah adalah kita bersih diri dan pakaian kita dari kekotoran dan najis. tahap kedua adalah pembersihan diri kita dari dosa kecil dan dosa besar. tahap ketiga adalah pembersihan daripada sifat mazmumah kpd sifat mahmudah. dan tahap yang terakhir adalah tiada sesuatu didalam hati kecuali Allah.

3. sekirannya kita berada di waktu pagi jangan bertangguh melakukan sesuatu ke waktu petang..
ini bermaksud kita jangan bertangguh dalam melakukan kebaikan. hal ini kerana, kita tidak tahu sama ada kita sempat untuk beribadat dalam bulan Ramadhan ini dan bertemu Ramadhan akan datang atau kita tidak sempat kerana ajal kita telah sampai..

oleh itu wahai sahabat, mari kita renung sejenak sama ada persiapan kita sudah cukup untuk kita hadapi Bulan Ramadhan yang bakal menjelma ini...

Wednesday, July 20, 2011

dalam rokok ada arak?


salam... saya ingin coretkan sedikit infomasi yang mungkin kita tidak tahu tentang sebab utama pengharaman rokok. seperti yang kita sedia maklum, rokok sering dikaitkan pengharaman disebabkan tentang kesan bahayanya terhadap kesihatan manusia dan juga terdapat kandungan berbahaya dalam sebatang rokok, tetapi itu tidak mahu saya bincangkan dalam artikel saya kali ni.....

seperti yang kita sedia maklum rokok dibungkus menggunakan sehelai daun tembakau, secara logiknya sehelai daun akan layu dalam masa beberapi ari sahaja. tetapi daun tembakau yang terdapat di pasaran sekarang mampu bertahan sehingga bertahun-tahun dan pastinya daun itu memmerlukan satu cara yang mampu memberi ketahanan kepada daun tersebut. dan cara digunakan ialah merendam daun tersebut dengan menggunakan arak.

menurut kajian persatuan pengguna pulau pinang (CAP), sebatang merokok memerlukan segelas arak untuk direndam untuk memastikan ketahanan rokok tersebut. rokok tersebut berbeza dari segi mahal dan murah adalah disebabkan perbezaan arak yang digunakan dalam proses perendaman. sekiranya arak mahal digunakan, maka harga tersebut menjadi mahal.

dalam al-quran terdapat pengharaman arak;
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90) [1]
Dalil Hadis haram minum arak

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733) [2] ”
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ "Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)
Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik.

salah satu fakta menarik yang saya ingin kongsikan tentang daun tembakau, kerajaan kelantan telah membuat uji kaji dengan memberi daun tembakau untuk dimakan oleh kambing dan didapati kambing itu tidak memakan daun tersebut.

oleh itu, mari kita renung sejenak, bagaimana kita melakukan ibadat sekiranya didalam badan kita terdapat sumber yang haram? adakah amalan kita diterima tuhan? cara yang terbaik adalah berhentilah merokok, bukan setakat dapat menjauhkan diri dari benda haram tetapi juga dapat menjamin kesihatan diri sendiri dan msyarakat sekeliling...

Friday, June 17, 2011

umat islam mengikuti langkah yahudi dan nasrani..

sekadar perkongsian dari kuliah asar kat tmpt saya tentang hadis kelima dari peristiwa akhir zaman...

Daripada Abu Sa'id Al Khudri r.aa berkata: bahawasanya Rasulullah saw bersabda : " kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". sahabat bertanya " ya Rasulullah! apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi saw menjawab, " siapa lagi kalau bukan mereka".

(hadis riwayat Muslim)

hadis menceritakan bagaimana umat Islam akhir zaman atau lebih sinonim dengan masyarakat kita pada hari ini mengikuti jejak langkah ataupun 'cara hidup' orang-orang yahudi dan nasrani, dari urusan kecil hinggalah perkara-perkara yang tidak munasabah.

jika kita lihat hadis ini ada menyebut tentang lubang biawak, lubang biawak seperti yang kita sediamaklum adalah satu tempat yang kotor dan sempit dan agak mustahil bagi kita sebagai manusia untuk memasuki..Lubang biawak yang disebutkan dalam hadis ini adalah bersifat kinayah atau kiasan yang bermaksud umat Islam akan mengikuti orang2 yahudi dan Nasrani dalam perkara-perkara yang tidak masuk akal atau tidak munasabah..

banyak cara hidup yahudi dan nasrani telah mempengaruhi kehidupan umat islam pada masa kini, antaranya ialah cara beragama, cara berpakaian dan penampilan dan percakapan...

cuba kita lihat cara orang nasrani beragama, apabila mereka mendapat cahaya mata, mereka akan membawa bayi mereka ke gereja untuk dimandikan atau direnjis dengan air jampian berserta minyak zaiton kerana mereka mempercayai bayi dilahirkan membawa dosa yang telah dilakukan oleh nabi adam dahulu, dan dosa itu tertanggung oleh bayi yang baru lahir. kemudian apabila bayi itu dewasa, mereka tidak pernah dipersoalkan bila mereka tidak hadir ke gereja dan tidak tahu membaca bible. kemudian mereka akan datang kembali ke gereja apabila mereka ingin berkahwin. dan selepas itu mereka tidak dipersolkan sekiranya tidak hadir ke gereja. dan kali terakhir mereka datang ke gereja adalah pada hari kematian. secara kita tidak sedar, cara beragama orang Nasrani telah menular kpd umat Islam kita pada hari ini. mereka akan berjumpa para ustaz ketika hendak bertahnik sewaktu bayi baru dilahirkan. kemudian mereka akan pergi ke masjid sewaktu bernikah dan kali terakhir ketika solat jenazah. selain itu, mereka tidak pernah atau jarang hendak berkunjung ke masjid dan berjumpa dengan ustaz.

dr sudut pemakaian, kebnyakan wanita bertudung tapi memakai pakaian yg ketat dan tidak menurut syariah.. benarlah hadis Rasulullah yang menyebut wanita pada akhir zaman berpakaian tp bertelanjang.dan sesetengah gaya tudung pula seperti bonggol unta. selain itu, pemakaian lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki

dan dari sudut percakapan pula,kita lebih gemar menggunakan perkataan "hi" dan " bye' dalam satu2 percakapan dari apa yg telah menjadi sunnah baginda seperti " assalamualaikum" yang juga merupakan doa..

ni je yg dapat saya coretkan untuk kali ni... saya akhiri dgn dua rangkap syair...

langkah yahudi jangan dituruti
jalan nasrani jangan diikuti
kenapa kita mesti melutut
kepada bangsa bersifat taghut.


umat yahudidimurkai tuhan
ilmu dituntut amal ditinggalkan
uamt nasrani sesat di jalan
amal dibuat tanpa pedoman

Wednesday, June 15, 2011

gerhana bulan penuh dari sudut al-Quran dan As-sunah serta pandangan saintifik





kali ni saya nak berkongsi maklumat serba sedikit gerhana bulan penuh yg berlaku pagi tadi.Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.

ini adalah sebahagian fasa yg berlaku ketika gerhana bulan penuh...


Data Gerhana Bulan Penuh pada 16 Jun 2011 (Khamis)

Fasa

Keterangan

Masa

P1

Bulan Mula Memasuki Kawasan Bayang Penumbra Bumi
1.22 pagi


U1

Bulan Mula Memasuki Kawasan Bayang Umbra Bumi
2.22 pagi

U2
GREATEST
U3

Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula
3.22 pagi

Fasa Gerhana Bulan Penuh berakhir
5.02 pagi

Kemuncak Gerhana
4.12 pagi

U4

Bulan Mula Bergerak Keluar Dari Kawasan Bayang Umbra Bumi
6.02 pagi

P4

Bulan Mula Bergerak Keluar Dari Kawasan Penumbra Bumi
7.02 pagi

*Umbra : Bahagian Bayang yang sangat gelap
*Penumbra : Bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah

sumber:http://akarimomar.wordpress.com/2011/06/15/gerhana-bulan-pada-awal-pagi-16-jun-2001-serta-amalannya/

maklumat di atas saya terang dari sudut kaca pandangan sains. terdapat juga salah anggap masyarakat dan kepercayaan karut terhadap gerhana bulan. dalam masyarakat cina mereka beranggapan gerhana bulan penuh berlaku kerana naga telah menelan bulan, oleh itu mereka akan memukul tin untuk membuat bising supaya naga memeuntahkan kembali bulan tersebut. ni adalah salah satu contoh kepercayaan yang boleh saya anggap tidak masuk akal jika dikaitkan dgn gerhana bulan penuh..manakala pada zaman Rasulullah sendiri, orang menganggap gerhana bulan berlaku disebabkan kematian Ibrahim yg merupakan putera Rasulullah. kejadian gerhana bulan penuh

dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang kejadian gerhana bulan.
Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 190 yang bermaksud : “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran siang dan malam, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal” .
Salah satu tanda kekuasaan Allah dalam peredaran bulan, matahari dan bumi, adalah kejadian Gerhana Bulan.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oIeh Muslim bermaksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah Subhanahu Wata’ala. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan kerana hidupnya seseorang. OIeh itu, apabila melihat gerhana berlaku, maka bersolat dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala’ kegelapan”.

sebagai muslim antara amalan yang boleh dilakukan ialah solat sunat gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.

Cara Solat Sunat Gerhana


Gerhana Penuh Matahari
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! (Solat berjemaah)
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.
i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
Kaifiatnya adalah seperti berikut:
Berdasarkan hadis :
عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.
Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
(Sahih Muslim 2-hlm: 81) Secara ringkasnya seperti berikut : A Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.
B. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Memberi salam.
Tiada iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
Khutbah Solat Gerhana :
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang. ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir. iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya. iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )
Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.
Contoh : i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah. ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu. iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.

Matla’ Badrain. Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa. Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
atau
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I'tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir

sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_sunat_gerhana

ini adalah serba sedikit maklumat yg saya ingin berkongsi tentang gerhana bulan penuh. kita bukan setakat perlu memahami gerhana bulan dr sudut saintifik tetapi juga mesti difahami dari sudut islam kerana Islam is the way of life...

Friday, May 27, 2011

wanita mangsa Psychopath atau psikopat.....

tajuk ni sebenarnya tajuk perbincangan dari rancangan Apa Kata Wanita kat tv1. saya tertarik ngan tajuk ni sebab ada kaitan dgn saya dan kaum wanita terutamanya. sejak akhir-akhir ini kita banyak mendengar dan melihat kat media tentang mangsa yang disimbah asid kat tepi jalan. kejadian ini berlaku sejak bulan februari lalu sampai yg terkini dilaporkan ialah pada 13 mei lalu.. kejadian ni byk dilaporkan dr kawasan kuala lumpur. kejadian ini juga dipercayai dilakukan oleh orang yang psikopat.

sebenarnya saya baru mengenali perkataan psikopath ni... jom kita kenali psikopat ni..
Psikopat secara harfiah bererti sakit jiwa. Psikopat berasal dari kata psyche yang berarti jiwa dan pathos yang berarti penyakit. Pengidapnya juga sering disebut sebagai sosiopat karena perilakunya yang antisosial dan merugikan orang-orang terdekatnya.
Psikopat tak sama dengan gila (skizofrenia/psikosis) karena seorang psikopat sedar sepenuhnya atas perbuatannya. Gejalanya sendiri sering disebut dengan psikopati, pengidapnya seringkali disebut orang gila tanpa gangguan mental. Menurut penelitian sekitar 1% dari total populasi dunia mengidap psikopati. Pengidap ini sulit dideteksi karena sebanyak 80% lebih banyak yang berkeliaran daripada yang mendekam di penjara atau di rumah sakit jiwa, pengidapnya juga sukar disembuhkan .

