Setiap kali ketibaan bulan Rejab, timbul perbincangan di kalangan orang ramai berkenaan beberapa amalan yang khusus kerananya seperti puasa sunat Rejab, solat sunat malam tertentu bulan Rejab dan sebagainya. Di satu pihak terdapat mereka yang mengatakan tidak ada apa-apa amal ibadah yang khusus dengan bulan Rejab kerana semua hadis yang menganjurkan ibadah tersebut adalah tidak sahih. Di pihak yang lain mereka membolehkan pengamalan ibadah-ibadah tersebut dengan hujah hadis yang tidak sahih – yakni hadis-hadis dha‘if – boleh digunakan dalam keutamaan beramal.
Dalam artikel ini penulis akan cuba mengupas isu beramal dengan hadis yang dha‘if. Sekalipun bulan Rejab sudah berlalu, isu ini tetap penting kerana banyak amalan kita di Malaysia yang disandarkan kepada hadis-hadis yang dha‘if tanpa terhad kepada bulan Rejab sahaja. Banyaknya amalan seperti ini menyebabkan perbincangan dalam subjek hadis dha‘if sentiasa releven.
Kata-Kata al-Imam al-Nawawi.
Kebanyakan orang yang membolehkan penggunaan hadis dha‘if menyandarkan hujah mereka kepada kata-kata al-Imam al-Nawawi rahimahullah (676H):
“Berkata para ilmuan daripada kalangan ahli hadis, ahli fiqh dan selain mereka, dibolehkan – bahkan disunatkan beramal dengan hadis dha‘if dalam bab keutamaan (al-Fadha’il), memberi anjuran (al-Targhib) dan amaran (al-Tarhib) asalkan ianya bukan hadis maudhu’.
Adapun dalam bab hukum-hakam seperti halal dan haram, jual-beli, penceraian dan apa-apa lain yang seumpama, tidak boleh beramal dengan hadis dha‘if kecuali dengan hadis yang sahih atau hasan. Melainkan jika hadis-hadis tersebut bersangkutan dengan sikap berhati-hati terhadap bab-bab tersebut, seperti hadis dha‘if yang menyebutkan makruhnya hukum melakukan sebahagian bentuk jual-beli atau pernikahan, maka disunatkan untuk menghindari daripadanya (yang makruh tersebut) namun ia tidak jatuh kepada hukum wajib.” [al-Azkar (diteliti oleh ‘Amr bin ‘Ali Yasin; Dar Ibn Khuzaimah, Riyadh 2001), ms. 53]
Ada yang menerima kata-kata al-Imam al-Nawawi di atas sebulat-bulatnya, bahkan menganggap mudah bahawa pengamalan hadis dha‘if diperbolehkan asalkan ianya bukan hadis maudhu’. Sebenarnya terdapat beberapa syarat yang perlu diperhatikan oleh seseorang sebelum dia boleh mengamalkan hadis dha‘if. Syarat-syarat ini juga diketahui dan dipegang oleh al-Imam al-Nawawi, hanya beliau tidak menyebutnya dalam kitabnya al-Azkar kerana kitab tersebut bukanlah kitab ilmu hadis tetapi kitab yang dipermudahkan untuk menjadi amalan orang ramai. Hal ini seperti yang disebutkan sendiri oleh al-Imam al-Nawawi di bahagian muqaddimah kitab al-Azkarnya tersebut.
Pendapat para ilmuan berkenaan pengamalan hadis dha‘if
Dalam kata-kata al-Imam al-Nawawi di atas, beliau menyebut bahawa: “Berkata para ilmuan daripada kalangan ahli hadis, ahli fiqh dan selain mereka, dibolehkan – bahkan disunatkan beramal dengan hadis dha‘if……” Kata-kata di atas sebenarnya bukan mencerminkan pandangan ijma’ tetapi jumhur ilmuan Islam. Hal ini diterangkan oleh al-Hafiz al-Sakhawi rahimahullah (902H):
“……bahawa dalam pengamalan hadis dha‘if terdapat tiga pendapat: (yang pertama adalah) tidak dibolehkan beramal dengannya secara mutlak, (yang kedua adalah) boleh beramal dengannya jika dalam bab tersebut tidak ada yang selainnya (tidak ada hadis yang sahih atau hasan) dan yang ketiga – ini merupakan pendapat jumhur – boleh beramal dengannya dalam bab keutamaan asalkan bukan dalam bab hukum-hakam sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini akan syarat-syaratnya.” [al-Qaul al-Badi’ fi Fadhli Shalat ‘ala al-Habib al-Syafi’ (diteliti oleh Muhammad ‘Awwamah; Muassasah al-Rayan, Beirut 2002), ms. 473]
Syarat-syarat pengamalan hadis dha‘if.
Sepertimana yang dikatakan oleh al-Hafiz al-Sakhawi di atas, jumhur ilmuan membolehkan penggunaan hadis dha‘if dalam bab keutamaan beramal selagi mana diperhatikan syarat-syaratnya. Syarat-syarat tersebut dikemukakan oleh beliau seperti berikut:
“Saya mendengar guru kami rahimahullah (yakni al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, 852H) selalu berkata, bahkan telah mencatitkannya dengan tulisannya untuk saya bahawa syarat pengamalan hadis dha‘if ada tiga:
1. Yang disepakati, bahawa kelemahan hadis tersebut tidak berat. Maka terkeluarlah apa yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang dusta atau dituduh sebagai pemalsu hadis serta yang parah kesalahannya.
2. Bahawa ianya mencakupi asas umum (agama). Maka terkeluarlah sesuatu yang diada-adakan kerana tidak memiliki dalil asas yang mengasaskannya.
3. Bahawa ia diamalkan tanpa berkeyakinan ia adalah sabit (daripada Nabi), agar tidak disandarkan kepada Nabi s.a.w. apa yang tidak disabdakan olehnya.” [al-Qaul al-Badi’, ms. 472]
Seterusnya marilah kita mengulas lanjut tiga syarat di atas.
