Friday, January 1, 2010
l Duduk Ikut Kemampuan
l Jika tidak selesa, boleh duduk sambil jalur kaki
l Kedudukan tangan sama seperti solat berdiri
l Mengadap kiblat
l Rukuk dengan cara menundukkan badan
l Tangan di atas kepala lutut
l Sujud seperti biasa jika mampu
l Sebaliknya jika tidak mampu, bengkokkanlah badan lebih sedikit daripada rukuk tadi dengan niat melakukan sujud
l Di akhiri dengan salam seperti solat biasa
l Rukuk dengan cara menundukkan kepala atau menutup kelopak mata jika kepala tidak boleh digerakkan.
l Iktidal dengan cara mengangkat semula kepala atau buka kembali kelopak mata dengan niat melakukan iktidal.
l Sujud dengan menunduk kepala atau kelopak mata dengan niat melakukan sujud.
l Duduk antara dua sujud dengan mengangkat kembali kepala atau buka kelopak mata
l Salam dengan gerakkan kepala atau mata kekanan dan kiri
(Memandangkan tidak boleh mengubah kedudukan seperti solat diatas katil dalam wad maka mengadaplah kearah mana saja)1. Air Semburan (Spray)
1.Bagi Pesakit boleh melakukan sendiri, semburkan air di tapak tangan (jika tidak mampu melakukan sendiri boleh mendapatkan pertolongan).
2. Kemudian basuh bahagian anggota wuduk yang tidak berbalut
3. Ulang semula langkah pertama
4. Seterusnya sapukan air keatas anggota wuduk yang berbalut sekiranya dibenarkan
5. Ulang langkah tersebut keatas anggota wuduk lain yang diwajibkan (Tangan, Kepala dan Kaki)
l Meletakkan kedua belah tapak tangan ke atas meja ataupun bekas debu tanah ataupun permukaan dinding , dimana tempat yang di yakini debu. ( Setiap permukaan mempunyai debu yang halus menurut pakar kesihatan )2. Tayammum (Cara Wuduk Pesakit)
Tayammun ialah menyapu ke muka dan kedua tangan sampai ke siku, menggunakan debu. Tayammun adalah sebagai ganti dari wuduk atau mandi
l Tepukkan kedua belah tangan di atas meja.
l Jika boleh berdiri tepukkan kedua belah tangan ke permukaan dinding yang berdebu ( ataupun permukaan cermin )
l Menyapukan muka dengan debu. Sewaktu mengangkat kedua tangan hendaklah berniat didalam hati “ Sahaja aku bertayammun bagi mengharuskan sembahyang kerana Allah Taala”
l Menyapu debu kedua-dua tangan hingga ke siku.
UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM, SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN
TEL: 04-446 0333Anggota Wuduk (Memudaratkan)
Jika anggota wuduk tidak boleh terkena air kerana memudaratkan pesakit, hendaklah bertayammun dan wuduk dengan membasuh anggota yang baik serta menyapu air ke atas anggota yang berbalut
(AfieyDesign 012-469 7875)
persoalan tentang tayamum
Pertama; Hendaklah ia membasuh dan meratakan air sebagaimana biasa ke kawasan-kawasan yang sihat (tidak sakit) dari anggota wudhuknya.
Kedua; Bagi kawasan yang berbalut pula, wajib ia menyapu air ke atasnya.
Menurut Imam Abu Hanifah; memadai dengan menyapu sebahagian besar balutan.
Namun jumhur ulamak (iaitu Imam Malik, Syafi’ie dan Ahmad) berkata; “Wajib disapu air meliputi seluruh balutan”.
Adakah wajib disertai dengan tayammum?
Mengenai soalan ini, para ulama’ berbeza pandangan;1. Menurut mazhab Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad; tidak wajib lagi bertayammum. Memadai membasuh kawasan yang sihat dan menyapu air di atas balutan bagi kawasan yang sakit. Tidak perlu bertayammum.