Gejala-gejala psikopat

1. Sering berbohong, fasih dan dangkal. Psikopat seringkali pandai melucu dan pintar bicara, secara khas berusaha tampil dengan pengetahuan di bidang sosiologi, psikiatri, kedokteran, psikologi, filsafat, puisi, sastra, dan lain-lain. Seringkali pandai mengarang cerita yang membuatnya positif, dan bila ketahuan berbohong mereka tak peduli dan akan menutupinya dengan mengarang kebohongan lainnya dan mengolahnya seakan-akan itu fakta.
2. Egosentris dan menganggap dirinya hebat.
3. Tidak punya rasa sesal dan rasa bersalah. Meski kadang psikopat mengakui perbuatannya namun ia sangat meremehkan atau menyangkal akibat tindakannya dan tidak memiliki alasan untuk peduli.
4. Senang melakukan pelanggaran dan bermasalah perilaku di masa kecil.
5. Sikap antisosial di usia dewasa.
6. Kurang empati. Bagi psikopat memotong kepala ayam dan memotong kepala orang, tidak ada bedanya.
7. Psikopat juga teguh dalam bertindak agresif, menantang nyali dan perkelahian, jam tidur larut dan sering keluar rumah.
8. Impulsif dan sulit mengendalikan diri. Untuk psikopat tidak ada waktu untuk menimbang baik-buruknya tindakan yang akan mereka lakukan dan mereka tidak peduli pada apa yang telah diperbuatnya atau memikirkan tentang masa depan. Pengidap juga mudah terpicu amarahnya akan hal-hal kecil, mudah bereaksi terhadap kekecewaan, kegagalan, kritik, dan mudah menyerang orang hanya karena hal sepele.
9. Tidak mampu bertanggung jawab dan melakukan hal-hal demi kesenangan belaka.
10. Manipulatif dan curang. Psikopat juga sering menunjukkan emosi dramatis walaupun sebenarnya mereka tidak sungguh-sungguh. Mereka juga tidak memiliki respon fisiologis yang secara normal diasosiasikan dengan rasa takut seperti tangan berkeringat, jantung berdebar, mulut kering, tegang, gemetar -- bagi psikopat hal ini tidak berlaku. Karena itu psikopat seringkali disebut dengan istilah "dingin".
11. Hidup sebagai parasit karena memanfaatkan orang lain untuk kesenangan dan kepuasan dirinya.

ini mungkin sdkt sbyk info ttg psikopat.Menurut dr salina iaitu pakar psikiatri, psikopat bukan merupakan penyakit tetapi ia melibatkan personaliti seseorang. oleh itu, nasihat saya kepada wanita terutamanya kerana 90% mangsa disimbah asid adalah terdiri dr kaum wanita ialah berhati-hati ketika keluar dari kediaman anda dan jika anda menjadi mangsa atau saksi kajadian ini hendaklah wat laporan polis yg berdekatan atau hubungi 999....

Friday, March 4, 2011

satu pasangan bercerai setiap 15 minit

PUTRAJAYA: Amat mengejutkan apabila kadar penceraian di kalangan pasangan suami isteri di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Mashitah berkata, beliau tidak menafikan ada peningkatan kes penceraian di negara ini setiap tahun, malah statistik pada 2009 menunjukkan setiap perkahwinan yang didaftarkan setiap hari pasti akan ada perceraian yang berlaku.


Beliau berkata, ada banyak faktor yang menyumbang ke arah penceraian pasangan suami isteri, antaranya suami atau isteri yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak menjaga solat.

“Kita tidak dapat menafikan kelalaian menjaga solat menjadi punca kepada suami isteri mengabaikan tanggungjawab lain.


“Kalau tanggungjawab kepada Allah yang secara istiqamah (tetap) patut dilaksanakan lima kali sehari tidak dapat dilakukan, sudah tentu kita dapat membayangkan sukar untuk melaksanakan peranan mereka sebagai suami dan isteri,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri seminar sempena Maulidur Rasul bertajuk Bagaikan Cinta Khadijah di Hati Rasulullah s.a.w, di sini, semalam.


Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz.


Lebih 1,200 peserta dari pelbagai kementerian menghadiri seminar, termasuk pakar motivasi terkenal tanah air, Datuk Dr Fadhilah Kamsah dan pendakwah, Datuk Dr Fatma Az Zahra.


Mashitah berkata, sehubungan itu pihaknya mempelbagaikan usaha dengan memperbanyakkan program ke arah memantapkan keluarga terutama kepada suami isteri ketika melayari rumah tangga.

“Selain itu, kita meningkatkan usaha dengan memberi pelbagai maklumat untuk memperkasakan lagi peranan suami isteri,” katanya.


Sementara itu, mengulas cubaan menghidupkan kembali ajaran Al-Arqam oleh Ummu Jah melalui penganjuran Sidang Parlimen Roh, Mashitah berkata Jakim terus memantau kegiatan itu secara lebih dekat bagi memastikan ia tidak menular kepada masyarakat.


“Perkara ini masih dalam pemantauan dan kita tidak boleh memberikan maklumat lanjut, tetapi kita mengikuti apa yang mereka lakukan.


“Tetapi apa yang perlu kita beritahu kepada rakyat adalah ajaran ini memang sesat dan salah, jadi tidak perlu fatwa lagi sebab ia jelas sebagai satu ajaran sesat,” katanya. “Jadi, kita meminta rakyat sentiasa berhati-hati dan tidak mengikuti ajaran yang sudah dimaklumkan mengenai kesesatannya,” katanya.

ini adalah salah satu keratan akhbar dari mymetro pada 4Mac 2011. kita lihat fenomena cerai seolah-olah salah satu trend masyarakat sekarang. kita kena lihat kembali apakah faktor kes penceraian makin meningkat di kalangan masyarakat kita. perceraian adalah salah satu perbuatan yang dibenci oleh agama.

antara faktornya ramai yang berkahwin bukan kerana agama atau ibadah tapi lebih kepada nafsu semata-mata.mereka berkahwin hanya untuk memikir perkahwinan hanya menghalalkan apa yang diharamkan sebelum kahwin tanpa memikirkan tanggungjawab selepas perkahwinan. perkahwinan memerlukan penyatuan dua jiwa yang berbeza dalam pelbagai aspek dan sudut. ini yang dikatakan salaing melengkapi antara satu sama lain. jika dalam perkahwinan kita sentiasa mencari perbezaan, kekurangan dan membandingkan dengan orang lain makan ini akan merapuhkan lagi bahtera rumah tangga.jika kita masih lagi tidak faham konsep ini maka kita akan bercerai walaupun perkara yang kecil dan remeh.

selain itu kebanyakan yang berkahwin telah bercinta bertahun-tahun tapi berkahwin hanya untuk beberapa hari. oleh itu Islam menggalakkan bercinta selepas kahwin dengan banyak hikmahnya. hal ini kerana manusia ini diciptakan oleh penciptanya dengan cepat merasa bosan dengan sesuatu. maka tidak hairanlah kebanyakan pasangan yang bercinta cepat berasa bosan dengan pasangan masing-masing. bila perasaan ini timbul maka mereka akan sentiasa mencari perbezaan dan ini akan menyebabkan keserasian antara pasangan berkurangan. selain itu pasangan ini merasa tertipu dengan pasangan masing-masing kerana kadang-kadang sikap sebelum berkahwin berbeza dengan sikap selepas kahwin kerana waktu bercinta mereka tidak menjadi diri mereka dan berlakon semata-mata untuk memenangi hati pasangan mereka. kadangkala kita dibayangi dengan tipuan syaitan yang cuba mengaburi kita. saya petik kata rakan saya, sebelum kahwin kita lihat giginya putih kerana pada waktu bercinta segala kekurangan nampak sempurna dan selepas berkahwin baru mereka perasan yang gigi pasangan itu kuning. ini adalah salah satu contoh yang ringkas.

selain itu sewaktu bercinta mereka hanya melihat sifat yang sempurna seperti kacak yang bersifat abstrak tapi seolah-olah terlupa melihat sifat-sifat tidak sempurna dan selepas berkahwin seolah-olah pasangan ini tidak dapat menerima sikap pasangannya. kita kena sedar yang manusia ada dua sifat iaitu baik dan buruk. oleh itu kita sebelum kahwin dan juga selepas kena sediakan minda untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing.kebanyakan mereka juga menghabiskan beribu-ribu pada hari perkahwinan yang hanya sehari.impaknya mereka dibelengu dengan hutang pada yang pasangan yang tidak mampu sebenarnya. sebaik-baik wanita adalah yang merendahkan maharnya dan memudahkan perkahwinan. pengaruh televisyen dan juga artis juga turut mendorong peningkatan kes penceraian di Malaysia. kebanyakan mereka terpengaruh dengan pelakon yang melafazkan cerai tanpa memikirkan secara rasioanal.

mungkin banyak lagi faktor yang mendorong kes penceraian. tapi ini yang saya mampu coretkan.....

Thursday, March 3, 2011

mungkinkah muslihat barat dalam kekecohan di Libya




TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam memberi amaran keras kepada Barat agar tidak campur tangan dengan menyokong penentangan terhadapnya.

Pemimpin berkenaan menyatakan ribuan orang akan mati jika Barat mencampuri urusan negara tersebut dengan membantu gerakan penentang terhadap pemerintahannya.

Ucapannya itu dibuat pada satu majlis bagi memperingati gerakan rakyat di sini semalam.

Beliau membuat ucapan selepas askar-askar yang setia kepada Gaddafi bertempur dengan para penentang pemerintahannya di bandar Brega, timur Libya.

Menurut laporan stesen televisyen Al-Jazeera, bandar Brega itu dikuasai oleh para penentang pemerintah Gaddafi.

Stesen televisyen Al-Arabiya menyatakan sebuah lapangan terbang di Brega sudah jatuh ke tangan para penyokong Gaddafi.

Bagaimanapun, Al-Jazeera melaporkan beberapa buah pesawat mengebom bandar Ajdabiyah selepas para penentang Gaddafi menguasai sebuah pangkalan tentera.

Dalam ucapan itu, Gaddafi menegaskan, campur tangan Barat hanya akan mencetuskan 'peperangan dahsyat' yang akan mengorbankan beribu-ribu nyawa rakyat Libya.

Gaddafi sekali lagi menyalahkan pergerakan Al-Qaeda kerana mencabar pemerintahan kuku besinya hampir 42 tahun.

Beliau berkata, Al-Qaeda menguasai tanah air Libya dan hasil minyak negara itu. Gaddafi berikrar akan berjuang bermati-matian untuk menghalang niat jahat tersebut.


MUAMMAR GADDAFI menghadiri majlis memperingati kuasa rakyat di Tripoli semalam.