Ulasan kepada syarat pertama
Hadis dha‘if yang diperbolehkan penggunaannya ialah hadis yang ringan kelemahannya. Maka dari sini dapat kita ketahui bahawa setiap hadis yang ingin digunakan, sekalipun untuk tujuan keutamaan beramal dan memberi anjuran serta amaran, perlu dirujuk kepada sumbernya yang asal dan disemak darjatnya. Dirujuk kepada sumbernya yang asal bererti mencari hadis tersebut dalam kitab-kitab hadis sama ada ia benar-benar wujud atau tidak. Disemak darjatnya bererti dikaji sanadnya sama ada ianya sahih atau tidak. Jika ianya tidak sahih, maka disemak sama ada kelemahannya adalah ringan atau berat. Jika kelemahannya ringan maka ia lulus syarat yang pertama ini, jika kelemahannya adalah berat maka ia gagal.
Di sini penulis merasa perlu untuk membetulkan salah faham masyarakat, termasuk para da’i, penceramah, penulis dan ilmuan yang selain daripada ahli hadis, yang berpendapat boleh menggunakan apa jua hadis asalkan ia duduk di dalam bab keutamaan beramal (al-Fadha‘il) dan memberi peringatan serta amaran (al-Targhib wa al-Tarhib). Mereka tidak menyemak asal-usul hadis tersebut sama ada ia wujud atau tidak dalam kitab-kitab hadis yang lengkap dengan sanadnya. Lebih memberatkan, mereka tidak memberi perhatian langsung kepada darjatnya. Setiap hadis yang mereka temui dalam bab ini disampaikan terus dalam kuliah-kuliah atau karya-karya mereka.
Ini sebenarnya adalah kesalahan yang amat berat. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan (atau meriwayatkan) satu hadis dan dia pandang hadis tersebut sebagai dusta, maka dia termasuk dalam salah seorang pendusta.” [Shahih Muslim, muqaddimah] Terhadap hadis ini, al-Imam Ibn Hibban rahimahullah (354H) menukil daripada Abu Hatim rahimahullah:
“Dalam hadis ini terdapat dalil yang membenarkan apa yang kami sebut, bahawa apabila seseorang itu meriwayatkan sebuah hadis yang tidak sah daripada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, apa sahaja hadis yang disandarkan kepada baginda, padahal dia mengetahui bahawa ia tidak sah, (maka) dia termasuk salah seorang pendusta.
Malah maksud zahir hadis ini adalah lebih berat kerana baginda sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang menceritakan (atau meriwayatkan) satu hadis dan dia pandang hadis tersebut sebagai dusta…”, baginda tidak mengatakan bahawa orang tersebut yakin bahawa hadis tersebut adalah dusta (tetapi sekadar memandangnya sebagai dusta). Maka setiap orang yang ragu-ragu sama ada yang diriwayatkannya itu adalah sahih atau tidak sahih termasuk dalam zahir perbicaraan hadis ini.” [al-Majruhin min al-Muhadditsin (diteliti oleh Hamidi bin ‘Abd al-Rahman; Dar al-Shomi‘in, Riyadh 2000), jld. 1, ms. 16-17]
Perkara yang sama juga disebut oleh al-Imam al-Thohawi rahimahullah (321H):
“Sesiapa yang menyampaikan hadis daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berdasarkan sangkaan, bererti dia menyampaikan hadis daripada baginda secara tidak benar. (Sesiapa yang) menyampaikan hadis daripada baginda secara tidak benar bererti dia menyampaikan hadis daripada baginda secara batil. (Sesiapa yang) menyampaikan hadis daripada baginda secara batil (maka) dia berdusta ke atas baginda sebagaimana seorang pendusta hadis. Mereka termasuk dalam sabdanya sallallahu 'alaihi wasallam: “Sesiapa yang berdusta ke atas aku maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di dalam neraka.” Kami berlindung daripada Allah Ta‘ala daripada yang sedemikian.” [Musykil al-Atsar (diteliti oleh Muhammad ‘Abd al-Salah Syahin; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1995), jld. 1, ms. 123]
Oleh itu berdasarkan syarat yang pertama ini, hendaklah kita pastikan bahawa setiap hadis yang digunakan untuk tujuan keutamaan beramal dan memberi anjuran serta amaran memiliki sumber rujukannya serta dijelaskan darjatnya. Jika syarat yang pertama ini tidak dipenuhi, hendaklah hadis tersebut ditinggalkan sekalipun ia memiliki kedudukan yang masyhur di kalangan masyarakat.
Ulasan kepada syarat kedua.
