Tasbih kaffarah ialah bacaan tasbih atau doa ketika kita meninggalkan sesuatu majlis itu,semoga kesalahan yang kita lakukan dihapuskan oleh Allah s.w.t.
Dijelaskan oleh baginda dalam sebuah hadis yang bererti:
Rasulullah s.a.w. tidak bangun meninggalkan sesuatu majlis melainkan baginda membaca(tasbih yang bererti):"Maha suci engkau ya Allah tuhanku!Dengan memuji Engkau,tidak ada Tuhan melainkan Engkau dan aku memohonkan keampunan Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau."Sabda baginda:"Tidak membaca akan dia oleh seseorang sekiranya bangun ia dari tempat duduknya,melainkan diampunkan baginya kesalahan-kesalahan yang berlaku daripadanya dalam majlis itu."
lazimnya tasbih kifarah dibaca berserta surah al-asr sewaktu meninggalkan majlis ilmu
1) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau) melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.[1]
2) Daripada Abu Barzah RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau). Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”.[2]
3) Daripada Abdullah bin Amr bin Al-As: Sesungguhnya baginda (SAW) telah berkata: “Suatu ucapan yang tidak diucapkan oleh seseorang apabila hendak bangun meninggalkan majlis sebanyak 3 kali melainkan dihapuskan dosa yang telah dilakukan dalamnya, dan tidak diucapkannya dalam suatu majlis yang baik dan majlis zikir melainkan ditutup dengan ucapan itu:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau).[3]
4) Daripada Ibnu Umar berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW biasa menyebut sebelum meninggalkan suatu majlis sebanyak 100 kali:
رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الْغَفُوْرُ
(Ya Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau adalah Maha Penerima Taubat dan Maha Pengampun).[4]
Huraian hadis:[5]
1- Yang dimaksudkan dengan ‘banyak salah dan silap’ ialah percakapan yang bercampur dengan maksud yang tidak jelas. Maksud yang didapati dalam hadis ini ialah percakapan yang tidak memberi manfaat untuk akhirat.
2- Disyariatkan untuk membaca doa ini setiap kali selepas selesai sesuatu majlis kerana ia boleh menghapuskan segala dosa yang telah dilakukan dalamnya. Akan tetapi, para ulama mengkhususkannya pada dosa kecil sahaja berdasarkan dalil yang didapati dari hadis-hadis yang lain.
3- Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa dengan doa ini sebagai pengajaran kepada umat baginda dan menambahkan pahala dan bukan kerana baginda telah melakukan suatu kesalahan dalam majlis.
Ulasan:
Sama ada untuk memanggil doa ini sebagai Tasbih Kaffarah atau Kaffarah Majlis tidaklah begitu penting bagi saya. Umat Islam di Malaysia ini pun sudah biasa memanggil doa ini sebagai Tasbih Kaffarah.
Akan tetapi, masyarakat kita masih lagi belum menjadikan doa ini sebagai rutin dan amalan biasa apabila selesai atau menutup sesuatu majlis. Tidak seperti doa pembuka majlis sama ada dengan hanya membaca Basmalah, Surah Al-Fatihah atau doa-doa tertentu yang memang dimasukkan secara rasmi dalam agenda dan tentatif majlis.
Selain itu, kita juga perlu perluaskan amalan doa ini bukan sahaja dalam majlis-majlis rasmi atau mesyuarat yang diadakan di dalam suatu tempat yang tertutup tetapi juga di tempat-tempat yang terbuka seperti majlis perhimpunan dan sebagainya.
Para pendidik juga boleh mengambil contoh perbuatan Nabi SAW ini untuk diaplikasikan apabila selesai suatu pengajaran atau majlis ilmu di dalam bilik kelas, dewan kuliah dan sebagainya.
Biarlah majlis yang diadakan itu mendapat keampunan, keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT kerana kita telah memeliharanya dengan memulakan majlis dengan berdoa dan mengakhiri majlis juga dengan berdoa.
Baca Surah Al-Asr juga?
Adapun amalan membaca Surah Al-Asr sebelum mengakhiri suatu majlis mungkin diambil dari amalan para sahabat Nabi SAW ini:
At-Thabrani telah menyebutkan daripada Ubaidillah bin Hafs berkata: “Dua orang sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa, mereka tidak pernah berpisah melainkan salah seorang membaca Surah Al-Asr sehingga akhirnya, kemudian mereka saling memberi salam antara satu sama lain”.[6]
Sekian, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Sunday, January 16, 2011
Tuesday, September 21, 2010
pengenalan tentang guasa


Pengenalan guasa
Guasa merupakan salah satu rawatan alternatif di asia tenggara yang terkenal dalam kalangan penduduk Asia, imigran dari Asia, pengamal akupuntur dan pengamal perubatan tradisional di Asia Timur di seluruh dunia secara amnya dan dalam kalangan masyarakat cina khususnya. Pada masa kini, kaedah terapi urut guasa tradisional ini boleh dikatakan sebagai salah satu terapi tradisional alternatif yang terbaik sekali, kerana ianya tanpa sebarang kesan sampingan yang buruk. Hal ini kerana rawatan moden membawa lebih banyak implikasi buruk dan keracunan kepada kesihatan tubuh badan yang tidak dapat dinafikan lagi oleh pakar perubatan.