Dalam ucapannya, Gaddafi menafikan berlakunya demonstrasi aman di Libya sejak rakyat mula bangkit menentang pemerintahannya pada 15 Februari lalu.

Menyentuh mengenai industri minyak negara yang kini jatuh ke tangan pihak penentang, beliau menjelaskan, "kumpulan-kumpulan Al-Qaeda ini menyebabkan syarikat-syarikat minyak berada dalam ketakutan, melarikan diri dan menghentikan pengeluaran minyak. Pengeluaran minyak kini berada pada tahap paling minimum".

"Semua yang berlaku jelas menunjukkan konspirasi jahat Al-Qaeda.

"Semua ini tidak boleh dibiarkan. Kami akan berperang sehingga ke titisan darah terakhir," tegasnya.

Gaddafi mendakwa penduduk bandar Benghazi yang sebelum ini memainkan peranan utama dalam penentangan terhadap pemerintahannya, telah meminta pertolongan beliau untuk mengusir kumpulan-kumpulan bersenjata di sana.

"Tiada kekacauan yang berlaku di Libya seperti dilaporkan media asing," katanya. -


ini adalah keratan dari kosmo online tentang amaran gaddafi kepada barat, kadang-kadang kita perlu berfikir secara halus Barat ini memang bijak mengambil peluang disebalik kekalutan di Libya. Mereka bergerak sebagai pengaman namun disebaliknya mereka mempunyai perancangan untuk menguasai satu lagi negara Islam selepas Iraq dan Afganistan. mungkin sejarah Iraq dalam menjatuhkan Saddam Hussein akan berulang dimana tentera amerika masih berada di negara tersebut walaupun pemerintah adalah rakyat Iraq sendiri. tapi disebalik pemerintahan itu ada Amerika yang mengawal pentadbiran dan ini adalah realiti.

Barat mempunyai banyak rancangan untuk menjatuhkan umat Islam dan mereka menggunakan setiap peluang yang ada dengan sebaik-baiknya. secara logiknya sekiranya mereka adalah pengaman kenapa mereka masih tidak mengundurkan tentera mereka dan juga sistem mereka. walaupun kita sudah merdeka 58 tahun tapi hakikatnya kita masih terjajah dari sudut pemikiran. hal ini kerana kita masih menggunakan sistem mereka dan mengagungkan sistem mereka. ini adalah salah satu kejayaan mereka dalam penjajahan.

kita juga perlu mengkaji setiap berita kerana kadang-kadang berita ini dipengaruhi oleh propaganda mereka. dan mereka akan memburuk pihak yang menjadi musuh atau pihak yang tidak sehaluan dengan mereka. mungkin ini salah satu propaganda barat untuk memecah belahkan umat Islam.

Monday, February 28, 2011

Fiqh al-Awlawiyat Dan Kepentingannya Kepada Umat Islam Mutakhir Ini.

Mutakhir ini jarang-jarang umat Islam dapat membuat satu keputusan, melakukan satu
pekerjaan dan melaksanakan satu ibadah melainkan pasti dia berhadapan dengan dua atau lebih keadaan yang saling bertembung dari sudut hukum agama. Pertembungan mungkin berlaku antara yang halal dengan yang haram, antara yang halal dengan yang halal, antara yang haram dengan yang haram dan perkara halal yang hanya dapat diperolehi melalui cara yang haram. Tidak ketinggalan, di kalangan umat Islam pasti ada yang bercita-cita gemilang demi agama dan manusia. Dalam rangka mencapai cita-cita tersebut, tentu saja dia perlu menyusun tindaktanduknya mengikut tertib kepentingan (prioritize). Justeru apakah panduan yang sepatutnya dia jadikan pedoman untuk menyusun kepentingan tersebut?

Perenggan di atas menjadi Kata Pembuka bagi risalah saya ini berkenaan Fiqh al-
Awlawiyat. Sebelum meneruskannya, izinkan saya menjelaskan latarbelakang istilah ini terlebih dahulu. Latarbelakang Fiqh al-Awlawiyat. Istilah ini terdiri dari dua perkataan. Pertama ialah “Fiqh” yang bermaksud kefahaman. Lazimnya ia dikaitkan dengan hukum, maka dengan itu ia bermaksud kefahaman terhadap sesuatu hukum. Justeru apabila dikatakan “Fiqh Solat”, bererti subjek yang memberi kefahaman kepada hukum, hikmah dan objektif solat dalam suasana biasa dan tidak biasa. Ada pun kebiasaan silibus tempatan yang menekankan hafalan hukum-hukum berkaitan solat, ia tidak dapat disebut sebagai “Fiqh Solat” tetapi lebih kepada “Hafazan Solat”. Al-Awlawiyat berasal dari perkataan “Awla” yang bermaksud utama, unggul dan penting. Apabila dihubungkan menjadi Fiqh al-Awlawiyat, ia bermaksud kefahaman dalam membezakan
hukum ke arah yang lebih utama, lebih unggul dan lebih penting. Secara ejaan, Fiqh al-Awlawiyat tidak wujud di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, akan tetapi secara maksud dan konsep, ia wujud secara jelas di dalam kedua-dua sumber mulia tersebut. Dalam perbicaraan Fiqh al-Awlawiyat, para pembaca juga perlu beramah mesra dengan dua
istilah yang lazim digunakan, iaitu maslahat dan mafsadat. Secara mudah, maslahat ialah kebaikan atau faedah manakala mafsadat ialah keburukan atau kerosakan. Setiap sesuatu yang dilarang oleh syari‘at sebagai haram atau makruh pasti memiliki sesuatu mafsadat yang ingin dijauhkan. Manakala setiap sesuatu yang disuruh oleh syari‘at sebagai harus, sunat atau wajib pasti memiliki sesuatu maslahat yang ingin dicapai.
Fiqh al-Awlawiyat Antara Dua Larangan Yang Saling Bertembung. Katakanlah kita berhadapan dengan dua larangan dalam satu masa, larangan pertama hukumnya makruh manakala larangan kedua hukumnya haram. Maka tindakan yang benar ialah
menjauhi kedua-duanya. Seterusnya, katakanlah kita hanya mampu menjauhi salah satu darinya, maka tindakan yang lebih utama ialah menjauhkan larangan yang hukumnya haram. Tentu saja ini mudah untuk kita pertimbang dan utamakan.
Namun bagaimana jika kita berhadapan dengan dua larangan dalam satu masa dimana keduadua hukumnya adalah haram dan kita hanya mampu menjauhi salah satu darinya? Di sinilah terdapatnya kepentingan Fiqh al-Awlawiyat. Kes seumpama ini pernah disentuh oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) berperang dalam
bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepada-Nya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid al-Haram (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam
bulan yang dihormati). [al-Baqarah 2:217]

Dalam ayat di atas, umat Islam berhadapan dengan dua larangan yang saling bertembung
dalam satu masa:
• Larangan # 1: Berperang dalam bulan-bulan yang dihormati, iaitu bulan Zulkaedah,
Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Peperangan memiliki mafsadat di sebaliknya seperti
kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda, maka larangan berperang pada bulan-bulan
yang dihormati adalah bagi mengurangi mafsadat tersebut.
• Larangan # 2: Membiarkan musuh-musuh menghalangi umat Islam dari jalan Allah,
khasnya menghalang umat Islam dari memasuki Kota Mekah untuk beribadah di Masjid al-
Haram sekali pun dalam bulan-bulan yang dihormati. Jika dibiarkan, tindakan musuh ini akan memberi mafsadat kepada Islam dan umatnya.
Antara dua larangan di atas, mafsadat yang kedua lebih berat dari yang pertama. Ini dapat diketahui dengan membandingkan antara mafsadat pertama yang Allah sifatkan sebagai “…berdosa besar” dengan mafsadat kedua yang Allah sifatkan sebagai “…lebih besar dosanya di sisi Allah.” Seterusnya Allah Subhanahu wa Ta'ala juga menerangkan bahawa fitnah dari membiarkan tindakan musuh menghalangi umat Islam adalah lebih besar kesannya berbanding bunuh-membunuh yang berlaku dalam peperangan, sekali pun dalam bulan-bulan yang dihormati. Berdasarkan ayat di atas dapat dirumuskan beberapa kaedah Fiqh al-Awlawiyyat. Jika seseorang itu berhadapan dengan dua atau lebih larangan dalam satu masa dan dia tidak mampu menjauhi semua larangan tersebut, maka:
• Lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya memberi kesan jangka masa
panjang berbanding larangan yang mafsadatnya memberi kesan jangka masa pendek.
• Lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya memberi kesan kepada orang
yang besar jumlahnya berbanding larangan yang mafsadatnya memberi kesan kepada
orang yang kecil jumlahnya.
• Lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya bersifat pasti berbanding
larangan yang mafsadatnya bersifat kemungkinan.
Sebagai contoh katakan seorang wanita telah terlanjur berzina sehingga menyebabkan dia hamil. Lelaki yang menzinainya tidak mahu bertanggungjawab ke atas tindakan mereka dan terus menghilang diri. Wanita tersebut berfikir sama ada untuk terus mengandung, melahir dan membesarkan anak itu atau menggugurkannya. Di sini terdapat dua larangan yang saling bertembung:
• Larangan # 1: Menggugurkan janin (fetus dalam kandungan).
• Larangan # 2: Membiarkan diri dan anak difitnah oleh masyarakat dalam suasana dia
mengandung tanpa suami dan anak pula membesar tanpa ayah.

Larangan yang manakah yang patut diutamakan, maksudnya dijauhkan? Individu yang
berbeza mungkin memiliki pilihan keutamaan yang berbeza. Bagi wanita yang hidup dalam
lingkungan ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang saling memberi sokongan moral, dia akan mengutamakan Larangan # 1, iaitu tidak menggugurkan anak. Adapun fitnah dari masyarakat terhadap diri dan anaknya, ia adalah mafsadat yang bersifat kemungkinan sementara menggugurkan anak adalah mafsadat yang bersifat pasti. Maka berdasarkan kaedah Fiqh al-Awlawiyat, adalah lebih utama menjauhkan larangan yang mafsadatnya bersifat pasti berbanding larangan yang mafsadatnya bersifat kemungkinan. Berbeza bagi wanita yang hidup dalam lingkungan orang-orang yang tidak lekang dari mencela dan menghina atas keterlanjurannya itu. Maka mengutamakan Larangan # 2 mungkin
menjadi pilihannya, iaitu menggugurkan anak. Dia merasakan tidak sanggup menghadapi fitnah yang berterusan, apatah lagi diyakininya bahawa fitnah itu akan bertambah hebat ketika dalam peringkat membesarkan anak. Maka wanita ini cenderung kepada kaedah Fiqh al-Awlawiyat yang menyatakan adalah lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya memberi kesan jangka masa panjang berbanding larangan yang mafsadatnya memberi kesan jangka masa pendek.