Hadis dha‘if tidak boleh digunakan untuk menetapkan sesuatu amalan, perintah atau larangan. Peranan hadis dha‘if tidak lain sekadar menerangkan keutamaan satu amalan yang telah ditetapkan oleh al-Qur’an dan/atau hadis yang sahih. Hadis dha‘if juga tidak boleh digunakan untuk menganjur atau melarang sesuatu perkara melainkan perkara tersebut telah tetap hukumnya daripada al-Qur’an dan/atau hadis yang sahih. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) berkata:
“Berkata (al-Imam) Ahmad bin Hanbal, apabila datang (persoalan) halal dan haram kami memperketatkan semakan sanad dan apabila datang (persoalan) memberi anjuran dan amaran (al-Targhib wa al-Tarhib) kami memudahkan semakan sanad. (Ibn Taimiyyah mengulas lanjut): Demikianlah apa yang disepakati oleh para ilmuan tentang beramal dengan hadis dha‘if dalam keutamaan beramal. Ia tidaklah bermaksud menetapkan hukum sunat berdasarkan hadis yang tidak boleh dijadikan hujah dengannya (kerana ia adalah dha‘if). Ini kerana “sunat” merupakan hukum syari‘at yang tidak boleh ditetapkan melainkan dengan dalil syari‘at juga. Sesiapa yang mengkhabarkan daripada Allah bahawasanya Dia menyukai (menyunatkan) sesuatu amal tanpa dalil syari‘i maka sungguh dia telah mensyari‘atkan dalam agama apa yang tidak diizinkan Allah.” [Majmu’ al-Fatawa (Dar al-Wafa’, Kaherah 2001), jld. 18, ms. 65]
Sebagai contoh, hadis-hadis berkenaan puasa pada bulan Rejab dan solat khusus pada malam-malam tertentu bulan Rejab semuanya tidak ada yang sahih. Syaikh Sayid Sabiq menegaskan:
“Berkenaan puasa pada bulan Rejab, tidak ada kelebihan yang menonjol (tentang bulan Rejab) berbanding bulan-bulan lain, kecuali bahawa ia termasuk daripada bulan-bulan haram (yakni bulan Zulqa‘idah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab). Tidak diterima dalam sunnah yang sahih bahawa berpuasa dalam bulan Rejab memiliki keutamaan yang khusus. Adapun apa yang datang tentangnya (keutamaan berpuasa pada bulan Rejab), ia tidak dapat dipertanggungjawabkan sebagai hujah. Berkata (al-Hafiz) Ibn Hajar (al-Asqalani), tidak diterima (apa-apa) hadis yang sahih yang dapat dijadikan hujah tentang keutamaannya (bulan Rejab), mahupun tentang puasanya dan puasa pada hari-hari tertentu daripadanya mahupun solat pada malam yang tertentu daripadanya.” [Fiqh al-Sunnah (Dar al-Fath, Kaherah 1999), jld. 1, ms. 516]
Apabila tidak wujud hadis yang sahih yang menetapkan wujudnya “Puasa sunat Rejab” dan “Solat malam Rejab yang ke sekian-sekian hari”, hadis-hadis yang menerangkan keutamaan berpuasa dan bersolat pada bulan Rejab tidak memiliki apa-apa nilai. Yang lebih penting, ia tidak boleh dijadikan dalil untuk menghukum sunat berpuasa dan bersolat secara khusus kerana bulan Rejab.
Sebenarnya terdapat banyak lagi amalan yang dilakukan oleh umat Islam berdasarkan hadis yang dha‘if tanpa diperhatikan sama ada amalan tersebut terlebih dahulu telah ditetapkan atau tidak oleh dalil al-Qur’an dan/atau hadis yang sahih. Setakat ini berdasarkan ulasan kepada syarat yang pertama dan kedua, hendaklah setiap orang yang ingin beramal dengan hadis dha‘if menyemak terlebih dahulu bahawa:
1. Hadis yang ingin dijadikan sumber amalan memiliki rujukan dalam kitab yang asal dan telah disemak bahawa ia sekurang-kurangnya memiliki darjat kelemahan yang ringan.
2. Amalan tersebut telah ditetapkan berdasarkan dalil al-Qur’an dan/atau hadis yang sahih.
Ulasan kepada syarat ketiga
Apabila menggunakan hadis dha‘if yang telah memenuhi dua syarat yang pertama di atas, hendaklah diingati bahawa tidak boleh berkeyakinan hadis tersebut adalah sabit daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Berdasarkan syarat yang ketiga ini, para ahli hadis telah menetapkan agar hadis yang dha‘if tidak boleh disandarkan sebutannya kepada diri Rasulullah secara jelas tetapi perlu diisyaratkan kelemahannya.
Misalnya, tidak boleh berkata: “Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda bahawa……” tetapi hendaklah berkata: “Dalam kitab Mu’jam al-Kabir oleh al-Imam al-Thabarani, terdapat sebuah hadis dha‘if yang berbunyi ……” atau apa-apa lain yang seumpama. Al-Imam al-Nawawi berkata:
“Berkata para ilmuan peneliti (al-Muhaqqiqun) daripada kalangan ahli hadis dan selain mereka, apabila sebuah hadis adalah dha‘if tidak boleh dikatakan terhadapnya “Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam …” atau “Rasulullah telah berbuat…” atau “Rasulullah telah memerintahkan…” atau “Rasulullah telah melarang…” atau “Rasulullah telah menghukum…” dan apa-apa lain yang menyerupainya daripada bentuk kalimah yang menunjukkan kepastian.
Demikian juga, tidak boleh dikatakan terhadap (hadis dha‘if tersebut) “Diriwayatkan oleh Abu Hurairah…” atau “Berkata Abu Hurairah…” atau “Disebut oleh Abu Hurairah…” atau “Dikhabarkan oleh Abu Hurairah…” atau “Dihadiskan oleh Abu Hurairah…” atau “Dinukil oleh Abu Hurairah…” dan apa-apa lain yang menyerupainya. Demikian juga, tidak boleh dikatakan yang seumpama terhadap para tabi’in dan orang-orang sesudah mereka terhadap apa yang dha‘if. Tidak boleh berkata terhadap apa jua daripada riwayat yang dha‘if dengan kalimah yang menunjukkan kepastian.
Sesungguhnya yang (boleh) dikatakan hanyalah “Diriwayatkan daripadanya…” atau “Dinukil daripadanya…” atau “Dihikayatkan daripadanya…” atau “Didatangkan daripadanya…” atau “Disampaikan daripadanya…” ……… dan apa yang menyerupainya daripada kalimah yang menunjukkan kelemahan, tidak daripada kalimah yang menunjukkan kepastian.
Mereka (para ilmuan peneliti) berkata, kalimah yang menunjukkan kepastian ditujukan untuk hadis yang sahih atau hasan manakala kalimah yang menunjukkan kelemahan ditujukan kepada yang apa selain daripada kedua-dua (bukan hadis sahih dan bukan hadis hasan).” [al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (diteliti oleh Muhammad Najib Ibrahim; Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut 2001), jld. 1, ms. 134]
Amat penting untuk mengisyaratkan kedha‘ifan hadis tersebut agar:
1. Orang ramai dapat mengetahui bahawa si penyampai telah menyemak sumber dan darjat hadis tersebut,
2. Orang ramai tidak menganggapnya sebagai sebuah hadis yang sahih,
3. Orang ramai tidak menetapkan hukum berdasarkan hadis tersebut,
4. Seandainya wujud kemusykilan dalam maksud hadis tersebut, ia tidak mengelirukan orang ramai kerana mereka tahu ia tidak sahih.