Mengikut penyelidikan dan perangkaan , kebanyakan penyakit kadangkala tidak dapat disembuhi oleh ubat-ubatan moden, sebaliknya ubat-ubatan ini boleh meracuni tubuh badan pesakit secara senyap dan tanpa diketahui. Hal ini kerana penyakit ini seolah-olah telah sembuh tetapi hakikatnya kesan sampingan yang terdapat pada ubat-ubatan ini tidak dapat disingkirkan dari tubuh badan pesakit.
Mengikut satu statistik yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia telah meyatakan 63% adalah penyakit yang boleh dirawatidan disembuhi tanpa sebarang ubat-ubatan. 26% pula perlu bergantung kepada rawatan secara perubatan sahaja dan 11% sahaja yang tidak dapat dirawati atau disembuhi langsung. Oleh itu, pesakit yang mengalami penyakit ringan tidak perlu terburu-buru untuk mendapat rawatan moden atau mengambil ubat-ubatan moden yang mempunyai kesan sampingan.
Kaedah terapi urut guasa ini sangat fleksible kerana boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat. Ianya amat mudah, selamat, ringkas dan sangat berkesan. Samada menanggalkan sedikit pakaian atau tanpa menanggalkan pakaian untuk melakukan terapi urut guasa bagi tujuan penjagaan kesihatan sebagai cara pencegahan.
Pada keseluruhannya, keberkesanan kaedah ini adalah berdasarkan dengan kemahiran menggunakan titik refleksi terapi akupuntur dan mengikut terapi kaedah rawatan ini. Jika rawatan guasa ini mengikuti teori dan praktikal kaedah terapi akupuntur yang betul, ini akan menambahkan keberkesanan untuk mencegahi dan menyembuhi sesuatu penyakit yang tidak diingini.
Kesimpulannya,pada ketika konsep penjagaan kesihatan melalui Terapi
Pembentukan Molekul atau Terapi Khasiat dan Terapi Pencegahan yang semakin dititikberatkan,kaedah Urut Guasa Tradisional semula jadi turut memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan manusia pada masa akan datang.
keistimewaan unta
.jpg)
unta merupakan haiwan yang sangat istimewa yang dianugerahkan dengan pelbagai keistimewaan yang dapat kita lihat sebagai salah satu kebesaran allah. pernahkah kita mendengar seekor unta tersesat dalam perjalanan di padang pasir?
jarangkan kita dengar unta tersesat, tapi itu lah kelebihan unta yang dapat bergerak bebas di padang pasir seolah-olah mempunyai peta dimindanya.selain itu keadaan tubuh badan unta yang mampu bertahan di cuaca panas. mari kita mentadabur unta ini.
kita selalu menyangka bonggol yang terdapat pada unta itu merupakan tempat simpanan air, tetapi kita silap kerana bonggol itu adalah tempat simpanan lemak.lemak ini sanagt berguna kepada unta untuk meminimakan haba terperangkap dari luar badan. oleh itu, unta ini berkeupayaan untuk hidup dalam cuaca yang panas.selain itu unta juga mempunyai struktur badan yang mampu bertahan tanpa meminum air pada suatu jangka masa yang panjang.hal ini kerana,unta mempunyai bentuk darah yang berbentuk bujur yang mana tidak seperti kebanyakan haiwan mamalia lain yang berbentuk bulat.ini akan membantu ia mengalir pada waktu kehilangan air.sel ini juga stabilapabila unta meminum air dengan kuantiti yang banyak. darah berbentuk bujur ibi tidak terdapat pada haiwan mamalia tetapi hanya haiwan seperti burung, reptilia dan ikan.
unta juga memakan tumbuhan yang dapat menambah bendalir dalam tubuh badannya tanpa meminum air.unta juga mempunyai bulu yang dapat memantulkan cahaya matahari dan melindunginya dari haba padang pasir. kakinya yang panjang juga membantu unta untuk menjauhi badan mereka dengan padang pasir yang panas.
unta juga mempunyai mulut yang kuat untuk mengunyah pokok yang berduri yang terdapat dipadang pasir.bulu mata yang lebat dan juga bulu yang terdapat pada telinga juga membantu untuk mengelak dari debu dan pasir masuk ke mata dan telinga. kaki yang lebar juga membantu untaagar tidak tenggelam di dalam pasir.
inilah kebesaran tuhan yang perlu kita berfikir. mungkin sebelum ini kita hanya menganggap unta merupakan salah satu pengangkutan di padang pasir atau lebih sinonim lagi sebagai bahtera padang pasir, mari kita ubah paradigma kita untuk lebih teliti lagi dan lebih kritis lagi berfikir mengapa unta yang dijadikan di padang pasir?
mari sama kita mengasah minda untuk mencari keredhaan Allah dan menjadi ahli ulul albab. ini sahaja coretan buat masa ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)