Di sini ingin dijelaskan, sama ada bagi contoh di atas atau selainnya, bahawa dalam
mempertimbangkan apakah tindakan yang lebih utama, individu yang berbeza akan memiliki pilihan yang berbeza. Banyak faktor yang mempengaruhi pilihan tersebut, seperti tahap ilmu, kadar jatidiri,lokasi dan keadaan masyarakat sekeliling. Faktor-faktor ini akan sentiasa berbeza antara individu yang berbeza, maka dengan itu pilihannya tentang apakah yang lebih utama akan berbeza juga.Fiqh al-Awlawiyat Antara Dua Suruhan Yang Saling Bertembung. Apabila berhadapan dengan dua atau lebih suruhan agama, maka yang terbaik ialah melaksanakan kesemua suruhan tersebut. Apabila tidak mampu melaksanakan keseluruhan suruhan agama yang berbeza-beza hukumnya antara harus, sunat dan wajib, maka yang utama ialah melaksanakan yang wajib, kemudian yang sunat dan kemudian yang harus. Akan tetapi bagaimanakah sikap kita apabila berhadapan dengan dua suruhan yang sama darjat hukumnya dan kita hanya mampu melaksanakan salah satu darinya? Sekali lagi, kemahiran dalam subjek Fiqh al-Awlawiyat akan dapat membantu menyelesaikan persoalan ini. Perhatikan hadis berikut:
Seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan-jalan di satu lembah
dan ternampak sebuah mata air yang indah sehingga mengkagumkan dia. Dia berkata:
“Andainya aku mengasingkan diri dari manusia (uzlah) dan tinggal di lembah ini, akan tetapi aku tidak akan melakukannya melainkan setelah meminta izin daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.” Hajatnya ini dikhabarkannya kepada Rasulullah lalu baginda menjawab:
َJangan melakukannya kerana sesungguhnya kedudukan seseorang kamu di (medan
Jihad) di jalan Allah adalah lebih utama daripada bersolat dalam rumah selama 70 tahun.Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunkan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga ? Berperanglah di jalan Allah, barangsiapa yang berperang di jalan Allah selama tempoh memerah susu unta (yakni tempoh yang sekejap) maka wajib ke atasnya Syurga. [Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1650]

Dalam hadis di atas terdapat dua suruhan agama yang saling bertembung:
• Suruhan # 1: Mendirikan solat dalam tempoh masa yang lama di tempat yang indah agar
dapat memperolehi kekhusyukan yang sempurna. Ia mengandungi maslahat kepada orang
yang bersolat.
• Suruhan # 2: Berjuang di medan perang demi menegakkan kalimah Allah dan membela
nasib umat Islam. Ia mengandungi maslahat membela nasib agama dan umat Islam manakala
orang yang berperang dijamin keampunan Allah dan balasan syurga.
Di antara dua suruhan di atas, yang lebih utama ialah suruhan kedua kerana ia mengandungi kadar maslahat yang lebih besar berbanding suruhan pertama. Ini terbukti dengan perkataan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam “…adalah lebih utama daripada bersolat…”. Berdasarkan hadis di atas dapat dirumuskan beberapa kaedah Fiqh al-Awlawiyyat. Jika seseorang itu berhadapan dengan dua atau lebih suruhan dalam satu masa dan dia tidak mampu melaksanakan semua tersebut, maka:
• Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya memberi kesan jangka masa
panjang berbanding suruhan yang maslahatnya memberi kesan jangka masa pendek.
• Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya memberi kesan kepada orang
yang besar jumlahnya berbanding suruhan yang maslahatnya memberi kesan kepada orang
yang kecil jumlahnya.
• Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya bersifat pasti berbanding
suruhan yang maslahatnya bersifat kemungkinan.

Sebagai contoh bagi Fiqh al-Awlawiyat antara dua suruhan yang saling bertembung ini, ingin saya kongsi persoalan yang agak lazim saya terima daripada para pelajar pusat pengajian tinggi. Mereka lazim bertanya, manakah yang patut diutamakan, pelajaran atau aktiviti agama bersama jamaah masing-masing di kampus? Atau adakah pelajaran dan aktiviti agama diletakkan pada tahap yang sama? Ini kerana dalam persoalan ini kelihatannya ada dua suruhan agama yang saling bertembung:
• Suruhan # 1: Belajar.
• Suruhan # 2: Membela agama.

Antara dua suruhan ini, yang utama ialah pelajaran. Sebabnya:
1. Pelajaran, yakni ilmu, akan memberi maslahat jangka masa yang panjang. Empat tahun
(purata) di pusat pengajian tinggi akan memberi maslahat kepada dirinya sehinggalah dia meninggal dunia. Ada pun aktiviti agama di kampus, ia sekadar maslahat dalam tempoh empat tahun dia berada di kampus itu. Jarang-jarang ditemui pelajar yang aktif di kampus akan aktif setelah tamat dari kampus dengan aktiviti agama.
2. Pelajaran, yakni ilmu, akan memberi maslahat kepada orang yang besar jumlahnya.
Kelulusannya cemerlang dalam pelajaran akan membolehkan dia bekerja dan menjadikan
kerjayanya sebagai sarana melakukan kerja-kerja dakwah dan islah kepada orang ramai
sehinggalah ke akhir hayat. Ada pun aktiviti agama di kampus, ia sekadar mencapai maslahat untuk warga kampus.
3. Pelajaran, yakni ilmu, akan memberi maslahat yang bersifat pasti. Ini kerana apa saja yang dilakukan oleh seseorang, kemaslahatan yang hakiki hanya akan tercapai jika ia berdasarkan ilmu yang sahih. Ada pun aktiviti agama di kampus, ia lebih kepada semangat dan pengisian jiwa yang kosong akibat jauh dari keluarga tersayang. Maka jika ada maslahat, ia adalah maslahat yang bersifat kemungkinan. Justeru berdasarkan pertimbangan Fiqh al-Awlawiyat, pelajaran adalah lebih utama dari aktiviti agama. Namun saya tidaklah bermaksud seseorang itu meninggalkan aktiviti agama secara
keseluruhan. Hanya hendaklah ia disusun mengikut tertib keutamaan. Sekadar cadangan, hendaklah tenaga dan masa dibahagikan pada kadar 40% untuk pelajaran dalam jurusan masing-masing, 40% untuk meningkatkan ilmu agama dan 20% untuk aktiviti agama.
Ilmu agama tidak sama dengan aktiviti agama. Ilmu agama ialah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan penjelasannya oleh para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Aktiviti agama hendaklah bertepatan dengan ilmu agama kerana ilmu memimpin amal dan bukan sebaliknya. Betapa ramai orang yang melakukan aktiviti agama tetapi ia berseberangan dengan tuntutan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Renungilah! Anda masih mempunyai masa yang banyak untuk menambah kadar aktiviti agama selepas anda lulus pengajian dan selepas anda memiliki ilmu agama yang secukupnya. Maslahat jangka masa panjang hendaklah diutamakan dari maslahat jangka masa pendek.

Fiqh al-Awlawiyat Antara Suruhan dan Larangan Yang Saling Bertembung.

Bagaimana pula sikap kita apabila berhadapan dengan satu keadaan yang bertembung antara suruhan dan larangan agama? Hadis berikut memberi jawapannya:

َApabila aku melarang kalian dari sesuatu maka jauhilah ia dan apabila aku menyuruh
kalian dengan sesuatu urusan maka laksanakanlah sedaya upaya kamu. [Shahih al-Bukhari, hadis no: 7288]
Hadis di atas menggabungkan antara larangan dan suruhan, iaitu:
• Larangan: Jauhilah ia, sekali pun yang kecil atau sedikit darinya.
• Suruhan: Laksanakanlah ia sedaya mungkin, sekali pun yang kecil atau hanya sedikit
darinya. Berdasarkan hadis ini dirumuskan kaedah Fiqh al-Awlawiyat bahawa apabila bertembung antara larangan dan suruhan dalam satu masa dan seseorang itu hanya mampu melakukan salah satu daripadanya, maka adalah lebih utama untuk menjauhkan larangan berbanding melaksanakan suruhan.
Di sini timbul persoalan kedua yang lebih penting. Sama-sama diketahui bahawa di sebalik setiap larangan ada mafsadat yang ingin dijauhi oleh agama manakala di sebalik setiap suruhan ada manfaat yang ingin dicapai oleh agama. Lalu bolehkah kita berusaha mencapai satu matlamat yang disuruh oleh agama dengan cara yang dilarang oleh agama? Lazimnya kita akan menjawab “tidak” kerana “matlamat tidak menghalalkan cara”. Ini ialah jawapan yang selamat namun tidak semestinya tepat. Sebabnya, berdasarkan kaedah Fiqh al-Awlawiyat, boleh atau tidak dipertimbangkan antara maslahat di sebalik matlamat yang disuruh dengan mafsadat di sebalik cara yang dilarang. Ia seperti berikut:
• Jika mafsadat di sebalik cara adalah lebih besar berbanding maslahat di sebalik matlamat,maka adalah lebih utama untuk meninggalkan matlamat tersebut.
• Jika maslahat di sebalik matlamat adalah lebih besar berbanding mafsadat di sebalik cara,maka adalah lebih utama untuk melaksanakan matlamat tersebut.
Dalilnya ialah peristiwa Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku di antara umat Islam dan kaum kafir Mekah. Ringkasnya apabila perjanjian hendak ditulis, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada jurutulisnya, Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh agar surat perjanjian dimulai dengan: “Bismillahir Rahmanir Rahim”. Wakil kaum kafir Mekah, Suhail bin Amr membantah dengan berkata: “Ada pun al-Rahman, maka demi Allah! Aku tidak tahu apakah itu. Akan tetapi tulislah: “Bismikallahumma”. Kaum muslimin yang hadir ketika itu membantah: “Demi Allah! Kami tidak akan menulisnya melainkan dimulai dengan Bismillahir Rahmanir Rahim”. Namun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “(Tak mengapa), tulislah Bismikallahumma”.
Kemudian Rasulullah berkata kepada jurutulisnya: “Ini adalah apa yang diputuskan oleh
Muhammad, Rasul Allah”. Sekali lagi ia dibantah oleh Suhail: “Sekiranya kami mengetahui bahawa engkau adalah Rasul Allah, nescaya kami tidak akan menghalangi kamu mengunjungi Baitullah dan kami tidak akan memerangi kamu. Akan tetapi tulislah – Muhammad bin Abdullah.” Rasulullah menjawab: “Demi Allah! Sungguh aku adalah Rasul Allah sekali pun kalian mendustakan aku. (Tak mengapa), tulislah – Muhammad bin Abdullah.” Seterusnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta: “Maka janganlah menghalangi kami untuk mengunjungi Baitullah agar kami dapat melakukan tawaf di sana.” Dengan permintaan ini perjanjian dipersetujui dan mulai tahun seterusnya, umat Islam dapat masuk ke Mekah dan tawaf di Baitullah dalam Masjid
al-Haram. [Shahih al-Bukhari, hadis no: 2731-2732 secara ringkas]
Dalam peristiwa di atas terdapat pertembungan antara matlamat dan cara:
• Matlamat: Melaksanakan umrah di Masjid al-Haram. Ia termasuk suruhan agama.
• Cara: Menafikan dalam surat perjanjian nama Allah “al-Rahman dan al-Rahim” dan
menafikan kedudukan Muhammad sebagai seorang Rasul Allah. Ini termasuk larangan
agama.

