PENGENALAN
Bahasa manusia
boleh dianggap sangat unik dan istimewa kerana bahasa manusia ini berlainan
dengan bahasa haiwan. Dengan menggunakan bahasa, tak kira haiwan atau manusia
dapat berkomunikasi antara satu sama lain untuk memberitahu tentang sesuatu
maklumat atau meluahkan perasaan seseorang, sama ada orang itu marah atau
gembira. Yang membezakan antara bahasa manusia dan haiwan adalah cara
penyampaian bahasa tersebut, bahasa manusia adalah lebih tersusun berbanding
bahasa haiwan yang lebih kepada bunyi-bunyian.Bahasa manusia juga dapat
diaplikasikan melalui percakapan, penulisan dan juga bahasa isyarat. Dengan
menggunakan bahasa juga, kita dapat menerangkan tingkah laku manusia tersebut.
Bahasa manusia unik kerana kita menggunakan bahasa setiap hari dalam kehidupan
kita dan kita memperolehi bahasa sejak dari kita kecil lagi. Selain itu melalui
bahasa, kita dapat menentukan pengetahuan dan pemahaman tentang sesuatu kerana
bahasa dijadikan alat yang paling berkesan untuk menyampaikan maklumat
tersebut. Perkembangan bahasa kebanyakan sama walaupun berlainan budaya dan
bahasa, kanak-kanak atau bayi pada usia 7 bulan kebiasaan bermula menguasai
bahasa dengan “babbling” atau mengeluarkan bunyi seperti mam, mam. Kemudian
pada umur setahun, boleh mengeluarkan beberapa perkataan yang difahami. Oleh
itu, Melalui kerja kursus ini, kita dapat melihat tentang pentakrifan bahasa
menurut psikologi, ciri-ciri bahasa serta cara manusia memproses dan memperoleh
bahasa dalam kehidupan seharian kita.
DEFINISI BAHASA
Bahasa boleh
didefinisikan menurut E. Bruce Goldstein dalam buku Cognitive Psychology (Goldstein, 2011)
sebagai satu sistem komunikasi dengan menggunakan bunyi atau simbol-simbol yang
membolehkan kita untuk menyatakan perasaan kita, pemikiran, idea-idea, dan
pengalaman. Manakala menurut Robert J. Sternberg (J.Sternberg, 2009), bahasa
didefinisikan sebagai penggunaan satu cara yang dianjurkan untuk menggabungkan
perkataan untuk berkomunikasi. Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa bahasa
memainkan peranan dalam pelbagai interaksi sosial untuk tujuan pengajaran,
memberi arahan dan menyampaikan perasaan.
Menurut Dr
Muhamed Awang (Awang, 1999), beberapa pendekatan
telah diketengahkan oleh pengkaji bagi mengkaji bahasa mengikut bidang
pengkhususan masing-masing, iaitu :
1.
Ahli antropologi : mengkaji
pelbagai bahasa yang dilihat dari segi perbezaan dan bagaimana bahasa digunakan
dalam satu budaya yang menggambarkan perbezaan antara satu budaya dengan budaya
yang lain.
2.
Ahli linguistik : mengkaji
ciri-ciri struktur bahasa dan mencari aspek formal (peraturan).
3.
Ahli Psikologi : kajian
mereka tertumpu kepada persoalan bagaimana manausia memperolehi kemahiran
menggunakan bahasa dan bagaiaman makna pertuturan diterbitkan dan difahami
bersama.
FUNGSI BAHASA
Fungsi utama
bahasa adalah untuk berkomunikasi. Komunikasi merupakan proses penyampaian
mesej atau makna daripada seseorang kepada orang lain. Oleh itu, Bahasa
digunakan dalam pelbagai interaksi sosial seperti tujuan pengajaran, memberi
arahan dan menyampaikan perasaan. Bahasa sering digunakan oleh manusia dalam
penulisan, pertuturan serta secara tersembunyi semasa berfikir. Bahasa boleh
diteliti melalui ciri-ciri bahasa dan cara manusia memproses bahasa tersebut
dari sudut pemahaman dan cara pemerolehan bahasa. Selain itu, bahasa juga
digunakan sebagai alat untuk menggambarkan sesuatu pengetahuan.
