Friday, January 1, 2010

tahukah anda tentang tayammum?

Konsep Tayammum
  • Tayammum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat yang tertentu beserta dengan niat.
  • Tayammum ialah ganti wuduk atau mandi disebabkan keuzuran.
  • Tayammum merupakan rukhsah untuk beribadat.

Hukum Tayammum :

wajib Bagi orang yang tidak boleh menggunakan air atau ketika ketiadaan air untuk menunaikan solat dan tawaf.

Dalil tayammum :


Maksudnya :
Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudu' dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanahdebu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu.


عن جابر بن عبدالله أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : اعطيت خمسا لم يعطهن احد
قبلي : نصرت بالرعب مسيرة شهر , وجعلت لي الارض مسجدا وطهورا, فايما رجل من امتي ادركته الصلاة فليصل , واحلت لي الغنائم ولم تحل لاحد قلبي, واعطيت الشفاعة , وكان النبي يبعث الى قومه خاصة وبعثت الى الناس عامة

(رواه البخارى ومسلم)


Dari Jabir bin Abdullah,bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
“Aku dikurnia lima perkara yang belum pernah berikan kepada seseorang pun sebelum aku:
1) aku ditolong dengan kegentaran (musuh menghadapi aku) jarak sejauh sebulan perjalanan;
2) dan dijadikan bumi ini bagiku sebagai masjid dan bahan pencuci lalu di mana sahaja seseorang dari umatku mendapatkan waktu solat,ia boleh melakukan solat di situ;
3) dan dihalalkan bagiku rampasan perang,padahal tidak dihalalkan bagi seseorang sebelum aku;
4) juga aku diizinkan member syafaat(pada hari kiamat);
5) dan adapun nabi-nabi(terdahulu) diutus hanya untuk kaumnya semata-mata,sedang aku diutus untuk manusia seluruhnya.”
(H.R Bukhari dan Muslim)

Sebab-sebab diharuskan tayammum:

  • Ketiadaan air atau ada air tetapi hanya untuk keperluan makan
    dan minum sahaja
  • Tidak boleh menggunakan air disebabkan sakit
  • Khuatir kehabisan waktu solat
  • Cuaca terlalu sejuk

Syarat-syarat tayammum :


•1. Masuk waktu solat
•2. Debu tanah suci daripada najis
•3. Debu mestilah kering dan tidak bercampur lumpur atau kapur
•4. Menghilangkan najis sebelum bertayammum

Rukun tayammum :


•Berniat ketika menyapu debu ke muka
•Menyapukan debu tanah sekali ke muka
•Menyapu debu ke tangan sehingga ke siku
•Tertib iaitu menyapu muka dahulu kemudian menyapu kedua-dua belah tangan sehingga ke siku

Sunat-sunat tayammum :


•Membaca ‘ Bismillahirrahmanirrahim ‘
•Mengadap qiblat
•Menipiskan debu di tapak tangan sebelum menyapu muka atau tangan
•Mendahulukan menyapu muka tangan kanan daripada tangan kiri
•Berturut-turut antara menyapu muka dan tangan
•Merenggangkan jari semasa menekap debu

Perkara-perkara yang membatalkan tayammum :

  • Semua perkara yang membatalkan wuduk
  • Ada air sebelum solat jika Bertayammum kerana tiada air

Cara-cara tayammum :


1.Membersihkan anggota tayammum dan badan daripada najis dan kekotoran.
2.Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu kemudian sapukan debu ke muka dari bahagian atas ke bawah.
3.Bersihkan debu yang telah digunakan untuk menyapu muka.
4.Tekapkan tapak tangan ke debu, kemudian sapukan debu di tangan kiri ke tangan kanan bermula dari belakang tapak tangan sehinnga ke siku
5.Kemudian sapukan debu tanah di tangan kanan kepada tangan kiri bermula dari belakang tapak tangan sehingga ke siku

Tahukah anda?


Sekali tayammum hanya untuk satu solat fardhu dan beberapa solat sunat sahaja.

Lafaz niat tayammum :


” نََوَيْتُ التَّيَمُمَ لاسْتِبَاحَةِ الصَّلاةِ للهِ تَعالى ”


Maksudnya:
Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah.


CARA BERTAYAMMUM


1) SELEPAS BERNIAT, KITA HENDAKLAH MENEPUK KEDUA-DUA BELAH TANGAN PADA DEBU TANAH


2) TEPUKKAN PERTAMA UNTUK DISAPU KE MUKA


3)TEPUKKAN KEDUA UNTUK DISAPU DIKEDUA-DUA BELAH TANGAN HINGGA KE SIKU. DEBU PADA TANGAN KIRI UNTUK TANGAN KANAN MANAKALA DEBU PADA TANGAN KANAN UNTUK DISAPU KE TANGAN KIRI

Hikmah tayammum


•1. kemuliaan syariat rasulullah
•2. merasai jiwa sebagai hamba

No comments:

Post a Comment