2. Menurut mazhab Imam Syafi’ie; wajib disertai dengan tayammum. Berdasarkan mazhab Syafi’ie, orang yang memakai balutan ia hendaklah melakukan tiga perkara semasa mengambil wudhu’ atau mandi wajib;
a) Membasuh kawasan yang sihat (tidak sakit atau cedera)b) Menyapu air ke atas balutan dengan meratakannyac) Bertayammum; bagi mandi wajib, cukup dengan sekali tayammum sahaja sama ada sebelum mandi atau selepasnya. Adapun bagi wudhu’, ada dua pandangan;
(Pandangan pertama); wajib bertayammum mengikut bilangan anggota wudhu’ yang berbalut untuk menjaga tertib yang disyaratkan dalam wudhu’.
(Pandangan kedua); cukup sekali tayammum sahaja iaitu sebelum wudhu’ atau selepasnya. Pandangan yang rajih dalam mazhab ialah yang pertama.
3. Mengikut mazhab Imam Ahmad; wajib tayammum hanya jika balutan melebihi kawasan yang perlu, yakni kawasan yang sakit atau cedera. Jika balutan hanya membalut kawasan sakit tanpa menyentuh kawasan yang sihat, tidak perlu bertayammum, cukup dengan menyapu air ke atas balutan sahaja.
Mereka yang dikehendaki mengulangi atau mengqadha itu adalah di dalam tiga keadaan berikut:
1. Balutan atau plaster yang membalut anggota yang sakit itu terletak pada anggota tayammum iaitu muka dan dua tangan, sama ada diletakkan pembalut ataupun plaster itu ketika dia dalam keadaan suci daripada hadas ataupun tidak dan sama ada pembalut itu menutupi bahagian anggota yang tidak sakit ataupun tidak.
2. Balutan atau plaster yang membalut anggota yang sakit itu tidak terletak pada anggota tayammum seperti di kaki, tetapi balutan atau plaster itu dipakai ketika dalam keadaan berhadas dan pembalut atau plaster itu menutupi bahagian yang tidak sakit sekalipun bagi keperluan untuk mengikat pembalut itu.3. Balutan atau plaster yang membalut anggota yang sakit itu tidak terletak pada anggota tayammum seperti di kaki dan diletakkan atau dipakai ketika dalam keadaan suci daripada hadas, akan tetapi pembalut itu menutupi bahagian anggota yang tidak sakit melebihi had yang diperlukan untuk mengikat pembalut.
Manakala orang yang tidak dikehendaki mengulang atau mengqadha sembahyang fardhu atau tawaf fardhu yang dilakukannya itu adalah di dalam dua keadaan berikut:
1. Balutan atau palster yang membalut anggota yang sakit itu tidak terletak pada anggota tayammum seperti di kaki dan balutan atau palster itu pula tidak menutupi anggota yang tidak sakit sekalipun bagi keperluan untuk mengikat pembalut atau plaster, sama ada diletakkan balutan atau plaster itu ketika suci daripada hadas ataupun ketika berhadas.
2. Balutan atau palster yang membalut anggota yang sakit itu tidak terletak pada anggota tayammum seperti di kaki dan balutan atau palster itu menutupi bahagian yang tidak sakit hanya sekadar bagi keperluan untuk mengikat pembalut atau plaster serta diletakkan atau dipakai balutan atau plaster itu ketika dalam suci (tidak berhadas).
tahukah anda tentang tayammum?
- Tayammum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat yang tertentu beserta dengan niat.
- Tayammum ialah ganti wuduk atau mandi disebabkan keuzuran.
- Tayammum merupakan rukhsah untuk beribadat.
Hukum Tayammum :
wajib Bagi orang yang tidak boleh menggunakan air atau ketika ketiadaan air untuk menunaikan solat dan tawaf.
Dalil tayammum :
Maksudnya :
Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudu' dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanahdebu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu.