Dalam menghadapi pertembungan di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
mengetahui bahawa melaksanakan umrah memiliki maslahat yang besar kepada umat Islam
berbanding penafian nama Allah dan kedudukan baginda yang memiliki mafsadat yang kecil. Ini kerana penafian tersebut hanya berlaku di atas kertas perjanjian dan tidak secara hakiki. Maka atas dasar pertimbangan antara matlamat dan cara, juga antara maslahat dan mafsadat, baginda mempersetujui perjanjian tersebut.

Di sini dapat dirumuskan beberapa kaedah Fiqh al-Awlawiyat bahawa dibolehkan mencapai
matlamat yang disuruh dengan cara yang dilarang dengan syarat:
• Maslahat di sebalik matlamat adalah jauh lebih besar sementara mafsadat di sebalik cara adalah jauh lebih kecil.
• Maslahat di sebalik matlamat memberi kesan jangka masa panjang sementara mafsadat disebalik cara memberi kesan jangka masa pendek.
• Maslahat di sebalik matlamat memberi kesan kepada orang yang besar jumlahnya
sementara mafsadat di sebalik cara memberi kesan kepada orang yang kecil jumlahnya.
• Maslahat di sebalik matlamat bersifat pasti sementara mafsadat di sebalik cara bersifat kemungkinan.
Walaubagaimanapun penting untuk digariskan di sini bahawa kaedah-kaedah di atas
bukanlah untuk diamalkan sesuka hati oleh orang awam dan para penuntut ilmu. Ini kerana tidak ramai yang mampu menilai secara adil dan luas antara matlamat dan cara, antara maslahat dan mafsadat. Sesuatu perkara mungkin dianggap matlamat yang memiliki maslahat padahal ia sebenarnya adalah satu mafsadat. Sesuatu cara mungkin dianggap memiliki kadar mafsadat yang sementara padahal ia sebenarnya memberi kesan jangka masa yang amat panjang. Justeru kaedah-kaedah di atas hanyalah layak diamalkan oleh para mujtahid dan ahli fatwa.Ada pun bagi orang awam dan para penuntut ilmu, kaedah yang selamat ialah “Matlamat tidak menghalalkan cara”.Tidak Termasuk Fiqh al-Awlawiyat. Ukuran sama ada sesuatu perkara adalah utama atau tidak bukan bergantung kepada semangat atau kecenderungan peribadi, tetapi bergantung kepada dalil dan hujah. Kadangkala kita mendengar orang-orang yang kononnya memiliki “wawasan besar terhadap agama” melaungkan kata-kata “Persoalan wudhu’ dan zikir hal kecil, persoalan negara Islam dan Palestin hal besar! Jangan disibuk-sibukkan dengan hal kecil!”. Kenyataan ini salah paling kurang dari dua sudut:
1. Jika dikaji sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, akan didapati baginda memberi
perhatian yang besar sekalipun terhadap perkara yang mungkin di sisi sebahagian orang
dianggap kecil. Ambil saja contoh bab wudhu’, baginda pernah melihat sebahagian sahabat
berwudhu’ tetapi mereka tidak membasuh tumit kaki mereka dengan sempurna. Melihat yang
sedemikian Rasulullah menegur beberapa kali dengan suara yang tegas lagi tinggi:

Celakalah tumit-tumit (yang bakal terkena) api neraka! [Shahih al-Bukhari, hadis no: 60]

Nah! Persoalan tumit yang tidak terkena air mungkin dianggap kecil oleh orang yang
memiliki “wawasan besar terhadap agama”. Akan tetapi di sisi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ia tetap merupakan isu besar yang perlu ditegur serta merta secara tegas.

2. Jika seorang muslim cuai dan jahil dalam persoalan “kecil”, lalu bagaimana mungkin dia dianggap mampu bersikap cemerlang dan bijak dalam persoalan “besar”? Tentu saja tidak.Maka tidak hairanlah kita lazim mendengar atau membaca pandangan-pandangan yang lebih mafsadat dari maslahat dari orang-orang yang konon memiliki “wawasan besar terhadap agama” dalam isu negara Islam, Palestin dan pemulauan barangan negara Barat.

Penutup.
Para tokoh generasi awal umat Islam (al-Salaf al-Shalih) pernah berpesan, seorang muslim yang bijak bukanlah mereka tahu membezakan antara yang halal dan haram. Akan tetapi dia ialah seorang yang mampu membezakan antara dua perkara yang halal, manakah yang lebih utama untuk diambil dan antara dua perkara yang haram, manakah yang lebih utama untuk dijauhkan. Semoga risalah ringkas ini berkenaan Fiqh al-Awlawiyat mampu membawa kita ke arah ciriciri muslim yang bijak. Apatah lagi dalam suasana umat Islam sekarang ini yang mundur dalam serba serbi persoalan, janganlah pula kita menjadi mundur dalam persoalan agama kita sendiri.

Saturday, February 26, 2011

salah faham masyarakat terhadap air " holy water"



Bila kita menyebut air "holy water" atau kita sebut sebagai air suci mungkin terbayang di fikiran bahawa air ini amat berkuasa dan mampu mengkristiankan orang Islam sehingga tidak mampu mengucapakan dua kalimah syahadat. Adakah ini benar? mari kita selongkarkannya.....
sebelum itu kita lihat definisi air suci ni.

Dalam gereja-gereja Anglikan, Katolik Timur, Katolik Roma, Katolik Kuno, Ortodoks Oriental dan beberapa gereja lainnya, air suci adalah air yang telah disucikan oleh seorang imam atau uskup yang digunakan untuk pembaptisan atau untuk pemberkatan orang, tempat atau benda.
Air suci adalah air yang telah diberkati dan dipisahkan untuk pembaptisan. Air ini juga digunakan sebagai unsur sakramen. Air suci ditampung di dalam kolam atau bak tempat baptis gereja yang biasanya terletak baik di jalan masuk bangunan gereja maupun kadang-kadang di sebuah ruangan atau bangunan terpisah yang bernama baptistery; letaknya di jalan masuk gereja berfungsi untuk mengingatkan kembali akan pentingnya pembaptisan sebagai ritus utama penerimaan seseorang ke dalam iman Kristiani. Wadah yang lebih kecil, disebut stoups, biasanya diletakkan di pintu-pintu masuk gereja. Sebagai sebuah peringatan akan pembaptian, umat Katolik Roma mencelupkan jari mereka ke dalam air suci dan kemudian membuat Tanda Salib dengan jarinya yang masih basah saat berjalan masuk gereja. Upacara liturgi bisa dilaksanakan pada hari-hari Minggu dengan Ritus Pemberkatan dan Pemercikan Air Suci, dimana air suci dipercikkan pada kongregasi (umat yang hadir); prosesi ini disebut aspersion, yang dalam Bahasa Latin berarti memercikkan air. Upacara ini berasal dari abad ke-9. Sebuah aspergill atau aspergillum adalah sebuah kuas atau dedahanan yang digunakan untuk memercikkan air. Sebuah aspersorium adalah tempat yang menampung air suci yang dicelupi dengan aspergillum. Garam bisa dicampurkan ke dalam air "dimana hal tersebut adalah sebuah kebiasaan."

kita mungkin pernah mendengar tentang ada paderi meletakkan air holy ni dalam mineral water kerana air tersebut mampu membuatkan seseorang itu lupa tapi sebenarnya kita silap. air tersebut hanya air biasa yang hanya digunakan oleh penganut kristian dengan mencelup jari sebelum masuk ke dalam gereja. Paderi dan penganut kristian tidak menjadikan air tersebut sebagai minuman, hanya untuk mempercikkan air dalam upacara keagamaan mereka. ini jelas terbukti air ini tidak memberi kesan kepada umat islam dan khabar angin ada yang meletakkan dalam air mineral adalah palsu semata-mata.

sekiranya kita berfikir secara logik, kalau air holy ini mampu mengkritiankan orang Islam, kenapa perlu Amerika syarikat dan konco2nya berperang untuk mengkristian umat islam di Afganistan misalnya. kenapa tidak hanya menghantar paderi untuk mrmbaca jampi di tangki-tangki air di sekitar negara Afganistan.

hal ini penting kerana isu ini boleh menggoyahkan akidah umat islam secara tanpa kita sedari. mari kita selidiki fakta yang kita terima tanpa menerimanya bulat. jadilah umat Islam yang berfikir bukan hanya bertaqlid.

Friday, February 25, 2011

Hebat ciptaan Allah





kalau kita tengok haiwan yang comel, kita boleh tengok kebesaran Allah yang menciptanya....
kekadang mungkin kita terfikir kenapa haiwan ini diciptakan di muka bumi?
sedangkan haiwan ini tiada dosa dan tanggungjawab untuk dipikul seperti manusia.

banyak hikmahnya antaranya untuk membezakan antara manusia dan haiwan kerana manusia dianugerahkan otak berserta akal tapi haiwan hanya otak sahaja. dan haiwan diberi fitrah nafsu kearah hubungan seks semulajadi tetapi tidak kepada manusia kerana manusia dianugerahkan akal untuk mengawal nafsu tersebut.

selain itu juga haiwan diciptakan untuk memberi ketenangan kepada pemiliknya. banyak kajian menunjukan dengan memelihara haiwan kita dapat mengurangkan tekanan. selain itu, dengan kita memelihara kita dapat mengasahkan bakat kepimpinan kita. Ada dalam ceramah yang saya ikuti, ustaz itu ada menyebut tentang haiwan paling degil adalah kambing. oleh itu kalau kita singkap sejarah para rasul, kebanyakan mereka memelihara kambing sebelum dilantik menjadi nabi dan rasul.

selain itu haiwan ini diciptakan supaya kita mengambil nilai positif dari perbuatan mereka. sebagai contoh kita boleh mengambil semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semut dan lebah. selain haiwan ini juga melatih manusia untuk menjadi seorang yang penyayang. dengan tersemainya perasaan ini, maka peperangan atau pergaduhan dapat dielakkan.

sebenarnya terlalu banyak hikmahnya, mungkin ini yang sempat saya coretkan...
dari Hamba yang daif...

Wednesday, February 23, 2011

definisi poligami

Poligami


Definisi:
Poligami dari sudut bahasa adalah menghimpunkan berbilang isteri dalam satu masa. Mengikut Kamus Dewan, poligami bererti amalan beristeri lebih daripada seorang pada masa yang sama. Dalam bahsa arab, poligami disebut Ta’addad al-Zawjatتعدد الزوجات . Asal perkataan Ta’addad (تعدد) bererti bilangan, manakala perkataan al zawjat (الزوجات) diambil dari perkataan al-zawjat (الزوجة) yang bererti isteri. Dua perkataan tersebut apabila digabungkan membawa erti isteri yang banyak atau berbilang-bilang.

Maka poligani bolehlah dimaksudkan sebagai berkahwin lebih daripada seorang iaitu lawan kepada perkataan monogamy yang membawa erti berkahwin dengan seorang wanita sahaja. Ia juga berlawanan dengan perkataan poliandri iaitu amalan bersuami lebih daripada seorang dalam satu-satu masa.