KEUNIKAN BAHASA
MANUSIA
Bahasa manusia unik
kerana bahasa adalah cara mengatur urutan isyarat sebagai contoh: bunyi untuk
bahasa pertuturan, huruf dan perkataan bertulis adalah untuk bahasa bertulis,
dan tanda-tanda fizikal untuk bahasa isyarat yang digunakan untuk menghantar,
dari seorang ke seorang yang lain, perkara-perkara yang terdiri dari perkara yang
mudah dan biasa. Bahasa juga digunakan untuk mencipta ayat-ayat yang baru dan
unik kerana ia mempunyai struktur hierarki dan dikawal oleh peraturan bahasa. Sifat
hierarki bahasa adalah terdiri daripada satu siri komponen kecil yang boleh
digabungkan untuk membentuk unit yang besar. Misalannya, perkataan boleh
digabungkan untuk mewujudkan frasa, yang seterusnya boleh mencipta ayat-ayat,
dan kemudian menjadi komponen cerita. Sifat berasaskan peraturan bahasa
bermaksud ayat ini boleh disusun dengan cara-cara tertentu.
Bahasa bukanlah
hanya sistem komunikasi yang menjadi ciri khas bagi manusia, tetapi manusia
memiliki ciri-ciri tertentu yang membezakan komunikasi manusia daripada
komunikasi makhluk lain. Ciri tersebut adalah kreativiti atau kemampuan seorang
penutur merungkaikan unit-unit yang terpisah untuk membentuk ayat-ayat yang
baru yang tidak terbatas jumlahnya atau yang belum pernah didengarinya. (Awang, 2007)
KESEJAGATAN BAHASA
MANUSIA
Setiap manusia
sangat memerlukan komunikasi antara satu sama lain, termasuk juga bagi golongan
pekak dan bisu. Sebagai contoh, mereka mendapati mereka berada dalam
pesekitaran yang tiada siapa yang bercakap dan tahu menggunakan bahasa isyarat
dengan mereka sehingga menyebabkan mereka mencipta bahasa isyarat mereka
tersendiri untuk berkomunikasi. Bahasa adalah universal merentasi budaya. Terdapat
lebih daripada 5000 bahasa yang berbeza, dan tidak ada satu budaya tanpa bahasa.
Walaupun sebilangan besar bahasa yang sangat berbeza daripada satu sama lain, namun
kita boleh menggambarkan mereka sebagai "unik tetapi yang sama". Mereka
adalah unik kerana mereka menggunakan kata-kata dan bunyi yang berbeza, dan
mereka boleh menggunakan peraturan yang berbeza untuk menggabungkan kata-kata.
Mereka adalah sama kerana dalam semua bahasa mempunyai kata-kata yang
berkhidmat fungsi kata nama dan kata kerja, dan semua bahasa termasuk sistem
untuk membuat perkara-perkara negatif, untuk bertanya soalan, dan merujuk
kepada masa lalu dan masa kini.
CIRI-CIRI BAHASA
Dr Awang Sariyan
(Awang, 2007)
menyenaraikan sepuluh ciri bahasa yang dianggap semulajadi menurut Hockett
iaitu:
1.
Penggunaan saluran
auditori-pertuturan: ciri bahasa manusia paling jelas di mana bunyi dibentuk
dengan menggunakan alat-alat pertuturan, manakala mekanisme pendengaran
menerima bunyi tersebut.
2.
Arbitrari: manusia
menggunakan simbol-simbol bahasa yang neutral.
3.
Mempunyai makna: keupayaan
berbahasa dengan menggunakan simbol sebagai alat untuk merujuk kepada sesuatu
objek atau tindakan.
4.
Pancaran budaya atau
tradisi: manusia menurunkan bahasa mereka daripada satu generasi kepada satu
generasi yang lain
5.
Penggunaan secara spontan:
manusia bertutur dengan bebas tanpa dipaksa-paksa.
6.
Mengikut giliran: manusia
mengambil giliran untuk bercakap dan tidak bercakap semasa orang lain bercakap.
Selain itu, mengikut giliran bercakap bermula dari peringkat umur yang paling
awal, bayi membebel selepas mulut ibunya berhenti bergerak.