Jika syarat ketiga ini tidak diperhatikan, orang ramai tidak akan dapat membezakan antara hadis yang sahih dan tidak sahih. Akibatnya mereka akan mengamalkan hadis tersebut sebagai sumber hukum dan menyebarkannya kepada masyarakat dengan anggapan ia adalah benar dan baik. Akhirnya ia akan menjadi masyhur dan sebati di dalam masyarakat dan menganggapnya sebahagian daripada syari‘at Islam. Ini sama-sama dapat kita perhatikan di negara kita sendiri masa kini. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah mengingatkan tentang natijah buruk ini kira-kira 500 tahun yang lalu:
“Sedia dikenali bahawa para ahli ilmu mempermudahkan penerimaan hadis dalam bab keutamaan (al-Fadha’il) sekalipun di dalamnya memiliki kelemahan selagi mana ia bukan hadis maudhu’. Namun disyaratkan bagi orang yang mengamalkannya bahawa dia yakin hadis tersebut adalah dha‘if dan dia tidak memasyhurkannya kerana dibimbangi seseorang lain akan beramal dengan hadis yang dha‘if tersebut (tanpa mengetahui ia adalah dha‘if) sehingga mensyari‘atkan apa yang tidak disyari‘atkan atau dia meriwayatkannya kepada sebahagian orang yang jahil sehingga disangkakan ia adalah sunnah yang sahih.” [Tabyin al-‘Ujab bi ma warada fi Fadhli Rejab, ms. 3-4; dinukil daripada Tamam al-Minnah fi al-Ta’liq ‘ala Fiqh al-Sunnah oleh Syaikh al-Albani rahimahullah (1999) (Dar al-Rayah, Riyadh 1409H), jld. 1, ms. 36]
Demikianlah ulasan kepada tiga syarat penting yang perlu diperhatikan oleh setiap orang yang ingin menggunakan hadis dha‘if. Selain tiga syarat penting di atas, terdapat dua perkara lain yang tetap perlu diperhatikan, iaitu:
Memberi prioriti kepada hadis sahih dan hasan
Jika di dalam sebuah bab terdapat hadis-hadis yang sahih, hasan dan dha‘if, maka hendaklah seseorang itu memberi prioriti kepada yang sahih dan hasan sahaja. Sebabnya:
1. Hadis yang sahih dan hasan adalah sabit daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam manakala hadis yang dha‘if masih terbuka kepada kemungkinan benar atau salah. Maka berpegang kepada yang pasti adalah lebih utama daripada yang diragui.
2. Menyibukkan diri dengan hadis yang dha‘if lazimnya akan menyebabkan hadis yang sahih dan hasan terpinggir. Ini kerana setiap individu memiliki kemampuan yang terhad. Jika kemampuan itu telah dipenuhi dengan menyibukkan diri dengan hadis dha‘if, maka hadis yang sahih dan hasan akan tercicir daripada dirinya.
Poin kedua di atas pernah diulas oleh al-Imam ‘Abd al-Rahman bin Mahdi rahimahullah (198H):
“Tidaklah wajar seseorang itu menyibukkan dirinya dengan menulis hadis-hadis yang dha‘if kerana kesibukkannya itu akan mengakibatkan tercicirnya hadis daripada para perawi yang thiqah (terpercaya = hadis sahih) sebanyak hadis daripada perawi lemah yang ditulisnya.” [Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi (463H) dalam al-Kifayah fi ‘Ilm al-Riwayah (Maktabah al-‘Alamiyah, Madinah), ms. 132]
Izinkan penulis memberi satu contoh. Setiap tahun ketika tibanya Nisfu Sya’ban, ada di antara kita yang berpuasa, bersolat malam, membaca surah Yasin tiga kali dengan doa tertentu di antaranya dan pelbagai lagi. Semua amalan-amalan ini sebenarnya tidak pernah ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Hadis-hadis yang menganjurkannya tidak ada yang sahih dan tidak boleh dijadikan dasar bagi menetapkan sesuatu amalan. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah menukil kata-kata al-Imam Ibn al-‘Arabi rahimahullah (543H) dalam persoalan ini:
“Tidak ada sebuah hadis jua yang dipercayai kesahihannya mengenai keutamaan malam Nisfu Sya’ban. Jika kita (hendak) menerima hadis-hadis yang menerangkan keutamaan malam Nisfu Sya’ban dan kita hendak memperingatinya dengan amal kebajikan, maka hal ini tidak pernah berasal daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mahupun daripada para sahabat radhiallahu ‘anhum dan kaum muslimin abad-abad pertama. Padahal mereka semua termasuk umat Islam yang terbaik.
Daripada semua sumber tersebut tidak ada riwayat yang menerangkan bahawa malam Nisfu Sya’ban diperingati dengan berkumpul di masjid-masjid, membaca doa-doa tertentu dan melakukan solat-solat khusus seperti yang kita saksikan di beberapa negeri kaum muslimin. Bahkan di beberapa negeri sejumlah orang berkumpul sesudah solat Maghrib di masjid-masjid lalu membaca surah Yasin, solat dua rakaat dengan niat memohon panjang umur, ditambah dua rakaat lagi dengan doa dijauhkan ketergantungan hidup daripada orang lain, kemudian mereka membaca doa panjang lebar yang tidak berasal daripada seorang pun daripada kalangan Salaf. Doa yang mereka baca itu pula menyalahi nas-nas (al-Qur’an dan al-Sunnah) serta mengandungi hal-hal yang saling berlawanan maksudnya.” [Fatawa Mu‘ashirah (edisi terjemahan oleh al-Hamid al-Husaini dengan judul Fatwa-Fatwa Mutakhir; Pustaka Hidayah, Bandung 1996), ms. 480-481]
Dalam kesibukan kita membaca, menyebar dan mengamalkan hadis-hadis yang dha‘if berkenaan malam Nisfu Sya’ban, kita telah keciciran sebuah hadis yang sahih mengenainya. Hadis tersebut ialah: “Allah akan memperhatikan semua makhluk pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia mengampuni semua makhluknya kecuali orang musyrik dan yang bermusuhan (sesama sendiri).”