Dalil dari al-Quran:


1. Surah an-Nisa’ (4);3
وَإِن خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُوا فِى اليَتَامَى فَانكِحُوا مَاطَابَ لَكُم مِّنَ النِسَآءِ مَثْنَى وَثُلَثَ وَرُبَعَ فَإِن خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْمَامَلَكَتْ أَيْمَنُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَىۤ أَلاَّ تَعُولُوا

“dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, maka berkahwinlah denganseorang sahaja atau hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman”

2. surah an-Nisa’ (4):129
وَلَن تَسْتَطِيعُوۤا أَن تَعْدِلُوا بَيْنَ النِسَآءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُوا كُلَّ المَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالمُعَلَّقَةِ وَإِن تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
“dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh hendak melakukannya, oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau berat sebelah kepada isteri yang kamu sayang, sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung di awang-awang, dan jika kamu memperbaiki keadaan yang pincang itu dan memelihara diri daripada perbuatan zalim, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.”

3. As-sunnah


وعن ابن عمر قال : أسلم غيلان بن سلمة وتحته عشرة فقال له النبس (ص) خذ منهن أربعا
Imam Ahmad, Ibn Majah, Tirmizi, Hakim, Dar al-Qutni, Haithami dan Baihaqi melaporkan daripada Ibn Umar, Ghailan bin Salamah al-Thaqafi memeluk Islam sedangkan pada masa yang sama mempunyai 10 orang isteri. Maka Rasulullah berkata, “ Pilihlah daripada kalangan mereka empat orang sahaja.”


عن قيس بن الحارث قال : أسلمت وعندي ثمان نسوة فأتيت النبى (ص) فذكرت له ذلك فقال اختر منهن أربعا
Daripada Qais bin al-Harith beliau berkata : ketika aku masuk Islam, aku mempunyai lapan orang isteri kemudian datang Rasulullah saw menyuruh aku memilih dari kalangan mereka empat orang

(Abu Daud)

Wednesday, January 19, 2011

Hadis Dha‘if: Hukum dan Syarat Pengamalannya

Setiap kali ketibaan bulan Rejab, timbul perbincangan di kalangan orang ramai berkenaan beberapa amalan yang khusus kerananya seperti puasa sunat Rejab, solat sunat malam tertentu bulan Rejab dan sebagainya. Di satu pihak terdapat mereka yang mengatakan tidak ada apa-apa amal ibadah yang khusus dengan bulan Rejab kerana semua hadis yang menganjurkan ibadah tersebut adalah tidak sahih. Di pihak yang lain mereka membolehkan pengamalan ibadah-ibadah tersebut dengan hujah hadis yang tidak sahih – yakni hadis-hadis dha‘if – boleh digunakan dalam keutamaan beramal.
Dalam artikel ini penulis akan cuba mengupas isu beramal dengan hadis yang dha‘if. Sekalipun bulan Rejab sudah berlalu, isu ini tetap penting kerana banyak amalan kita di Malaysia yang disandarkan kepada hadis-hadis yang dha‘if tanpa terhad kepada bulan Rejab sahaja. Banyaknya amalan seperti ini menyebabkan perbincangan dalam subjek hadis dha‘if sentiasa releven.

Kata-Kata al-Imam al-Nawawi.
Kebanyakan orang yang membolehkan penggunaan hadis dha‘if menyandarkan hujah mereka kepada kata-kata al-Imam al-Nawawi rahimahullah (676H):
“Berkata para ilmuan daripada kalangan ahli hadis, ahli fiqh dan selain mereka, dibolehkan – bahkan disunatkan beramal dengan hadis dha‘if dalam bab keutamaan (al-Fadha’il), memberi anjuran (al-Targhib) dan amaran (al-Tarhib) asalkan ianya bukan hadis maudhu’.
Adapun dalam bab hukum-hakam seperti halal dan haram, jual-beli, penceraian dan apa-apa lain yang seumpama, tidak boleh beramal dengan hadis dha‘if kecuali dengan hadis yang sahih atau hasan. Melainkan jika hadis-hadis tersebut bersangkutan dengan sikap berhati-hati terhadap bab-bab tersebut, seperti hadis dha‘if yang menyebutkan makruhnya hukum melakukan sebahagian bentuk jual-beli atau pernikahan, maka disunatkan untuk menghindari daripadanya (yang makruh tersebut) namun ia tidak jatuh kepada hukum wajib.” [al-Azkar (diteliti oleh ‘Amr bin ‘Ali Yasin; Dar Ibn Khuzaimah, Riyadh 2001), ms. 53]
Ada yang menerima kata-kata al-Imam al-Nawawi di atas sebulat-bulatnya, bahkan menganggap mudah bahawa pengamalan hadis dha‘if diperbolehkan asalkan ianya bukan hadis maudhu’. Sebenarnya terdapat beberapa syarat yang perlu diperhatikan oleh seseorang sebelum dia boleh mengamalkan hadis dha‘if. Syarat-syarat ini juga diketahui dan dipegang oleh al-Imam al-Nawawi, hanya beliau tidak menyebutnya dalam kitabnya al-Azkar kerana kitab tersebut bukanlah kitab ilmu hadis tetapi kitab yang dipermudahkan untuk menjadi amalan orang ramai. Hal ini seperti yang disebutkan sendiri oleh al-Imam al-Nawawi di bahagian muqaddimah kitab al-Azkarnya tersebut.
Pendapat para ilmuan berkenaan pengamalan hadis dha‘if
Dalam kata-kata al-Imam al-Nawawi di atas, beliau menyebut bahawa: “Berkata para ilmuan daripada kalangan ahli hadis, ahli fiqh dan selain mereka, dibolehkan – bahkan disunatkan beramal dengan hadis dha‘if……” Kata-kata di atas sebenarnya bukan mencerminkan pandangan ijma’ tetapi jumhur ilmuan Islam. Hal ini diterangkan oleh al-Hafiz al-Sakhawi rahimahullah (902H):
“……bahawa dalam pengamalan hadis dha‘if terdapat tiga pendapat: (yang pertama adalah) tidak dibolehkan beramal dengannya secara mutlak, (yang kedua adalah) boleh beramal dengannya jika dalam bab tersebut tidak ada yang selainnya (tidak ada hadis yang sahih atau hasan) dan yang ketiga – ini merupakan pendapat jumhur – boleh beramal dengannya dalam bab keutamaan asalkan bukan dalam bab hukum-hakam sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini akan syarat-syaratnya.” [al-Qaul al-Badi’ fi Fadhli Shalat ‘ala al-Habib al-Syafi’ (diteliti oleh Muhammad ‘Awwamah; Muassasah al-Rayan, Beirut 2002), ms. 473]

Syarat-syarat pengamalan hadis dha‘if.
Sepertimana yang dikatakan oleh al-Hafiz al-Sakhawi di atas, jumhur ilmuan membolehkan penggunaan hadis dha‘if dalam bab keutamaan beramal selagi mana diperhatikan syarat-syaratnya. Syarat-syarat tersebut dikemukakan oleh beliau seperti berikut:
“Saya mendengar guru kami rahimahullah (yakni al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, 852H) selalu berkata, bahkan telah mencatitkannya dengan tulisannya untuk saya bahawa syarat pengamalan hadis dha‘if ada tiga:
1. Yang disepakati, bahawa kelemahan hadis tersebut tidak berat. Maka terkeluarlah apa yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang dusta atau dituduh sebagai pemalsu hadis serta yang parah kesalahannya.
2. Bahawa ianya mencakupi asas umum (agama). Maka terkeluarlah sesuatu yang diada-adakan kerana tidak memiliki dalil asas yang mengasaskannya.
3. Bahawa ia diamalkan tanpa berkeyakinan ia adalah sabit (daripada Nabi), agar tidak disandarkan kepada Nabi s.a.w. apa yang tidak disabdakan olehnya.” [al-Qaul al-Badi’, ms. 472]
Seterusnya marilah kita mengulas lanjut tiga syarat di atas.

Ulasan kepada syarat pertama
Hadis dha‘if yang diperbolehkan penggunaannya ialah hadis yang ringan kelemahannya. Maka dari sini dapat kita ketahui bahawa setiap hadis yang ingin digunakan, sekalipun untuk tujuan keutamaan beramal dan memberi anjuran serta amaran, perlu dirujuk kepada sumbernya yang asal dan disemak darjatnya. Dirujuk kepada sumbernya yang asal bererti mencari hadis tersebut dalam kitab-kitab hadis sama ada ia benar-benar wujud atau tidak. Disemak darjatnya bererti dikaji sanadnya sama ada ianya sahih atau tidak. Jika ianya tidak sahih, maka disemak sama ada kelemahannya adalah ringan atau berat. Jika kelemahannya ringan maka ia lulus syarat yang pertama ini, jika kelemahannya adalah berat maka ia gagal.
Di sini penulis merasa perlu untuk membetulkan salah faham masyarakat, termasuk para da’i, penceramah, penulis dan ilmuan yang selain daripada ahli hadis, yang berpendapat boleh menggunakan apa jua hadis asalkan ia duduk di dalam bab keutamaan beramal (al-Fadha‘il) dan memberi peringatan serta amaran (al-Targhib wa al-Tarhib). Mereka tidak menyemak asal-usul hadis tersebut sama ada ia wujud atau tidak dalam kitab-kitab hadis yang lengkap dengan sanadnya. Lebih memberatkan, mereka tidak memberi perhatian langsung kepada darjatnya. Setiap hadis yang mereka temui dalam bab ini disampaikan terus dalam kuliah-kuliah atau karya-karya mereka.
Ini sebenarnya adalah kesalahan yang amat berat. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan (atau meriwayatkan) satu hadis dan dia pandang hadis tersebut sebagai dusta, maka dia termasuk dalam salah seorang pendusta.” [Shahih Muslim, muqaddimah] Terhadap hadis ini, al-Imam Ibn Hibban rahimahullah (354H) menukil daripada Abu Hatim rahimahullah:
“Dalam hadis ini terdapat dalil yang membenarkan apa yang kami sebut, bahawa apabila seseorang itu meriwayatkan sebuah hadis yang tidak sah daripada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, apa sahaja hadis yang disandarkan kepada baginda, padahal dia mengetahui bahawa ia tidak sah, (maka) dia termasuk salah seorang pendusta.
Malah maksud zahir hadis ini adalah lebih berat kerana baginda sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang menceritakan (atau meriwayatkan) satu hadis dan dia pandang hadis tersebut sebagai dusta…”, baginda tidak mengatakan bahawa orang tersebut yakin bahawa hadis tersebut adalah dusta (tetapi sekadar memandangnya sebagai dusta). Maka setiap orang yang ragu-ragu sama ada yang diriwayatkannya itu adalah sahih atau tidak sahih termasuk dalam zahir perbicaraan hadis ini.” [al-Majruhin min al-Muhadditsin (diteliti oleh Hamidi bin ‘Abd al-Rahman; Dar al-Shomi‘in, Riyadh 2000), jld. 1, ms. 16-17]
Perkara yang sama juga disebut oleh al-Imam al-Thohawi rahimahullah (321H):
“Sesiapa yang menyampaikan hadis daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berdasarkan sangkaan, bererti dia menyampaikan hadis daripada baginda secara tidak benar. (Sesiapa yang) menyampaikan hadis daripada baginda secara tidak benar bererti dia menyampaikan hadis daripada baginda secara batil. (Sesiapa yang) menyampaikan hadis daripada baginda secara batil (maka) dia berdusta ke atas baginda sebagaimana seorang pendusta hadis. Mereka termasuk dalam sabdanya sallallahu 'alaihi wasallam: “Sesiapa yang berdusta ke atas aku maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di dalam neraka.” Kami berlindung daripada Allah Ta‘ala daripada yang sedemikian.” [Musykil al-Atsar (diteliti oleh Muhammad ‘Abd al-Salah Syahin; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1995), jld. 1, ms. 123]
Oleh itu berdasarkan syarat yang pertama ini, hendaklah kita pastikan bahawa setiap hadis yang digunakan untuk tujuan keutamaan beramal dan memberi anjuran serta amaran memiliki sumber rujukannya serta dijelaskan darjatnya. Jika syarat yang pertama ini tidak dipenuhi, hendaklah hadis tersebut ditinggalkan sekalipun ia memiliki kedudukan yang masyhur di kalangan masyarakat.

