Monday, February 27, 2012

tip kebahagiaan wardina safiyyah

kali ni saya nak bagi sedikit tip yang saya petik dari buku bahagianya menjadi pengantin sepanjang masa hasil tulisan Mardiana mat Ishak...


tip kebahagiaan Wardina safiyyah

1. tiada maksiat sebelum kahwin

2. sentiasa kompromi antara pasangan

3. keredhaan allah adalah nombor satu iaitu perkara yang diberikan penekanan sebelum berkahwin dan apabila berlaku sesuatu konflik

4. setiap pasangan perlu tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing

5. sentiasa memperbaiki diri dan juga pasangan.

semoga tips ini berguna kepada sahabat2 yang sudah bergelar isteri atau yang bakal bergelar isteri.....

kisah motivasi tentang seekor kuda

assalamualaikum.... pada coretan kali ini saya ingin coretkan tentang sebuah cerita motivasi yang saya dapat dari motivasi pagi radio IKIM tentang seekor kuda walaupun kuda bukanlah watak utama dalam cerita ni.

pada zaman dahulu, ada seorang pak cik tua yang miskin, bersama seorang anak dan seekor kuda betina. Pada suatu hari, kuda pak cik ini telah hilang. maka datanglah penduduk kampung untuk mengucapkan takziah atas kehilangan kuda pak cik itu.tetapi pak cik itu hanya membalas, "Yang xbaik xsemesti xbaik dan yang baik xsemestinya baik". penduduk kampung hanya menganggap pak cik ini hanya berfalsafah.

tidak lama kemudian kuda pak cik ini pulang bersama 5ekor kuda jantan. dan sekarang pak cik itu mempunyai 6ekor kuda. kemudian datanglah penduduk kampung mengucapkan tahniah. kemudian pak cik ini berkata :"Yang xbaik xsemesti xbaik dan yang baik xsemestinya baik". penduduk hanya menganggap pak cik ni hanya berfalsafah.

pada suatu hari, anak pak cik ini cuba menjinakkan kuda ini, malangnya salah seekor kuda itu telah menendangnya hingga cacat. kemudian datanglah penduduk kampung mengucapkan takziah. tetapi pak cik hanya mengulang ayat yang sama,"Yang xbaik xsemesti xbaik dan yang baik xsemestinya baik".

selepas itu, kerajaan mengarahkan semua pemuda di negeri tersebut untuk menyertai peperangan. anak pak cik itu bernasib baik kerana tidak terpilih disebabkan cacat. dan ditakdirkan semua pemuda yang menyertai peperangan itu kesemua mati dalam peperangan. maka, gadis-gadis yang ada di kampung itu terpaksa memilih anak pak cik itu untuk berkahwin. maka anak pak cik itu mendapat gadis dari keluarga yang kaya. kemudian datanglah penduduk kampung mengucapkan tahniah. kemudian pak cik itu berkata, bukankah aku sudah katakan kepada kamu, "Yang xbaik xsemesti xbaik dan yang baik xsemestinya baik".

kesimpulan, setiap perkara baik yang kita kehendaki itu baik bagi kita dan bukan setiap perkara buruk itu buruk bagi kita. mungkin apa yang kita terima itu adalah yang terbaik buat kita...