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Hibban, berkata Syaikh Syu‘aib al-Arna’uth hafizahullah dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut 1997) jld. 12, ms. 481, no: 5665: “Hadis sahih bi syawahid.” Hadis ini juga dihimpun oleh al-Imam al-Munziri rahimahullah (656H) dalam kitabnya al-Targhib wa al-Tarhib (Dar Ibnu Katsir, Damsyik 1999), jld. 2, ms. 51, no: 1517. Berkata para penyemak: Shaikh Samir Ahmad al-‘Athar, Yusuf Ali Badiwi & Muhyiddin Dibb Matsu: “Sahih bi syawahid.” Berkata Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh 2000), jld. 1, ms. 597, no: 1026: “Hasan Sahih.”
Sama-sama kita bertanya kepada diri kita, adakah kita mengetahui tentang hadis ini? Adakah selama ini hadis di atas tersembunyi atau tercicir daripada pengetahuan kita kerana selama ini kita sibuk dengan pelbagai hadis lain, yang tidak satu jua yang sahih, berkenaan malam Nisfu Sya’ban? Lebih jauh, sudahkah kita mengamalkan hadis ini?
Mengamalkan hadis ini bukanlah dengan berpuasa, bersolat malam, berzikir, berdoa dan sebagainya. Akan tetapi beramal dengannya ialah kita melayakkan diri kita supaya memperoleh pengampunan Allah Subhanahu wa Ta‘ala pada malam Nisfu Sya’ban. Terdapat dua syarat kelayakan, yang pertama kita lulus, alhamdulillah. Yang kedua perlu kita pastikan bahawa kita tidak bermusuhan dengan sesiapa di kalangan umat Islam. Jika ada, mungkin saudara, jiran, rakan kerja dan sebagainya, hendaklah kita bermaafan dan menghubungkan semula silraturahim. Inilah cara “mengamalkan” hadis sahih di atas berkenaan malam Nisfu Sya’ban.
Hadis dha‘if tidak boleh dijadikan ukuran nilai sesuatu amal
Kepentingan atau keburukan sesuatu amal tidak boleh diukur berdasarkan hadis-hadis dha‘if sahaja. Sering kali para penulis dan penceramah begitu ghairah menyampaikan hadis-hadis dha‘if dalam memberi anjuran dan amaran tanpa disedari bahawa anjuran dan amaran tersebut nilainya telah dilebih-lebihkan daripada apa yang sepatutnya. Merekan menganggap hal ini akan memberi manfaat kepada umat tetapi yang benar adalah di sebaliknya. Ganjaran yang dibesar-besarkan kepada amalan yang kecil akan mengakibatkan seseorang itu meremehkan agama, dengan anggapan memadailah dia membuat amalan yang sedikit kerana ganjarannya sudah lebih dari mencukupi. Sedangkan amaran yang dibesar-besarkan terhadap kesalahan yang kecil akan menyebabkan seseorang itu menjauhkan diri daripada Allah dan merasa putus asa daripada keampunan-Nya. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menerangkan hal ini dengan lebih lanjut:
Hadis-hadis yang memberi anjuran dan amaran (al-Targhib wa al-Tarhib), sekalipun tidak memuat hukum halal atau haram, ia memuat sesuatu lain yang sangat penting dan berbahaya, iaitu ia merosakkan nilai amal atau kewajiban yang telah ditentukan oleh Pembuat syari'at Yang Maha Bijaksana. Setiap amal yang diperintahkan ataupun dilarang memiliki “nilai” tertentu di sisi Pembuat syari'at dalam kaitannya dengan amal-amal yang lain. Kita tidak boleh melampaui had yang telah ditentukan oleh Pembuat syari'at sama ada dengan menurun atau menaikkannya.
Di antara hal yang sangat berbahaya ialah memberi nilai sebahagian amalan lebih besar dan banyak daripada ukurannya yang sebenar dengan membesar-besarkan pahalanya sehingga mengalahkan amalan lain yang lebih penting dan lebih tinggi derajatnya dalam pandangan agama. Demikian juga memberikan kepentingan kepada amalan yang dilarang dengan membesar-besarkan seksanya sehingga mengalahkan amalan lainnya.
Membesar-besarkan dan melebih-lebihkan janji pahala dan ancaman siksa akan mengakibatkan rosaknya gambaran agama di mata kaum terpelajar karena mereka akan menyandarkan apa yang mereka dengar atau baca tersebut kepada agama padahal agama itu sendiri bebas dari semua itu. Seringkali tindakan melebih-lebihkan, terutama dalam soal ancaman, akan menimbulkan akibat yang sebaliknya dan kegoncangan jiwa. Bahkan seringkali orang yang berlebih-lebihan itu akan menjauhkan diri mereka daripada-Nya (kerana putus asa dan merasa tidak layak memperoleh keampunan Allah ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan)
Kita wajib menjaga amal perbuatan sesuai dengan tingkatan-tingkatannya yang telah digariskan oleh syari‘at tanpa terjerumus ke dalam tindakan melebih-lebihkan. Ini hanya akan membawa kita kepada salah satu dari dua bentuk pelampauan, sama ada yang menambah atau mengurang, sebagaimana yang dikatakan oleh Ali bin Abu Thalib radhiallahu 'anh: “Kalian harus mengambil sikap pertengahan, yang kepadanya orang tertinggal harus disusulkan dan kepadanya pula orang yang berlebihan harus dikembalikan.” [al-Muntaqa min Kitab al-Targhib wa al-Tarhib li al-Munziri (Dar al-Wafa’, Kaherah 1993), jld. 1, ms. 49-50]
Berdasarkan tiga syarat pengamalan hadis dha‘if dan dua perkara tambahan yang perlu diperhatikan, sama-sama dapat diambil iktibar bahawa menggunakan hadis dha‘if tidaklah semudah yang disangka. Hadis-hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam adalah salah satu sumber syari‘at di sisi al-Qur’an al-Karim. Maka kita perlu berinteraksi dengannya melalui disiplin-disiplin yang telah digariskan oleh para ahli hadis. Apa yang Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sabdakan berkenaan agama tidak lain adalah wahyu Allah. Apabila kita bersikap leka dalam berinteraksi dengan hadis-hadis baginda, kita bukan sahaja mendedahkan diri kepada kemungkinan berdusta di atas nama Rasulullah tetapi juga berdusta di atas nama Allah.