عن جابر بن عبدالله أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : اعطيت خمسا لم يعطهن احد
قبلي : نصرت بالرعب مسيرة شهر , وجعلت لي الارض مسجدا وطهورا, فايما رجل من امتي ادركته الصلاة فليصل , واحلت لي الغنائم ولم تحل لاحد قلبي, واعطيت الشفاعة , وكان النبي يبعث الى قومه خاصة وبعثت الى الناس عامة
(رواه البخارى ومسلم)
Dari Jabir bin Abdullah,bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
“Aku dikurnia lima perkara yang belum pernah berikan kepada seseorang pun sebelum aku:
1) aku ditolong dengan kegentaran (musuh menghadapi aku) jarak sejauh sebulan perjalanan;
2) dan dijadikan bumi ini bagiku sebagai masjid dan bahan pencuci lalu di mana sahaja seseorang dari umatku mendapatkan waktu solat,ia boleh melakukan solat di situ;
3) dan dihalalkan bagiku rampasan perang,padahal tidak dihalalkan bagi seseorang sebelum aku;
4) juga aku diizinkan member syafaat(pada hari kiamat);
5) dan adapun nabi-nabi(terdahulu) diutus hanya untuk kaumnya semata-mata,sedang aku diutus untuk manusia seluruhnya.”
(H.R Bukhari dan Muslim)
Sebab-sebab diharuskan tayammum:
- Ketiadaan air atau ada air tetapi hanya untuk keperluan makan
dan minum sahaja - Tidak boleh menggunakan air disebabkan sakit
- Khuatir kehabisan waktu solat
- Cuaca terlalu sejuk
Syarat-syarat tayammum :
•1. Masuk waktu solat
•2. Debu tanah suci daripada najis
•3. Debu mestilah kering dan tidak bercampur lumpur atau kapur
•4. Menghilangkan najis sebelum bertayammum
Rukun tayammum :
•Berniat ketika menyapu debu ke muka
•Menyapukan debu tanah sekali ke muka
•Menyapu debu ke tangan sehingga ke siku
•Tertib iaitu menyapu muka dahulu kemudian menyapu kedua-dua belah tangan sehingga ke siku
Sunat-sunat tayammum :
•Membaca ‘ Bismillahirrahmanirrahim ‘
•Mengadap qiblat
•Menipiskan debu di tapak tangan sebelum menyapu muka atau tangan
•Mendahulukan menyapu muka tangan kanan daripada tangan kiri
•Berturut-turut antara menyapu muka dan tangan
•Merenggangkan jari semasa menekap debu
Perkara-perkara yang membatalkan tayammum :
- Semua perkara yang membatalkan wuduk
- Ada air sebelum solat jika Bertayammum kerana tiada air
1.Membersihkan anggota tayammum dan badan daripada najis dan kekotoran.
2.Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu kemudian sapukan debu ke muka dari bahagian atas ke bawah.
3.Bersihkan debu yang telah digunakan untuk menyapu muka.
4.Tekapkan tapak tangan ke debu, kemudian sapukan debu di tangan kiri ke tangan kanan bermula dari belakang tapak tangan sehinnga ke siku
5.Kemudian sapukan debu tanah di tangan kanan kepada tangan kiri bermula dari belakang tapak tangan sehingga ke siku
Tahukah anda?
Sekali tayammum hanya untuk satu solat fardhu dan beberapa solat sunat sahaja.
Lafaz niat tayammum :
” نََوَيْتُ التَّيَمُمَ لاسْتِبَاحَةِ الصَّلاةِ للهِ تَعالى ”
Maksudnya:
Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah.
CARA BERTAYAMMUM
1) SELEPAS BERNIAT, KITA HENDAKLAH MENEPUK KEDUA-DUA BELAH TANGAN PADA DEBU TANAH
2) TEPUKKAN PERTAMA UNTUK DISAPU KE MUKA
3)TEPUKKAN KEDUA UNTUK DISAPU DIKEDUA-DUA BELAH TANGAN HINGGA KE SIKU. DEBU PADA TANGAN KIRI UNTUK TANGAN KANAN MANAKALA DEBU PADA TANGAN KANAN UNTUK DISAPU KE TANGAN KIRI
Hikmah tayammum
•1. kemuliaan syariat rasulullah
•2. merasai jiwa sebagai hamba