Ulasan kepada syarat kedua.
Hadis dha‘if tidak boleh digunakan untuk menetapkan sesuatu amalan, perintah atau larangan. Peranan hadis dha‘if tidak lain sekadar menerangkan keutamaan satu amalan yang telah ditetapkan oleh al-Qur’an dan/atau hadis yang sahih. Hadis dha‘if juga tidak boleh digunakan untuk menganjur atau melarang sesuatu perkara melainkan perkara tersebut telah tetap hukumnya daripada al-Qur’an dan/atau hadis yang sahih. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) berkata:
“Berkata (al-Imam) Ahmad bin Hanbal, apabila datang (persoalan) halal dan haram kami memperketatkan semakan sanad dan apabila datang (persoalan) memberi anjuran dan amaran (al-Targhib wa al-Tarhib) kami memudahkan semakan sanad. (Ibn Taimiyyah mengulas lanjut): Demikianlah apa yang disepakati oleh para ilmuan tentang beramal dengan hadis dha‘if dalam keutamaan beramal. Ia tidaklah bermaksud menetapkan hukum sunat berdasarkan hadis yang tidak boleh dijadikan hujah dengannya (kerana ia adalah dha‘if). Ini kerana “sunat” merupakan hukum syari‘at yang tidak boleh ditetapkan melainkan dengan dalil syari‘at juga. Sesiapa yang mengkhabarkan daripada Allah bahawasanya Dia menyukai (menyunatkan) sesuatu amal tanpa dalil syari‘i maka sungguh dia telah mensyari‘atkan dalam agama apa yang tidak diizinkan Allah.” [Majmu’ al-Fatawa (Dar al-Wafa’, Kaherah 2001), jld. 18, ms. 65]
Sebagai contoh, hadis-hadis berkenaan puasa pada bulan Rejab dan solat khusus pada malam-malam tertentu bulan Rejab semuanya tidak ada yang sahih. Syaikh Sayid Sabiq menegaskan:
“Berkenaan puasa pada bulan Rejab, tidak ada kelebihan yang menonjol (tentang bulan Rejab) berbanding bulan-bulan lain, kecuali bahawa ia termasuk daripada bulan-bulan haram (yakni bulan Zulqa‘idah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab). Tidak diterima dalam sunnah yang sahih bahawa berpuasa dalam bulan Rejab memiliki keutamaan yang khusus. Adapun apa yang datang tentangnya (keutamaan berpuasa pada bulan Rejab), ia tidak dapat dipertanggungjawabkan sebagai hujah. Berkata (al-Hafiz) Ibn Hajar (al-Asqalani), tidak diterima (apa-apa) hadis yang sahih yang dapat dijadikan hujah tentang keutamaannya (bulan Rejab), mahupun tentang puasanya dan puasa pada hari-hari tertentu daripadanya mahupun solat pada malam yang tertentu daripadanya.” [Fiqh al-Sunnah (Dar al-Fath, Kaherah 1999), jld. 1, ms. 516]
Apabila tidak wujud hadis yang sahih yang menetapkan wujudnya “Puasa sunat Rejab” dan “Solat malam Rejab yang ke sekian-sekian hari”, hadis-hadis yang menerangkan keutamaan berpuasa dan bersolat pada bulan Rejab tidak memiliki apa-apa nilai. Yang lebih penting, ia tidak boleh dijadikan dalil untuk menghukum sunat berpuasa dan bersolat secara khusus kerana bulan Rejab.
Sebenarnya terdapat banyak lagi amalan yang dilakukan oleh umat Islam berdasarkan hadis yang dha‘if tanpa diperhatikan sama ada amalan tersebut terlebih dahulu telah ditetapkan atau tidak oleh dalil al-Qur’an dan/atau hadis yang sahih. Setakat ini berdasarkan ulasan kepada syarat yang pertama dan kedua, hendaklah setiap orang yang ingin beramal dengan hadis dha‘if menyemak terlebih dahulu bahawa:
1. Hadis yang ingin dijadikan sumber amalan memiliki rujukan dalam kitab yang asal dan telah disemak bahawa ia sekurang-kurangnya memiliki darjat kelemahan yang ringan.
2. Amalan tersebut telah ditetapkan berdasarkan dalil al-Qur’an dan/atau hadis yang sahih.

Ulasan kepada syarat ketiga
Apabila menggunakan hadis dha‘if yang telah memenuhi dua syarat yang pertama di atas, hendaklah diingati bahawa tidak boleh berkeyakinan hadis tersebut adalah sabit daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Berdasarkan syarat yang ketiga ini, para ahli hadis telah menetapkan agar hadis yang dha‘if tidak boleh disandarkan sebutannya kepada diri Rasulullah secara jelas tetapi perlu diisyaratkan kelemahannya.
Misalnya, tidak boleh berkata: “Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda bahawa……” tetapi hendaklah berkata: “Dalam kitab Mu’jam al-Kabir oleh al-Imam al-Thabarani, terdapat sebuah hadis dha‘if yang berbunyi ……” atau apa-apa lain yang seumpama. Al-Imam al-Nawawi berkata:
“Berkata para ilmuan peneliti (al-Muhaqqiqun) daripada kalangan ahli hadis dan selain mereka, apabila sebuah hadis adalah dha‘if tidak boleh dikatakan terhadapnya “Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam …” atau “Rasulullah telah berbuat…” atau “Rasulullah telah memerintahkan…” atau “Rasulullah telah melarang…” atau “Rasulullah telah menghukum…” dan apa-apa lain yang menyerupainya daripada bentuk kalimah yang menunjukkan kepastian.
Demikian juga, tidak boleh dikatakan terhadap (hadis dha‘if tersebut) “Diriwayatkan oleh Abu Hurairah…” atau “Berkata Abu Hurairah…” atau “Disebut oleh Abu Hurairah…” atau “Dikhabarkan oleh Abu Hurairah…” atau “Dihadiskan oleh Abu Hurairah…” atau “Dinukil oleh Abu Hurairah…” dan apa-apa lain yang menyerupainya. Demikian juga, tidak boleh dikatakan yang seumpama terhadap para tabi’in dan orang-orang sesudah mereka terhadap apa yang dha‘if. Tidak boleh berkata terhadap apa jua daripada riwayat yang dha‘if dengan kalimah yang menunjukkan kepastian.
Sesungguhnya yang (boleh) dikatakan hanyalah “Diriwayatkan daripadanya…” atau “Dinukil daripadanya…” atau “Dihikayatkan daripadanya…” atau “Didatangkan daripadanya…” atau “Disampaikan daripadanya…” ……… dan apa yang menyerupainya daripada kalimah yang menunjukkan kelemahan, tidak daripada kalimah yang menunjukkan kepastian.
Mereka (para ilmuan peneliti) berkata, kalimah yang menunjukkan kepastian ditujukan untuk hadis yang sahih atau hasan manakala kalimah yang menunjukkan kelemahan ditujukan kepada yang apa selain daripada kedua-dua (bukan hadis sahih dan bukan hadis hasan).” [al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (diteliti oleh Muhammad Najib Ibrahim; Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut 2001), jld. 1, ms. 134]
Amat penting untuk mengisyaratkan kedha‘ifan hadis tersebut agar:
1. Orang ramai dapat mengetahui bahawa si penyampai telah menyemak sumber dan darjat hadis tersebut,
2. Orang ramai tidak menganggapnya sebagai sebuah hadis yang sahih,
3. Orang ramai tidak menetapkan hukum berdasarkan hadis tersebut,
4. Seandainya wujud kemusykilan dalam maksud hadis tersebut, ia tidak mengelirukan orang ramai kerana mereka tahu ia tidak sahih.
Jika syarat ketiga ini tidak diperhatikan, orang ramai tidak akan dapat membezakan antara hadis yang sahih dan tidak sahih. Akibatnya mereka akan mengamalkan hadis tersebut sebagai sumber hukum dan menyebarkannya kepada masyarakat dengan anggapan ia adalah benar dan baik. Akhirnya ia akan menjadi masyhur dan sebati di dalam masyarakat dan menganggapnya sebahagian daripada syari‘at Islam. Ini sama-sama dapat kita perhatikan di negara kita sendiri masa kini. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah mengingatkan tentang natijah buruk ini kira-kira 500 tahun yang lalu:
“Sedia dikenali bahawa para ahli ilmu mempermudahkan penerimaan hadis dalam bab keutamaan (al-Fadha’il) sekalipun di dalamnya memiliki kelemahan selagi mana ia bukan hadis maudhu’. Namun disyaratkan bagi orang yang mengamalkannya bahawa dia yakin hadis tersebut adalah dha‘if dan dia tidak memasyhurkannya kerana dibimbangi seseorang lain akan beramal dengan hadis yang dha‘if tersebut (tanpa mengetahui ia adalah dha‘if) sehingga mensyari‘atkan apa yang tidak disyari‘atkan atau dia meriwayatkannya kepada sebahagian orang yang jahil sehingga disangkakan ia adalah sunnah yang sahih.” [Tabyin al-‘Ujab bi ma warada fi Fadhli Rejab, ms. 3-4; dinukil daripada Tamam al-Minnah fi al-Ta’liq ‘ala Fiqh al-Sunnah oleh Syaikh al-Albani rahimahullah (1999) (Dar al-Rayah, Riyadh 1409H), jld. 1, ms. 36]
Demikianlah ulasan kepada tiga syarat penting yang perlu diperhatikan oleh setiap orang yang ingin menggunakan hadis dha‘if. Selain tiga syarat penting di atas, terdapat dua perkara lain yang tetap perlu diperhatikan, iaitu:

Memberi prioriti kepada hadis sahih dan hasan
Jika di dalam sebuah bab terdapat hadis-hadis yang sahih, hasan dan dha‘if, maka hendaklah seseorang itu memberi prioriti kepada yang sahih dan hasan sahaja. Sebabnya:
1. Hadis yang sahih dan hasan adalah sabit daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam manakala hadis yang dha‘if masih terbuka kepada kemungkinan benar atau salah. Maka berpegang kepada yang pasti adalah lebih utama daripada yang diragui.
2. Menyibukkan diri dengan hadis yang dha‘if lazimnya akan menyebabkan hadis yang sahih dan hasan terpinggir. Ini kerana setiap individu memiliki kemampuan yang terhad. Jika kemampuan itu telah dipenuhi dengan menyibukkan diri dengan hadis dha‘if, maka hadis yang sahih dan hasan akan tercicir daripada dirinya.
Poin kedua di atas pernah diulas oleh al-Imam ‘Abd al-Rahman bin Mahdi rahimahullah (198H):
“Tidaklah wajar seseorang itu menyibukkan dirinya dengan menulis hadis-hadis yang dha‘if kerana kesibukkannya itu akan mengakibatkan tercicirnya hadis daripada para perawi yang thiqah (terpercaya = hadis sahih) sebanyak hadis daripada perawi lemah yang ditulisnya.” [Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi (463H) dalam al-Kifayah fi ‘Ilm al-Riwayah (Maktabah al-‘Alamiyah, Madinah), ms. 132]
Izinkan penulis memberi satu contoh. Setiap tahun ketika tibanya Nisfu Sya’ban, ada di antara kita yang berpuasa, bersolat malam, membaca surah Yasin tiga kali dengan doa tertentu di antaranya dan pelbagai lagi. Semua amalan-amalan ini sebenarnya tidak pernah ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Hadis-hadis yang menganjurkannya tidak ada yang sahih dan tidak boleh dijadikan dasar bagi menetapkan sesuatu amalan. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah menukil kata-kata al-Imam Ibn al-‘Arabi rahimahullah (543H) dalam persoalan ini:
“Tidak ada sebuah hadis jua yang dipercayai kesahihannya mengenai keutamaan malam Nisfu Sya’ban. Jika kita (hendak) menerima hadis-hadis yang menerangkan keutamaan malam Nisfu Sya’ban dan kita hendak memperingatinya dengan amal kebajikan, maka hal ini tidak pernah berasal daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mahupun daripada para sahabat radhiallahu ‘anhum dan kaum muslimin abad-abad pertama. Padahal mereka semua termasuk umat Islam yang terbaik.
Daripada semua sumber tersebut tidak ada riwayat yang menerangkan bahawa malam Nisfu Sya’ban diperingati dengan berkumpul di masjid-masjid, membaca doa-doa tertentu dan melakukan solat-solat khusus seperti yang kita saksikan di beberapa negeri kaum muslimin. Bahkan di beberapa negeri sejumlah orang berkumpul sesudah solat Maghrib di masjid-masjid lalu membaca surah Yasin, solat dua rakaat dengan niat memohon panjang umur, ditambah dua rakaat lagi dengan doa dijauhkan ketergantungan hidup daripada orang lain, kemudian mereka membaca doa panjang lebar yang tidak berasal daripada seorang pun daripada kalangan Salaf. Doa yang mereka baca itu pula menyalahi nas-nas (al-Qur’an dan al-Sunnah) serta mengandungi hal-hal yang saling berlawanan maksudnya.” [Fatawa Mu‘ashirah (edisi terjemahan oleh al-Hamid al-Husaini dengan judul Fatwa-Fatwa Mutakhir; Pustaka Hidayah, Bandung 1996), ms. 480-481]
Dalam kesibukan kita membaca, menyebar dan mengamalkan hadis-hadis yang dha‘if berkenaan malam Nisfu Sya’ban, kita telah keciciran sebuah hadis yang sahih mengenainya. Hadis tersebut ialah: “Allah akan memperhatikan semua makhluk pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia mengampuni semua makhluknya kecuali orang musyrik dan yang bermusuhan (sesama sendiri).”
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Hibban, berkata Syaikh Syu‘aib al-Arna’uth hafizahullah dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut 1997) jld. 12, ms. 481, no: 5665: “Hadis sahih bi syawahid.” Hadis ini juga dihimpun oleh al-Imam al-Munziri rahimahullah (656H) dalam kitabnya al-Targhib wa al-Tarhib (Dar Ibnu Katsir, Damsyik 1999), jld. 2, ms. 51, no: 1517. Berkata para penyemak: Shaikh Samir Ahmad al-‘Athar, Yusuf Ali Badiwi & Muhyiddin Dibb Matsu: “Sahih bi syawahid.” Berkata Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh 2000), jld. 1, ms. 597, no: 1026: “Hasan Sahih.”
Sama-sama kita bertanya kepada diri kita, adakah kita mengetahui tentang hadis ini? Adakah selama ini hadis di atas tersembunyi atau tercicir daripada pengetahuan kita kerana selama ini kita sibuk dengan pelbagai hadis lain, yang tidak satu jua yang sahih, berkenaan malam Nisfu Sya’ban? Lebih jauh, sudahkah kita mengamalkan hadis ini?
Mengamalkan hadis ini bukanlah dengan berpuasa, bersolat malam, berzikir, berdoa dan sebagainya. Akan tetapi beramal dengannya ialah kita melayakkan diri kita supaya memperoleh pengampunan Allah Subhanahu wa Ta‘ala pada malam Nisfu Sya’ban. Terdapat dua syarat kelayakan, yang pertama kita lulus, alhamdulillah. Yang kedua perlu kita pastikan bahawa kita tidak bermusuhan dengan sesiapa di kalangan umat Islam. Jika ada, mungkin saudara, jiran, rakan kerja dan sebagainya, hendaklah kita bermaafan dan menghubungkan semula silraturahim. Inilah cara “mengamalkan” hadis sahih di atas berkenaan malam Nisfu Sya’ban.
Hadis dha‘if tidak boleh dijadikan ukuran nilai sesuatu amal
Kepentingan atau keburukan sesuatu amal tidak boleh diukur berdasarkan hadis-hadis dha‘if sahaja. Sering kali para penulis dan penceramah begitu ghairah menyampaikan hadis-hadis dha‘if dalam memberi anjuran dan amaran tanpa disedari bahawa anjuran dan amaran tersebut nilainya telah dilebih-lebihkan daripada apa yang sepatutnya. Merekan menganggap hal ini akan memberi manfaat kepada umat tetapi yang benar adalah di sebaliknya. Ganjaran yang dibesar-besarkan kepada amalan yang kecil akan mengakibatkan seseorang itu meremehkan agama, dengan anggapan memadailah dia membuat amalan yang sedikit kerana ganjarannya sudah lebih dari mencukupi. Sedangkan amaran yang dibesar-besarkan terhadap kesalahan yang kecil akan menyebabkan seseorang itu menjauhkan diri daripada Allah dan merasa putus asa daripada keampunan-Nya. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menerangkan hal ini dengan lebih lanjut:
Hadis-hadis yang memberi anjuran dan amaran (al-Targhib wa al-Tarhib), sekalipun tidak memuat hukum halal atau haram, ia memuat sesuatu lain yang sangat penting dan berbahaya, iaitu ia merosakkan nilai amal atau kewajiban yang telah ditentukan oleh Pembuat syari'at Yang Maha Bijaksana. Setiap amal yang diperintahkan ataupun dilarang memiliki “nilai” tertentu di sisi Pembuat syari'at dalam kaitannya dengan amal-amal yang lain. Kita tidak boleh melampaui had yang telah ditentukan oleh Pembuat syari'at sama ada dengan menurun atau menaikkannya.
Di antara hal yang sangat berbahaya ialah memberi nilai sebahagian amalan lebih besar dan banyak daripada ukurannya yang sebenar dengan membesar-besarkan pahalanya sehingga mengalahkan amalan lain yang lebih penting dan lebih tinggi derajatnya dalam pandangan agama. Demikian juga memberikan kepentingan kepada amalan yang dilarang dengan membesar-besarkan seksanya sehingga mengalahkan amalan lainnya.
Membesar-besarkan dan melebih-lebihkan janji pahala dan ancaman siksa akan mengakibatkan rosaknya gambaran agama di mata kaum terpelajar karena mereka akan menyandarkan apa yang mereka dengar atau baca tersebut kepada agama padahal agama itu sendiri bebas dari semua itu. Seringkali tindakan melebih-lebihkan, terutama dalam soal ancaman, akan menimbulkan akibat yang sebaliknya dan kegoncangan jiwa. Bahkan seringkali orang yang berlebih-lebihan itu akan menjauhkan diri mereka daripada-Nya (kerana putus asa dan merasa tidak layak memperoleh keampunan Allah ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan)
Kita wajib menjaga amal perbuatan sesuai dengan tingkatan-tingkatannya yang telah digariskan oleh syari‘at tanpa terjerumus ke dalam tindakan melebih-lebihkan. Ini hanya akan membawa kita kepada salah satu dari dua bentuk pelampauan, sama ada yang menambah atau mengurang, sebagaimana yang dikatakan oleh Ali bin Abu Thalib radhiallahu 'anh: “Kalian harus mengambil sikap pertengahan, yang kepadanya orang tertinggal harus disusulkan dan kepadanya pula orang yang berlebihan harus dikembalikan.” [al-Muntaqa min Kitab al-Targhib wa al-Tarhib li al-Munziri (Dar al-Wafa’, Kaherah 1993), jld. 1, ms. 49-50]

Berdasarkan tiga syarat pengamalan hadis dha‘if dan dua perkara tambahan yang perlu diperhatikan, sama-sama dapat diambil iktibar bahawa menggunakan hadis dha‘if tidaklah semudah yang disangka. Hadis-hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam adalah salah satu sumber syari‘at di sisi al-Qur’an al-Karim. Maka kita perlu berinteraksi dengannya melalui disiplin-disiplin yang telah digariskan oleh para ahli hadis. Apa yang Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sabdakan berkenaan agama tidak lain adalah wahyu Allah. Apabila kita bersikap leka dalam berinteraksi dengan hadis-hadis baginda, kita bukan sahaja mendedahkan diri kepada kemungkinan berdusta di atas nama Rasulullah tetapi juga berdusta di atas nama Allah.
Oleh itu hendaklah setiap individu memberi perhatian khusus dalam bab ini. Jangan menerima sebarang hadis sekalipun yang menyampaikannya adalah orang yang masyhur di mata masyarakat. Pastikan bahawa setiap hadis yang disampaikan mematuhi syarat-syarat di atas. Apabila membaca buku-buku agama, pastikan setiap hadis diberikan rujukan, lengkap dengan nombor hadis dan bab. Jangan berpuas hati dengan catitan “Hadis riwayat al-Bukhari” atau “HR Muslim” kerana terdapat sebahagian penulis yang berbuat demikian padahal hadis tersebut tidak wujud di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim.
Apabila mendengar khutbah, kuliah, ceramah dan sebagainya, jangan segan-segan bertanya kepada penyampainya: “Ustaz, hadis yang ustaz sebut itu siapa yang meriwayatkannya dan apa darjatnya?” atau apa-apa lain yang seumpama. Setiap mukmin yang bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya berhak untuk bertanya dan setiap penyampai yang bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya tidak boleh merasa ego untuk menjawab. Akan tetapi jika penyampai tersebut tidak ingat pada saat itu, berilah dia tempoh untuk menyemak semula agar dia dapat menjelaskannya pada giliran yang akan datang.
Tanpa berlebih-lebihan, penulis menganjurkan para pembaca sekalian meninggalkan mana-mana penulis dan penyampai agama yang tidak berdisiplin dalam mengemukakan hadis-hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Kita perlu bertegas dalam hal ini, bukan sahaja supaya amalan kita sentiasa berada di atas ukuran yang benar tetapi supaya para penulis dan penyampaikan tersebut tidak mengambil mudah perkara ini.