Oleh itu hendaklah setiap individu memberi perhatian khusus dalam bab ini. Jangan menerima sebarang hadis sekalipun yang menyampaikannya adalah orang yang masyhur di mata masyarakat. Pastikan bahawa setiap hadis yang disampaikan mematuhi syarat-syarat di atas. Apabila membaca buku-buku agama, pastikan setiap hadis diberikan rujukan, lengkap dengan nombor hadis dan bab. Jangan berpuas hati dengan catitan “Hadis riwayat al-Bukhari” atau “HR Muslim” kerana terdapat sebahagian penulis yang berbuat demikian padahal hadis tersebut tidak wujud di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim.
Apabila mendengar khutbah, kuliah, ceramah dan sebagainya, jangan segan-segan bertanya kepada penyampainya: “Ustaz, hadis yang ustaz sebut itu siapa yang meriwayatkannya dan apa darjatnya?” atau apa-apa lain yang seumpama. Setiap mukmin yang bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya berhak untuk bertanya dan setiap penyampai yang bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya tidak boleh merasa ego untuk menjawab. Akan tetapi jika penyampai tersebut tidak ingat pada saat itu, berilah dia tempoh untuk menyemak semula agar dia dapat menjelaskannya pada giliran yang akan datang.
Tanpa berlebih-lebihan, penulis menganjurkan para pembaca sekalian meninggalkan mana-mana penulis dan penyampai agama yang tidak berdisiplin dalam mengemukakan hadis-hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Kita perlu bertegas dalam hal ini, bukan sahaja supaya amalan kita sentiasa berada di atas ukuran yang benar tetapi supaya para penulis dan penyampaikan tersebut tidak mengambil mudah perkara ini.
Wednesday, January 19, 2011
Sunday, January 16, 2011
islam itu mudah
Bila kita menyebut 'islam itu mudah' adakah kita mampu untuk menghuraikan dan memahami tentang istilah ini? kadangkala kita bukan sahaja tidak mampu untuk menerangkan malah kita juga tidak mampu memberikan dalil untuk menguatkan hujah kita.
Banyak dalil dalam al-quran dan as-sunah menjelaskan agama Islam adalah agama yang mudah. Allah berfirman didalam al-quran:
"....dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesukaran."
(Al-Hajj 22: 78)
"Allah mengkehendaki kemudahan bagimu, dan tidak menkehendaki kesukaran bagimu..."
(Al-Baqarah 2:185)
Nabi Muhammad saw ada menyebutkan:
" gembirakanlah dan jangan biarkan mereka bertempiaran, permudahkan dan jangan persusahakn." (muslim, 4525)
islam itu mudah kerana apabila seseorang yang baru memeluk agama islam, mereka hanya melakukan perubahan yang sedikit. Pertama mereka perlu melakukan perubahan dari sudut aspek kepercayaan iaitu mengakui Allah adalah tuhan yang Esa. Dan yang kedua adalah dari sudut beberapa amalan yang bersifat fizikal seperti solat. Sebagai contoh, jika sebelum ini mereka menganut agama hindu yang mempunyai dewa seperti shiva, mereka hanya perlu menukarkan kepercayaan itu kepada mempercayai bahawa tida tuhan melainkan Allah dan mereka perlu menukar ritual ibadat agama sebelum ini kepada ritual mengikut agama Islam.
Orang selalu berkata, “Islam agama yang susah. Banyak dos and don’ts (perintah dan larangan/hukum-hakam). Ini haram, itu haram! Apa yang halal??! Susah betul!”
Sebenarnya perintah dan larangan dalam Islam hanyalah sedikit.
Sebagai contoh, Islam melarang penganutnya memakan daging babi. Tetapi dalam masa yang sama, ada ratusan, malah ribuan lagi makanan lain yang halal.
Islam mewajibkan penganutnya untuk menunaikan solat lima kali sehari. Setiap solat hanya mengambil masa lebih kurang lima minit. Ini bermakna, 23 jam 35 minit lagi daripada seharian kehidupan seseorang Muslim adalah di luar solat.
Selain itu, seperti yang dijelaskan sebelum ini, suruhan dan larangan, hukum-hakam dalam Islam adalah untuk kebaikan manusia sendiri.
Umat Islam tidak hidup dalam trial and error. Keseluruhan hidup umat Islam adalah berdasarkan manual yang praktikal yang diberikan oleh Tuhan yang menciptakan manusia dan seluruh alam semesta. Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ini mengutuskan Rasul sebagai ‘technician’ untuk menjelaskan manual yang diturunkan kepada manusia agar mereka dapat hidup dengan cara yang terbaik.
…Pada hari ini telah Aku (Tuhan) sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Aku redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 5:3
Ajaran Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan, samaada dari aspek peribadi, keluarga, social, perundangan, kenegaraan, hiburan, ekonomi, ketenteraan, politik, peradaban dan sebagainya. Ia melingkungi hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam semesta.
Islam bukan semata-mata berkisar tentang kepercayaan, ia juga adalah berkisar tentang amalan. Ia tidak semata-mata berbicara tentang isu spiritual semata-mata, tetapi ia juga membicarakan tentang isu-isu material, fizikal, mental dan emosi.
Dengan manual ini, kita tidak tercari-cari jalan yang diteorikan oleh manusia untuk hidup kita. Tuhan telah memudahkan hidup kita dengan memberikan kita manual yang serba lengkap ini. Apa yang kita perlu lakukan hanyalah merujuk kepada manual ini dan taat kepada perintah Tuhan.
Mudah dalam pengamalan
Tuhan adalah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Adil. Dia tidak membebani seseorang dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung olehnya.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya."