7.
Duaan atau artikulasi
berganda: bahasa disusun secara berlapis
8.
Pemindahan maklumat:
keupayaan merujuk kepada objek atau hal yang berpindah masa dan tempat
9.
Bergantung pada struktur:
manusia secara automatic dapat mengenali pola semulajadi bahasa tanpa perlu mengira
teknik sewaktu bercakap.
10.
Kreativiti: keupayaan
manusia dalam menghasilkan dan memahami ujaran yang tidak terbatas jumlahnya.
Manakala menurut
Dr Mansoer Pateda (Mansoer, 1990)
mengambil ciri-ciri yang dinyatakan oleh Hill, ciri bahasa ialah:
1.
Bahasa merupakan sekumpulan
bunyi (bunyi bahasa).
2.
Bahasa bersifat arbitrer.
3.
Bahasa bersifat sistematik.
Setiap bahasa mempunyai sistem tersendiriyang berbeza daripada sistem bahasa
yang lain.
4.
Bahasa merupakan sekumpulan
simbol. Simbol mewakili suatu benda, proses, peristiwa atau kegiatan.
5.
Bahasa bersifat sempurna.
Menurut Robert
J. Sternberg pula, ciri-ciri bahasa ialah :
1.
Komunikatif : bahasa
membenarkan berkomunikasi di antara satu atau lebih orang dalam berkongsi
bahasa.
2.
Simbol arbitrer: bahasa
mewujudkan hubungan rambang antara simbol dan rujukannya yang: idea, sesuatu
perkara, proses, hubungan atau penerangan.
3.
Kerap berstruktur: bahasa
mempunyai struktur, hanya terutamanya corak perkiraan simbol mempunyai makna,
dan susunan yang berbeza menghasilkan makna yang berbeza.
4.
Distrukturkan sebagai
pelbagai peringkat: bahasa struktur boleh dianalisis di lebih daripada satu
tahap.
5.
Generatif, produktif: dalam
had struktur linguistik, pengguna bahasa boleh menghasilkan ujaran novel.
6.
Dinamik: bahasa sentiasa
berkembang.
KESIMPULAN
Bahasa manusia
ini sangat istimewa tanpa kita sedari. Kita telah mengetahui keunikan bahasa
manusia setelah mengkaji bagaimana cara pemerolehan bahasa dan pemprosesan
bahasa dalam kehidupan seharian. Daripada sumber maklumat kita terima, kemudian
kita memproses maklumat tersebut menggunakan otak dan akhir sekali kita
melakukan penyampaian maklumat tersebut melalui isyarat lisan atau bukan lisan.
Isyarat bukan lisan adalah seperti gerakan badan, bunyi bukan bahasa seperti
ketawa, mendeham atau batuk kecil. Melalui bahasa, manusia berkomunikasi antara
satu sama lain. Kanak-kanak yang bisu juga mampu belajar bahasa melalui isyarat
bukan lisan. Hal ini membuktikan kemampuan mendengar atau mengeluarkan
bunyi-bunyi ujaran bukan syarat mutlak untuk mempelajari bahasa. Bahasa manusia
dianggap unik berbanding haiwan kerana kemampuan manusia dalam membentuk
ayat-ayat baru yang tidak terbatas jumlahnya atau yang belum pernah
didengarinya. Selain itu bahasa juga berfungsi sebagai alat yang digunakan
untuk menggambarkan sesuatu pengetahuan. Sebagai kesimpulan, bahasa mempunyai
banyak perkaitan antara otak dan kelakuan. Kita dapat menilai seseorang
berdasarkan bahasa yang digunakan oleh seseorang dan tindak balas selepas
penerimaan maklumat
RUJUKAN
Awang. (2007). Pengantar Psikolinguistik.
Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.
Awang, M. (1999). Psikologi Kognitif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Goldstein, E. B. (2011). Cognitive Psychology. Canada: Wadsworth,
Cengage Learning.
J.Sternberg, R. (2009). Cognitive Psychology. United States of
America: Wadsworth Cengage Learning.
Mansoer. (1990). aspek-aspek psikolinguistik. yogyakarta: Nusa
Indah.