(Al-Baqarah 2:286)
Tuhan melihat kepada apa yang terbaik yang dapat kita lakukan. Tuhan tidak membandingkan kita dengan orang lain. Apa yang terbaik yang dapat kita lakukan tidak sama dengan apa yang terbaik yang boleh dilakukan oleh orang lain.
Apabila seseorang memeluk Islam, dia tidak perlu mengamalkan seluruh ajaran islam secara drastic. Dia hanya perlu lakukan apa yang dia termampu, secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan (priority).
Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat
Pada zaman Nabi SAW. dahulu, Al-Quran tidak diturunkan secara sekaligus, sebaliknya ia diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Oleh itu, para sahabat dapat mempelajari Islam daripada Nabi kemudian mengamalkannya secara berperingkat-peringkat.
Pengharaman arak
Ramai dari kalangan para sahabat adalah kaki botol. Mereka minum arak dengan kuantiti yang banyak. Setelah kedatangan Nabi Muhammad SAW, arak telah diharamkan. Tetapi pengharaman ini tidak dilakukan secara drastic. Ia dibuat secara bertahap-tahap.
Bermula dengan menjelaskan mudarat arak.
Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat mudarat besar dan beberapa manfa`at bagi manusia, tetapi mudarat keduanya lebih besar dari manfa`atnya". (al-Baqarah 2:219)
Kemudian dengan mengurangkan pengambilan (intake) arak dengan melarang mereka daripada solat dalam keadaan mabuk. Dengan ini, mereka hanya ada sedikit masa untuk minum arak.
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan.. (4:43)
Setelah itu, barulah arak diharamkan sepenuhnya.
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (5:90)
Banyak rukhsah (kemudahan)
Dalam Islam, terdapat banyak rukhsah (kemudahan)yang diberikan oleh Tuhan kepada kita. Sebagai contoh, apabila kita sedang bermusafir atau sakit, kita dibolehkan meninggalkan puasa di bulan Ramadhan dan menggantikannya pada hari lain.
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan yang salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia dibenarkan untuk tidak berpuasa), maka (hendaklah menggantikan puasa tersebut) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..(2:185)
Terdapat banyak lagi kemudahan yang diberikan Tuhan kepada kita. Contoh:
• Orang yang bermusafir dibenarkan menggabungkan dan memendekkan dua waktu solat.
• Orang yang sakit boleh menggabungkan solat.
• Orang yang sakit boleh bersolat dalam keadaan duduk atau baring.
• Dihalalkan makanan yang haram apabila dalam keadaan darurat.
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala ……..Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 5:3
Mengapa Islam dilihat susah?
Islam adalah agama yang mudah dan indah. Tetapi malangnya ramai dari kalangan umat Islam yang tidak mengamalkan Islam yang sebenar. Ini mendatangkan imej yang negative terhadap Islam sehingga Islam dilihat sebagai agama yang susah, tidak logic, barbaric, menindas wanita, tidak adil dan sebagainya.
Itulah sebabnya kita tidak harus mengadili dan mempelajari Islam berdasarkan amalan seseorang Muslim. Ini kerana tidak semua amalan umat Islam mencerminkan apa yang terkandung di dalam ajaran Islam. Bagi mengetahui ajaran Islam yang sebenar, kita hendaklah mempelajarinya daripada sumbernya yang asal, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kata-kata atau amalan seseorang itu boleh diterima atau ditolak kecuali Nabi Muhammad SAW yang dipelihara oleh Tuhan daripada sebarang kesilapan.
Mengapa Islam dilihat susah? Berikut adalah di antara sebab mengapa Islam dilihat susah.
Islam yang dicemari.
Secara fitrahnya (nature), Islam adalah mudah. Tetapi apabila kefahaman atau pengamalan Islam itu dicemari, fitrah ini juga tercemar. Ini menjadikan Islam dilihat menjadi susah.
Apabila seseorang itu memeluk Islam, dia hanya perlu mengubah kepercayaannya (akidah) dan amalan-amalan tertentu sahaja. Dia tidak perlu meninggalkan amalan budayanya, selagimana amalan tersebut tidak bercanggah dengan al-Quran dan As-Sunnah . Dia tidak perlu menjadi seorang arab atau menjadi seorang melayu atau mana-mana kaum lain. Tetapi apabila Islam telah dicampuradukkan dengan amalan mana-mana budaya atau amalan-amalan yang diada-adakan, ia menjadi susah, terutama bagi orang yang baru memeluk Islam. Mereka bukan sahaja disuruh untuk mengubah kepercayaan mereka, malah mereka juga turut disuruh untuk mengubah budaya dan cara hidup mereka yang telah diamalkan selama puluhan tahun.
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (49:13)
Islam tidak diamalkan dengan ilmu.
Ramai dari kalangan umat Islam tidak mengamalkan Islam dengan ilmu, iaitu berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah. Ini menyebabkan mereka tidak memahami rukhsah (kemudahan) yang ada di dalam Islam.
Selain itu, mereka tidak dapat membezakan di antara amalan budaya dan ajaran Islam. Ada juga di kalangan mereka yang menyuruh muallaf melakukan perkara-perkara yang sebenarnya tidak datang daripada ajaran Islam seperti melarang mereka daripada balik ke rumah keluarga, memutus persahabatan dengan kawan-kawan non-muslim, dan sebagainya. Sepatutnya setelah memeluk Islam, dia menjadi anak yang lebih baik, ahli keluarga yang lebih baik dan sahabat yang lebih baik.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (31:14-15)
Selain itu, di sebahagian tempat, orang yang baru memeluk Islam disuruh untuk menukar nama mereka. Perkara tersebut adalah sangat sensitive dalam budaya mereka. Ramai dari kalangan non-Muslim yang menangguhkan hasrat mereka untuk memeluk Islam hanya kerana enggan untuk menukar nama mereka. Sedangkan Islam tidak mewajibkan seseorang yang baru memeluk Islam untuk menukar nama mereka selagimana nama mereka tidak membawa maksud yang buruk. Nama yang baik adalah dikira sebagai nama Islam, tanpa mengira dalam apa jua bahasa sekalipun. Malah, di kalangan para sahabat, ada yang mempunyai nama yang bukan dalam bahasa Arab seperti Salman dan Bilal. Mereka tidak pernah diarahkan oleh Nabi SAW untuk menukarkan nama mereka ke dalam bahasa Arab.
Tidak mengikut keutamaan (priority)
Islam adalah agama yang mementingkan keutamaan (priority). Para sahabat suka bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, “Apakah (amalan) yang utama” atau “Apakah (amalan) Islam yang utama?” Nabi Muhammad SAW memberikan jawapan yang berbeza kepada penanya yang berbeza berdasarkan kepada keadaan dan tahap mereka yang berbeza.
Seseorang itu perlu mengamalkan Islam mengikut keutamaan. Dia tidak dibebankan untuk mengamalkan seluruh ajaran Islam secara drastic. Tetapi dia perlu mempelajari ilmu-ilmu asas Islam terlebih dahulu, mengenali Tuhan dan mengamalkan perkara-perkara rukun sebelum perkara-perkara lain. Apabila ini tidak diikuti, Islam akan menjadi sukar untuk diamalkan kerana lemahnya perkara yang asas (foundation) dalam membina iman dalam diri seseorang.
Ini berlaku dalam masyarakat apabila mereka lebih mengutamakan perkara-perkara fiqh (aspek hukum-hakam) berbanding akidah (kepercayaan), mengutamakan isu tudung berbanding tauhid (Islamic monotheism), mengutamakan perkara furu’ (ranting) berbanding perkara pokok atau asas, mengutamakan tilawah (bacaan/recitation) al-Quran berbanding memahami tafsir (interpretation) atau isi kandungan al-Quran dan sebagainya.

Tasbih Kaffarah
Tasbih kaffarah ialah bacaan tasbih atau doa ketika kita meninggalkan sesuatu majlis itu,semoga kesalahan yang kita lakukan dihapuskan oleh Allah s.w.t.
Dijelaskan oleh baginda dalam sebuah hadis yang bererti:
Rasulullah s.a.w. tidak bangun meninggalkan sesuatu majlis melainkan baginda membaca(tasbih yang bererti):"Maha suci engkau ya Allah tuhanku!Dengan memuji Engkau,tidak ada Tuhan melainkan Engkau dan aku memohonkan keampunan Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau."Sabda baginda:"Tidak membaca akan dia oleh seseorang sekiranya bangun ia dari tempat duduknya,melainkan diampunkan baginya kesalahan-kesalahan yang berlaku daripadanya dalam majlis itu."
lazimnya tasbih kifarah dibaca berserta surah al-asr sewaktu meninggalkan majlis ilmu
1) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau) melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.[1]
2) Daripada Abu Barzah RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau). Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”.[2]
3) Daripada Abdullah bin Amr bin Al-As: Sesungguhnya baginda (SAW) telah berkata: “Suatu ucapan yang tidak diucapkan oleh seseorang apabila hendak bangun meninggalkan majlis sebanyak 3 kali melainkan dihapuskan dosa yang telah dilakukan dalamnya, dan tidak diucapkannya dalam suatu majlis yang baik dan majlis zikir melainkan ditutup dengan ucapan itu:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau).[3]
4) Daripada Ibnu Umar berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW biasa menyebut sebelum meninggalkan suatu majlis sebanyak 100 kali:
رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الْغَفُوْرُ
(Ya Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau adalah Maha Penerima Taubat dan Maha Pengampun).[4]
Huraian hadis:[5]
1- Yang dimaksudkan dengan ‘banyak salah dan silap’ ialah percakapan yang bercampur dengan maksud yang tidak jelas. Maksud yang didapati dalam hadis ini ialah percakapan yang tidak memberi manfaat untuk akhirat.
2- Disyariatkan untuk membaca doa ini setiap kali selepas selesai sesuatu majlis kerana ia boleh menghapuskan segala dosa yang telah dilakukan dalamnya. Akan tetapi, para ulama mengkhususkannya pada dosa kecil sahaja berdasarkan dalil yang didapati dari hadis-hadis yang lain.
3- Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa dengan doa ini sebagai pengajaran kepada umat baginda dan menambahkan pahala dan bukan kerana baginda telah melakukan suatu kesalahan dalam majlis.
Ulasan:
Sama ada untuk memanggil doa ini sebagai Tasbih Kaffarah atau Kaffarah Majlis tidaklah begitu penting bagi saya. Umat Islam di Malaysia ini pun sudah biasa memanggil doa ini sebagai Tasbih Kaffarah.
Akan tetapi, masyarakat kita masih lagi belum menjadikan doa ini sebagai rutin dan amalan biasa apabila selesai atau menutup sesuatu majlis. Tidak seperti doa pembuka majlis sama ada dengan hanya membaca Basmalah, Surah Al-Fatihah atau doa-doa tertentu yang memang dimasukkan secara rasmi dalam agenda dan tentatif majlis.
Selain itu, kita juga perlu perluaskan amalan doa ini bukan sahaja dalam majlis-majlis rasmi atau mesyuarat yang diadakan di dalam suatu tempat yang tertutup tetapi juga di tempat-tempat yang terbuka seperti majlis perhimpunan dan sebagainya.
Para pendidik juga boleh mengambil contoh perbuatan Nabi SAW ini untuk diaplikasikan apabila selesai suatu pengajaran atau majlis ilmu di dalam bilik kelas, dewan kuliah dan sebagainya.
Biarlah majlis yang diadakan itu mendapat keampunan, keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT kerana kita telah memeliharanya dengan memulakan majlis dengan berdoa dan mengakhiri majlis juga dengan berdoa.
Baca Surah Al-Asr juga?
Adapun amalan membaca Surah Al-Asr sebelum mengakhiri suatu majlis mungkin diambil dari amalan para sahabat Nabi SAW ini:
At-Thabrani telah menyebutkan daripada Ubaidillah bin Hafs berkata: “Dua orang sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa, mereka tidak pernah berpisah melainkan salah seorang membaca Surah Al-Asr sehingga akhirnya, kemudian mereka saling memberi salam antara satu sama lain”.[6]
Sekian, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Subscribe to:
Posts (Atom)